Resepi Pengat Labu Candil Biji Nangka

Resepi Pengat Labu Candil Biji Nangka Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Bonde nak kongsikan dengan anda semua Resepi Pengat Labu Candil Biji Nangka kegemaran Kanda he he he.  Bila suami dah nak makan, sebagai isteri yang menurut perintah wajiblah memasakkannya dengan syarat silalah beli bahan-bahan tersebut.  Baiklah untuk tidak mebuang masa lagi marilah Bonde Kongsikan resepinya dibawah, serta bahan-bahan nak memasak serta cara-cara memasak Resepi Pengat Labu Candil Biji Nangka.

Resepi Pengat Labu Candil Biji Nangka

Bahan-bahan :

1/2 biji labu (dipotong seperti dalam gambar)

1 ketul gula merah melaka (cairkan dahulu)

250 gram tepung pulut

1 kotak santan kecil

2 hehai daun pandan

1 sudu kecil garam

sedikit air untuk merebus


Cara-cara memasak :

Mula-mula sediakan air gula merah cairkan dan tapis. 


Cara nak buat candil biji nangka



Tepung pulut dibancuh dengan mengunakan air masak, letak air sedikit demi sedikit untuk membancuh adunan, selepas itu jadikan adunan seperti biji nangka ( aduan di uli oleh Cik Fatin) ha ha ha Bonde suruh buat hak comel-comel kecik sikit, dia suka yang besar-besar. hentamlah labu he he he


Didihkan air masukkan daun pandan, masukkan adunan biji nangka yang telah diuli tadi.


Biji nangka yang telah masak akan timbul, bila dah timbul bolehlah diangkat dan ketepikan dahulu


Biji nangka yang telah di angkat... (gebu gebas kauuu ha ha ha)


Inilah rupa labu yang telah siap dipotong.  potongan saiz labu terpulang ikut kegemaran anda.  Bonde suka saiz-saiz yang macam ni.


Gunakan periuk yang sama, tambah air dan masukkan labu, biarkan labu empuk.


Kemudian masukkan air gula merah, kacau rata..


Masukkan santan kotak.  Bonde guna jenama Rasaku.



Kacau-kacau santan hingga nampak rata dan sebati, gunakan api kecil.  Masukkan candil biji nangka. kacau-kacau pelahan dan masukkan garam.  kacau-kacau dah siap! he he he


Pengat Labu Candil Biji Nangka is done...


Kuantiti yang Bonde sediakan ni cukup untuk 5-6 orang makan, macam kami dekat rumah ni... boleh makan 2 round he he he.

Selamat mencuba!


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

20 PEMBERI ULASAN

  1. Pengat labu ja biasa makan. Yg biji nangka dibuat macam tu, belum pernah. hehe

    BalasPadam
  2. Sedapnya. My favorite. Kena pi cari labu ni hihihi :) buat juadah minum petang

    BalasPadam
  3. Sedapnya bonda. Aci tak cod ke Senawang? heheee

    Jemput join segmen kami :)
    http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musim PKP tak lepas keluar, walau kita sebelah negeri jer..https://youtu.be/qJ_IUpFndUc

      Padam
  4. Sedap pengat labu, i pernah buat tapi without the white thingy

    BalasPadam
    Balasan
    1. next boleh try dia rasa macam rice cake sedap dan lembut

      Padam
  5. sedapnya tapi kat rumah ni x de geng so tak la dapat membuatnya hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau rumah dekat boleh kita makan dekat beranda sama-sama... hi hi hi

      Padam
  6. aduhai, bonde. sedap nyer lah :)
    musim2 pkp ni, surah carik barang.
    kalau teringin gini, kena postpone le hi hi hi hi...

    BalasPadam
  7. Jarang makan pengat labu. Nampak macam sedap je bonde..

    BalasPadam
  8. ada org buat candil tu letak tepung gandum...campur dgn tepung pulut...tapi kalau Sally mmg ikut style bonde gini

    BalasPadam
  9. tak pernh rasa bubur macam ni, macam sedap je..

    BalasPadam
  10. Sedap ni bonde. Bulan puasa selalu nak makan benda2 macam ni. Time PKP nilah trase cm bln puasakan. Xpernah lagi campur labu. Nnti blh try

    BalasPadam
  11. Sedapnya Bonda.. nanti nak buat juga lah..

    BalasPadam
  12. Mudah aje nak membuatnya ye bonde.. Ingat renyah. Hihi
    Maklumlah tak pernah buat pengat.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.