Mari Menunaikan Zakat Secara Online

Mari Menunaikan Zakat Secara Online Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua.  Bulan Ramadhan pasti mengingatkan kita tentang menunaikan Zakat, cara menunaikan Zakat tahun ini adalah paling mudah kerana boleh dibuat secara Online.  Hanya perlukan Handphone dan juga line internet. Anda ada dua benda tu dah boleh buat bayaran. Macam mana nak bayar Zakat secara Online? dibawah ada cara-caranya anda ikut step by step sahaja.

Mari Menunaikan Zakat Secara Online




Kaunter Zakat tutup? Tidak ada masalah. Anda boleh bayar Zakat Fitrah dan Harta secara online di https://fpx.zakatselangor.com.my/


1) Pergi ke https://fpx.zakatselangor.com.my

2) Isikan Butiran seperti : 



Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Telefon & Pilih Jenis Zakat - FITRAH



3) Pilih Jenis Beras - RM7, RM14 atau RM21 (Rujuk gambar dibawah)


4) Pilih Bilangan Tanggungan - Seorang hingga 20 orang

5) Klik Seterusnya

6) Pilih Kaedah Bayaran - FPX atau JOMPAY

7) Klik Seterusnya

8) Pilih Nama Bank & alamat email

9) Klik Seterusnya

10) Anda akan dibawa ke online banking yang dipilih. masukkan data dan teruskan proses pembayaran.

12) Klik - Click here to Complete Your Transaction

13. Alhamdulillah, selesai sudah pembayaran ZAKAT FITRAH anda bagi tahun ini.

Jika anda masih keliru dengan pembayaran Secara Online, anda boleh baca info dibawah :



Soalan Lazim (Faq) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Jabatan Wakaf. Zakat Dan Haji (Jawhar) Jabatan Perdana Menteri

Klik Link : www.pmo.gov.my

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.

Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.

Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal.



Info : Terdapat lebih 60,000 keluarga asnaf yang masih disantuni dan memerlukan di Selangor.



Anda boleh membantu mereka dengan menunaikan zakat. Pelbagai saluran pembayaran disediakan untuk tunai zakat harta dan fitrah. Bayar Zakat di https://fpx.zakatselangor.com.my/

Selamat menunaikan Zakat




 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

1 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.