Shopping Stationery Dan Barangan Kereta Di Kedai Eco Shop RM 2.10

Shopping Stationery Dan Barangan Kereta Di Kedai Eco Shop RM 2.10 Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai Reader semua... Asyik tengok Haul Eco Shop dekat Youtube, teringin nak buat haul juga tapi macam tak sempat nak buat video, Kalau anda ke Eco Shop RM2.10 apa yang anda beli? Bonde terjebak beli stationery dan barangan kereta yang ada dekat Eco Shop RM2.10 ni pon boleh tahan murah dan ada barangan bagus kualitinya. Bonde sempat pergi ke 2 lokasi Eco Shop RM 2.10 yang terletak dekat dalam mall AEON Nilai dan yang baru dibuka di Putra Prima, Puchong ni 20 minit jer dari pejabat Bonde. Untuk anda yang nak tahu apa yang Bonde beli? teruskan membaca dan scroll kebawah anda boleh tengok apa yang Bonde beli dan kongsikan dekat bawah ni okay.

Shopping Stationery Dan Barangan Kereta Di Kedai Eco Shop RM 2.10

1. Planner Stikers



Bonde beli, Sebab suka tampal-tampak stiker ni dekat planner Bonde! sebab kalau selak-selak planner tu taklah Boring nampak benda yang sama jer! nampaklah ceria ada warna warni dan tertarik nak baca walaupun tulisan sendiri.  Anda bolehlah tampalkan stiker ni ikut kreativiti anda sendiri.  Nanti Bonde tunjukkan Bonde buat macam mana? 

2. Pemadam Pensil



Selalunya pemadam biasa akan jadi kotor kalau disimpan dalam laci, kalau dan kotor bila digunakan akan jadi lebih kotor kertas yang kita nak padamkan tu. Jadi Bonde tertarik beli yang ini untuk kegunaan dipejabat, pemadam jenis ni taklah menghitamkan kertas yang kita nak padam sebab bila dah guna tu tekan balik dia akan tersembunyi dalam batang yang berbentuk seperti pen, Dulu-dulu masa Fatin sekolah rendah Bonde ada beli jenis pemadam macam ni jenama stabilo siap ada refill lagi, tapi harga dia agak mahal Berbaloilah beli yang dekat kedai Eco Shop RM2.10 dapat 3 batang.

3. Pemadam Unicorn


Pemadam unicorn ni Bonde beli, sebabnya comel sangat, Tapi Kalau anda nak tahu, Bonde tak gunakan untuk memadam kesalahan yang ditulis, Bonde beli nak jadikan prop untuk shooting gambar he he he 


3. Plush Deco Stikers


Bonde beli Plush Deco Stickers ni adalah untuk letak dekat bekas organizer plastik yang Bonde Beli, Nak Buat bekas Kerongsang dan pin-pin tudung yang selalu hilang.

4. Craft Material (Burung hantu)

Bonde beli untuk ditampal dekat Note board dekat bawah nih! selebihnya nanti Bonde nak buat deco-deco untuk bookmark novel he he he.. Nanti Anda tunggu tau Kalau dah siap nanti Bonde tunjukkan tutorialnya mudah sangat.. yang penting comel.

5. Note Board (Kayu)



Note board ni untuk kegunaan dekat pejabat, sebab bila musim audit banyak sangat borang yang kena lengkapkan, anda semua sedia maklumkan situasi audit tu macam mana? selaku admin jabatan memang selalu pening bila borang tak lengkap lepas tu ada pula borang yang hilang!  Tak nak borang-borang ni hilang, terselit dekat dokumen/borang lain dan bersepah atas meja! caranya Bonde belilah note board ni.  Untuk elakkan dokumen/borang hilang dan nampak kemas atas meja kerja Bonde tu yang penting.


6. Decoration Stiker

Decoration Stiker ni jenis plastik, Bonde beli sebab hari tu adalah beli stiker yang dah siap ada tulisan barangan untuk kelengkapan dapur tu, tapi tak semua ada jadi Bonde beli yang ni untuk tulis sendiri. Nak tulis pakai apa? Bonde ada beli paint marker dekat bawah nih!

7. Paint Marker dan Set Alat tulis Stabilo

Paint Marker nih Bonde beli yang warna gold untuk kegunaan tulis stiker diatas tu!  Set alat tulis tu Bonde tertarik dengan warna turquois tu, dalam set stabilo ada highlighter, pen dan pencil oklah ini untuk kegunaan peribadi tulis-tulis dekat planner and diary.

8. Craft Glue


Craft Glue ini Bonde nak gunakan untuk buat craft bookmark burung hantu yang macam bonde bagi tahu dekat atas  tadi, Craft Glue ni boleh digunakan untuk DIY Bonde nak buat nanti,  Craft Glue boleh digunakan pada kayu, kertas, kad, kulit plaster, polistirena dan lain-lain

 9. Gam 


Disebabkan dekat rumah memang dah tak ada gam, jadi Bonde beli satu untuk kegunaaan dekat rumah.  Gam ni nampak senang nak pakai muncung jam tu mengelakkan pengeluaran gam yang berlebihan.  Haaa senang nak guna gam nih!




Bonde kongsikan sekali 3 barang untuk kegunaan kereta yang Bonde beli :

10. TNG Holder


TNG Holder nih, Bonde memang dah lama cari tapi mungkin stok tak ada, Bila nampak ada dekat rak Bonde terus ambik, tak sangka sebenarnya... TNG Holder ni ada 4 set satu ikat, jadi ianya jatuh dalam 50 sen 1.  Murah kan! berbaloi beli, memang selalu tak sampai tangan nak touch TNG dekat parking shopping mall dengan tol jadi memang mudah gunakan TNG Holder ni. tak payah drive rapat-rapat ke tiang untuk touch TNG Kang terlanggar pulak tiang tu.  

Info : Kalau anda nak beli TNG Holder ni, Ia terletak dekat rak barang hardware tau!

11. Handphone Holder


Bonde beli ni untuk letak dalam kereta Bonde bagi mengantikan holder yang lama yang beli dekat Chilindo hari tu.  Handphone Holder ni biasalah kegunaannya untuk baca waze dan maps, masa memandu tak boleh tengok movie yea bahaya ye! Kalau yang ni bagus Bonde nak beli satu lagi nak pasang dekat kereta lagi satu.

12. Ring Handphone


Ring handphone ni, Bonde gunakan untuk handphone Bonde, Kalau tak drive tu nak tengok movie ke ? layan Instagram atau Facebook senang jelah.. tampalkan dekat dashbord sebelah penumpang layanlah sampai lebam movie tu ha ha ha.

Baiklah ini 10 barang yang Bonde beli untuk kegunaan harian di pejabat dan untuk kegunaan kereta, semua item berharga RM 2.10.  Kalau anda berminat dan nak beli silalah ke Eco Shop RM 2.10 berdekatan anda.

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

  1. Comel ja kan barang kat Eco nie.. Kak Sue pun kadang terjebak juga..

    BalasPadam
  2. bonda dah try pergi ninso?? haritu Cuya pergi ninso..barang semua rm2.10....sama macam bonda jugak,terpengaruh tengok haul kt youtube..kekeke

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.