Drama Adaptasi Novel Chandelier



Drama Adaptasi Novel Chandelier Assalamualaikum dan Hai reader Semua, mesti anda peminat novel acik lana sedang menonton drama Chandeliar yang telah mula ditayangkan pada 10 Februari di Astro Ria dan Ria HD, drama Chandelier watak utama yang dilakonkan oleh Ben Amir dan Mimi Lana mesti anda suka gadingan mereka berdua betul tak? Novel Chandelier adalah koleksi novel Acik Lana yang harus Bonde ada, Bonde pun tak ketinggalan menonton drama ni... memang best.. suka hero dan heroin ini. Drama Adaptasi ini mempunyai 24 episod semuanya.  Jadi anda semua jangan lepaskan peluang menonton hingga episod akhir yea. Drama Chandelier Skrip ditulis oleh Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Dayang Kartinah Said dan Pengarah drama Chandelier ialah Michael Ang.

Drama Adaptasi Novel Chandelier





Watak Pelakon Drama Chandelier

Ben Amir sebagai Kaef

Mimi Lana sebagai Keisha

Norman Hakim sebagai Dato Emran

Zamarul Hisham sebagai Dato Eusoff

Shasha Abedul sebagai Syuhada

Nadya Syahera sebagai Ajwa

Nynaa Harizal sebagai Khalida

Aisar Khaled sebagai Iskandar

Alif Muhaimin sebagai Malik





Sinopsis Chandelier


Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.


Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Kiesha diserang sehingga berlakunya kecacatan dimukanya. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.


Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan. Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, ujian dan dugaan hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban. 


Kaef disaman dalam perniagaanya dan Keisha meminta pertolongan dari Tan Sri Emran. Syarat memaksa dirinya meninggalkan Kaef dan berkahwin dengan Tan Sri Emran.

Klik link untuk info novel yang bakal di adaptasikan tahun 2020 novel-novel-yang-bakal-diadaptasikan.

Selamat Menonton ...



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan