Telefilem Kayuhan Kasih Ayah

by - October 05, 2019

Telefilem Kayuhan Kasih Ayah Assalamualaikum dan Selamat Malam, Haaa malam minggu tak keluar kemana-mana jadi lepak tengok tv dekat rumah jer, Bonde nak kongsikan dengan anda semua berkaitan drama yang bakal Bonde tonton malam ni jam 9.00 malam, lepak petang-petang ternampak iklan Telefilem ni  keluar dekat tv3, jadi teringin nak tau selanjutnya berkenaan telefilem ni... 

Telefilem Kayuhan Kasih Ayah

Telefilem Kayuhan Kasih Ayah arahan Idora Abdul Rahman. Lakonan Aman Graseka, Balqish Semundur Khan, Rafael El Arash, Asri Iskandar dan ramai lagi. 



Sinopsis Kayuhan Kasih Ayah


Kisah Yatim, seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim. Sejak itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja dengan lebih keras.



Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi. Iskandar melarang perbuatan Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain. Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu. Bagi Yatim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka. Adakah Iskandar akan insaf?



Haaa menarikkan Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah cerita ni lebih kurang drama Insan Terpilih banyak isu-isu kisah benar nampaknya, kena sediakan tisu siap-siap, Jadi apa ditunggu lagi... standby depan tv yea Telefilem akan disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3 jam 9.30 malam


~ Bonde Senyum Riang ~

You May Also Like

3 PEMBERI ULASAN

  1. Tak tgok pun. sbb tgh dok blogwalking sini heheee

    ReplyDelete
  2. Such a very useful article. Very interesting to read this article.I would like to thank you for the efforts you had made for writing this awesome article. The un-official subreddit for Pikdo - Share your posts, ask questions and get feedback on your account. Come join our great page.

    ReplyDelete

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang

Terima kasih.