Sebab Tergoda Wanpaku Sandwich Jom Tengok Resepinya



Sebab Tergoda Wanpaku Sandwich Jom Tengok Resepinya Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua... Akhirnya Bonde terjumpa juga resepi Wanpaku Sandwich nih.. Sebenarnya ini bukanlah hasil air tangan Bonde, tapi Bonde google resepi nih untuk cuba buat nanti.  Sebab tengok ramai yang tayang hasil air tangan buat Wanpaku Sandwich ... Bonde memang suka makan sandwich, selalunya kalau pergi subway Bonde akan pesan set sandwich roti oat, turkey dan sayur semua letak... sos pula akan sweet onion, sedikit mayonis, sos cili, sos bbq dan tousand island,  eh tak boleh jadi ni, kena juga cuba buat sendiri Wanpaku Sandwich, sebelum tu jomlah tengok resepi dan bahan-bahannya dibawah.

Sebab Tergoda Wanpaku Sandwich Jom Tengok Resepinya

Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich
Wanpaku Sandwich atau Wanpaku Sando merupakan cara terbaharu orang di Jepun mengamalkan diet yang sihat. Bila tengok jer   Wanpaku Sandwich ini dah rasa terliur, sebab apa terliur? Nampak  kepadatan isi Wanpaku Sandwich yang membuatkan rasa tak sabar untuk makan, Isi yang dikepit bersama roti wholemeal. Bila makan Wanpaku Sandwich ini pasti rasa kenyang dalam jangka masa yang panjang.  Sesuailah pada anda yang sedang mengamalkan diet sihat.
dibawah ini adalah resepi Wanpaku Sandwich yang telah viral di laman media sosial. Jom kita cuba nak!

1. WANPAKU SANDWICH TUNA

Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich
Roti wholemeal
Isi tuna tin (yg ada mayonis)
Tauhu goreng(guna olive oil)
Ayam rebus(rebus bersama garam)
Telur hancur
Salad
Kobis ungu
Carrot
Susun lah selang seli macam tu..pastu balut belah dua.

2. WANPAKU SANDWICH AYAM GRILLED

Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich
Roti wholemeal
Ayam grill(blend bawang merah+bawang putih+serai+stevia(pengganti gula) + cili kering blend
Garam (tuk perapan)
Tauhu
Bean merah
Mayonis(kewpie pink)
Kobis ungu
Carrot
Salad

3. WANPAKU SANDWICH AYAM GRILLED 2

Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich
Roti wholemeal
Ayam grill
Telur mata kerbau
Mayonis(kewpie)
Kobis ungu
Salad
Carot
susun macam biasa ea..

4. WANPAKU SANDWICH AYAM GRILLED 3

Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich
Roti wholemeal
Ayam grill
Telur hancur (digaul mayonis kewpie)
Salad
Kobis ungu
Carrot

5. WANPAKU SANDWICH SARDIN

Cara Nak Buat Wanpaku Sandwich
Roti wholemeal
Sardin
Ayam rebus(garam)
Telur hancur
Bawang merah slice
Salad
Kobis ungu
Carrot
Selamat mencuba!
Terima kasih pada tuan empunya resepi, moga anda murah rezeki diatas perkongsian ini, terima kasih.
Perkongsian oleh : Cik Merpati Putih
~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.