Cara-Cara Nak Buat Dumpling Daging Mudah dan Yang Penting Sedap

Cara-Cara Nak Buat Dumpling Daging Mudah dan Yang Penting Sedap Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Bonde memang suka makan Dumpling tapi nak dapatkan dumpling sedap dan kena dengan selera kadang-kadang tu susah. Akhirnya Bonde cuba buat sendiri,  sekarang dah senang tak payah beli lagi.. Bila dah pandai buat sendiri bila teragak nak makan beli bahan-bahan dan buat.  Kalau anda nak tau cara-cara dan resepinya Bonde kongsikan dibawah. 

Cara-Cara Nak Buat Dumpling Daging Mudah dan Yang Penting Sedap 

Dumpling sangat popular makanan tradisi masyarakat cina, ia termasuk dalam kategori "chines food' Dumpling ada banyak jenis ada goreng, kukus dan rebus.  Intinya pula boleh di pelbagaikan daging, ayam, udang dan sayur.

Bagi Bonde yang suka makan berkuah memang Dumpling Sup adalah pilihan Bonde he he he
Cara-Cara Nak Buat Dumpling Daging Mudah dan Yang Penting Sedap 

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:


  • 1 biji bawang holland – dikisar
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • Daging kisar secukupnya
  • Lobak merah – dikisar
  • Cili merah - dikisar
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Kulit dumpling bentuk bulat (Ada jual dekat tesco, jaya grocer, village grocer.)
Dibawah ini adalah inti yang telah siap dikisar, Bonde guna pengisar yang beli dekat shopee tu senang. 

Tips

Froskan daging terlebih dahulu kisar bila dah lembut, jangan kisar daging ketika masih beku.

Cara-Cara Nak Buat Dumpling Daging Mudah dan Yang Penting Sedap

Acuan dumpling.


Acuan dumpling ni Bonde beli dekat Daiso masa tu harga RM 5 lagi.  Ada beberapa bentuk tapi Bonde beli yang bentuk seperti karipap macam mudah nak guna.


Set acuan dumpling dan sudu


Kulit Dumpling

Bonde beli dekat village grocer harga lebih kurang RM 4+ ada dalam 20 keping dalam satu paket.


Bonde buat dua jenis dumpling, satu bentuk karipap guna acuan diatas, satu lagi Bonde buat punjut-pujut jer, tak guna acuan.  Kiranya ada dua jenis dalam satu mangkuk.

Cara-Cara Nak Buat Dumpling Daging Mudah dan Yang Penting Sedap

Sup Dumpling

Untuk sup dumpling Bonde buat sup kosong perisa ayam, letak hirisan lobak merah dan lebihan inti tadi Bonde bulat-bulatkan macam bakso dan letak dalam sup, bagi nampak meriah dan menarik.  Untuk lebih umpph dan pedas... Bonde tambah cili kicap dalam mangkuk masa nak makan lepas tu tabur daun sup.

Sedap oooo hirup sup dumpling time panas-panas.

Dumpling bentuk karipap


Dumpling punjut-punjut


Selamat Mencuba!

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

  1. Senang je buat dia.. nak cuba jugalah.. makan yang bersup memang best..

    BalasPadam
  2. Sedapnya bonde..SA suka sup dumpling...kalau yg goreng pun SA suka..tp sejak amalkan healthy food ni SA dh jarang amik makanan bergoreng..SA lebih suka makan yang bersup...thanks resepi ye..nanti SA cuba..nak cari kulit dumpling dulu

    BalasPadam
  3. Nampak sedap sgt menu nih, nak vuba juga nanti.
    Tq Bonda cantik blog.
    done follow

    http://asmasuhaimi.blogspot.com/

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.