Bonde Zaidalifah: [VIRAL] KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

[VIRAL] KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

8:45 pm

Assalamualaikum dan Selamat Hari Pekerja bagi anda yang berkerja.. Tapi hari ini Bonde ada tugasan yang perlu diselesaikan nanti Bonde akan kongsikan kepada anda, Sempena dengan cuti hari pekerja hari ini, Bonde ingin kongsikan kisah viral seorang OKU.  Bonde tabik hormat dengan beliau yang sememangkan penuh semangat ingin bejaya walaupuan ia seorang OKU dan OKU bukanlah halangan untuk menjadi seorang yang berjaya.  Untuk jadi sebagai seorang yang berjaya ianya bukan semudah yang disangka, dengan semangat yang ada.. kita ikuti, Marilah kita sama-sama jadikan beliau sebagai contoh yang terbaik untuk memenuhi cita-cita untuk  terus berjaya dan berjaya. InsyaAllah.

[VIRAL] KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

Luahan di fb beliau sangat terkesan….

Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...




Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??



Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .


Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!


Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..



Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!


Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!


Sebagai seorang yang normal memang sangat tersentuh dengan apa yang dikongsikan oleh beliau, Jom sama-sama tonton video dibawah :



Jom follow semua akaun media sosial Khairul Nizam untuk dijadikan inspirasi kepada semua.  Akhir kata selamat hari pekerja!

FB https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/

PAGE https://www.facebook.com/Jamumallcom/

IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/

Website https://jamumall.com/


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

24 TEGURAN MEMBINA

  1. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    ReplyDelete
  2. Hebat kan saudara Nizam nie.. semangat tinggi nak berjaya..

    ReplyDelete
  3. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  4. Sangat kagum dengan kegigihan dan semangat beliau

    ReplyDelete
  5. Sebak bila baca kisah tpi pada masa yg sama rasa bangga dgn khairul ni. Oku bukan penghalang untuk beliau berjaya. Semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. All the very best to him. Hope he achieve more success in future.

    ReplyDelete
  7. Ruby pernah pergi event pelancaran perfum dan En Nizam ni ada. Ramai yang sanjung dia. Sebab dia macam tak reti putus asa. Bayangkanlah dengan berkerusi roda. Otak bisnes. Kalau kita ditimpa musibah macam ni dah down dah. Dia dari kecil berkerusi roda tau. Semoga Allah lindungi beliau. Sebab otak geliga dia jugalah dapat beri ramai ruang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan ni.

    ReplyDelete
  8. Kejayaan beliau sangat memberi inspirasi buat semua. Kita haruslah mencotohi beliau yang punya semangat kental dan tidak mudah putus asa atas kekurangan yang ada

    ReplyDelete
  9. baru-baru ni viral pasal adik dia siti tu yang kahwin dpt taja RM500K..ada jugalah nampak gambar seorang lelaki pakai kerusi roda..tak tahu pun itu abang siti..mmg kagum n hebat betul semangat beliau..mmg menjadi sumber inspirasi pada semua

    ReplyDelete
  10. Cerita dia buat kita terinspirasi..

    ReplyDelete
  11. Rawlins memang sangat insaf apabila membaca kisah beliau. And ia memberi semangat agar tidak berputus asa dalam apa jua usaha Rawlins. TQ Khairul.

    ReplyDelete
  12. Memang kental betul jiwa Nizam ni. Org yg sempurna sifat pun belum tentu hati kental nak berjaya macam dia.

    ReplyDelete
  13. Dah ternyata usaha dan rajin adalah tangga kejayaan. Selain telah tertulis rezekinya begitu. Btw, turut rasa malu dgn diri sendiri dibanding dgn beliau yg kurang upaya tetapi mampu berjaya.

    ReplyDelete
  14. Terkesan dengan cerita pengasas JamuMall ni. Qiss akan cuba bangkit dan ubah hidup sendiri. Suka tengok semangat Encik Khairul Nizam ni.

    ReplyDelete
  15. At least dia berusaha untuk menyara hidup sendiri. Gigih betul. Memang kagum baca cerita Dan positive attitude dia start perniagaan sendiri.

    ReplyDelete
  16. sangat kagum dengan kecekalan founder jamumall nie. kelainan upaya bukan penghalang utk berjaya. tak sangka beliau sudah mempunyai empire nya sendiri. ini sangat terinspirasi. semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  17. Kita juga nangis bila baca cerita kesusahan dan juga perit yang dilalui oleh beliau memang kuat untuk teruskan hidup sehingga berjaya sekarang ni baguslah kita terpegun dan akan terus berusaha untuk berjaya macam beliau tahniah...

    ReplyDelete
  18. really inspires betul baca entri ni. tak sangka walaupun serba kekurangan tapi still boleh berjaya. malu pulak dengan diri sendiri asyik cari alasan tak nak buat itu ini

    ReplyDelete
  19. Allahuakbar such an inspiration kan. Kt yg sempurna ni pun xtau bole berjaya mcm beliau ke x kn. :')

    ReplyDelete
  20. Memang kagum dengan semangatnya yang besar, kita yang sempurna ni pun tak sehebat dan segagah beliau. semoga terus maju jaya. OKU bukanlah penghalang untuk berjaya dan disegani.

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  21. Hebatnya dia kan. Rasa macam datang semangat dalam diri. Nak juga berjaya macam dia. Yela, kita ni punyai cukup anggota badan. Kenapa tak boleh berusaha kan..

    ReplyDelete
  22. Memang salute sangat dengan semangat dia. Walaupun keadaan dia camtu tapi semangat dia kuat sangat! Memang kita kena contohi

    ReplyDelete
  23. What a great story he's such an inspiration for so many others out there!

    ReplyDelete
  24. Lerrrrrr, Jamu Mall beliau yang punya. Memang hebat sebab dengan fizikal beliau macam tu, beliau mampu membangunkannya sendiri even ada kekurangan pada diri dia, salute with him :D

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN