IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT (BGR) MEMANG SANGAT BERBALOI

IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT (BGR) MEMANG SANGAT BERBALOI Assalamualaikum dan Selamat pagi.. Hai reader semua, Lagi beberapa hari kita nak sambut Ramadhan, dekat sini Bonde ingin kongsikan tentang Buffet Ramadan best dekat Bangi Golf Resort mana tahu nanti ada yang ingin berbuka dengan family dekat situ. Mengambil keberkatan daripada kehadiran bulan Ramadhan, Bangi Golf Resort (BGR) mengajak orang ramai mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk Iftar Sesama insan-insan yang mereka sayangi. Bukan sahaja bersama ibu, bapa, isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain, bahkan sesama rakan dan insan-insan yang kurang bernasib baik, menikmati sajian enak disediakan oleh kumpulan chef berpengalaman. IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT (BGR) MEMANG SANGAT BERBALOI


IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT (BGR) MEMANG SANGAT BERBALOI

Tarikan utama buat pengunjung sudah tentu seleksi buffet dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu, yang membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung, hingga kepada hidangan Barat, untuk cita rasa lebih moden. 







Konsep ‘Kebun Dalam Bandar’, sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan Restoran BGR, dengan mengenegahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional. Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef-chef kami tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang yang menghasilkan warna biru pada nasi juga datang dari kebun kami. 

NASI KERABU


Bagi menambah keterujaan, pada tahun ini di bahagian ulam-ulaman dan kerabu, pengunjung restoran akan turut diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut terus dari pokoknya. 

LAKSA SINGAPURA


IPOH HOR FUN

Di seksyen ini juga jangan terlepas mencuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang menyelerakan. 

KAMBING BAKAR


SUP KAMBING MAMAK

Menu Menambat Selera Sebagaimana tahun-tahun lalu, eksklusif sepanjang Ramadhan, aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak menggamit selera pengunjung, 

SATE AYAM




selain Satay Ayam dan Daging, serta Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak di depan mata anda. 

NASI AYAM

Tidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri. 

KARI IKAN TENGGIRI

Di bahagian masakan India pula, tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak,untuk digandingkan bersama nasi kukus. 

HIDANGAN ISTIMEWA VIDE EGGS DENGAN CENDAWAN ESPUMA


VIDE EGGS DENGAN CENDAWAN ESPUMA


Dari dapur Barat pula, tunas rasa anda akan dikejutkan dengan keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar.

PEMINAT PASTA KENA CUBA HIDANGAN DIBAWAH 






Sajian pasta kegemaran keluarga Spaghetti, dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara. Kesemua sajian tradisional Melayu, Barat, Timur dan India ini ada di buffet utama di Garden Terrace, termasuk seksyen gerai dan dapur masak segar (live station). 

PENCUCI MULUT





Sementara itu, apa maknanya berbuka puasa tanpa manisan dan pencuci mulut yang enak belaka. Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama ini. Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut. Selain itu, terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet bersama Cream Cheese Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake bersama Choco Cream, Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Sweet Potato bersama Tam, Caramel Mousse, G3 Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Purple Velvet Yogurt dan Oreo Cheese Cake. 

DURIAN SEDAP!!!




Sebagai penghilang dahaga pilihannya adalah Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh, serta buah-buahan. Iftar Sesama Sebenarnya, bukan setakat sajian buffet berbuka puasa, banyak kebaikan lain yang tersirat di sebalik Iftar Sesama di BGR, seiring dengan maksud ‘sesama’ itu sendiri iaitu ‘bersama’. 

Berkongsi Pahala Siapa yang mahu menolak apabila selain berbuka puasa dengan sajian enak mereka juga dapat berkongsi pahala, kerana Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). Melalui sumbangan tersebut diharap dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan itu khususnya yang berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik.

ELAKKAN PEMBAZIRAN!

Makan seenaknya, elak membazir Dalam usaha untuk memenuhi janji (BGR) untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga majlis selesai, kami juga bekerja dengan konsep sifar pembaziran. Untuk itu, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. 

KOTAK SUMBANGAN IFTAR

Bukan itu sahaja, sepanjang Ramadhan ini Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com juga akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini. 

Berbaloi-baloi Apa yang pasti, selain pahala dan kebajikan yang diperoleh, dengan nilai wang yang dikeluarkan selera berbuka puasa juga berjaya dipenuhi kerana Iftar Sesama di BGR menjanjikan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian sajian enak dan berkualiti. Seperti tahun-tahun sebelum ini,

HARGA BUFFET YANG MENARIK!

Sekali lagi BGR menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur. 

Harga untuk tempahan dalam talian di laman web :

https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ 

Bermula dari serendah RM59.00nett untuk dewasa dan RM29.00nett untuk kanak-kanak. 


INFO UNTUK SEMUA

Menjangkakan kunjungan yang luar biasa pada Ramadhan ini, pihak BGR juga telah melakukan pelbagai persiapan untuk keselesaan pengunjung. Ini termasuk, menambah baik kemudahan surau dan tandas yang telah melalui proses pengubahsuaian. Ibadah Surau kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah dan lebih selesa, manakala untuk mengelakan berbaris panjang, tandas daripada lima kubikel ditambah kepada 16 kubikel dengan kemudahan umpama tandas 5 bintang. Selain itu, disediakan lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan. 

Restoran Bangi Golf Resort

Alamat
No1 Persiaran Bandar, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor

Harga
RM59.00nett - dewasa
RM29.00nett - kanak-kanak

Hotline
1700 81 8557

Tempahan Online

Email
enquiry@bgrrest.com

Website

Facebook

Instagram


 
~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

16 PEMBERI ULASAN

  1. Ya ampun.... Bonde, sedapnya menu! Mostly kegemaran kak nina semua tu. Rasa nak. Book tuk buka puasa nanti. Salam Ramadhan Bonde

    BalasPadam
  2. Iftar ni antara paling murah Dan berbaloi. Kalau nak bawa ahlia keluarga ramai pun okay tak rasa terbeban. Pilihan menu pun banyak.

    BalasPadam
  3. Pada Fadzi kan BGR ni tempat berbuka puasa paling seronok dekat area lembah klang ni. Sebabnya voucher dia murah, parking banyak, makanan pun banyak sangat. Berbaloi dengan harga yang dibayar

    BalasPadam
  4. Not bad harga kat sini. Walaupun murah, tapi macam-macam hidangan ada. Boleh lah nak buat iftar gathering dgn family or kawan-kawan nanti.

    BalasPadam
  5. Banyaknya pilihan makanan. Sampai 200 jenis. Fulamak tentu perut sampai buncit kan bila sudah habis menjamu selera.

    BalasPadam
  6. so far xde lagi lah review buffet ramadan makan durian..heaven kut hahaha..tp nasi kerabu tu favourite tau..yelah kita nak pergi makan buffet tu at least biarlah menu2 tu ssh nak dapat or ssh nak buat..tp harga buffet kat sini boleh tahan murah juga lah

    BalasPadam
  7. Bangi Golf resort ni memang kita suka pergi sebab banyak makananan dan harga sangat murah hehehe setiap tahun kita akan pergi makan berbuka kat sini best gilerrr bawa family....

    BalasPadam
  8. Bangi Golf Resort semestinya meriah setiap tahunkan. Rasa macam tahun ni nak pergi buka kat sini nak tengok menu apa yang menarik tahun ni. Sebelum ni onie sempat berbuka kat sini, memang meriah :D

    BalasPadam
  9. nampak best betul berbuka puasa dekat sini. hidangan yang ditawarkan nampak lazat dan sedap. jadi terliur pulak bila tengok gambar2 nie. harga pon berpatutan, nanti bolehlah abwa family berbuka puasa di sini

    BalasPadam
  10. ewah bonda seronoknya pergi buffet ramadan kat BGR ni. siap ada durian lagi tu.. nanti bulan puasa jangan sedawa kuat sangat time terawih dah la..kan pengsan kawan sebelah bau durian tu. nanti nak dekat raya mesti ramai orang pergi bandar bangi, confirm boleh singgah BGR berbuka kat sini sekali

    BalasPadam
  11. Tak sabar pulak rasanya nak berbuka puasa kat sana lagi, teringat-ingat pulak dengan kambing golek dia serta sup tulang. Banyak lagi tak cuba, kalau boleh tahun ni nak ambik juga hidangan yang belum pernah cuba..hehehe

    BalasPadam
  12. Banyakkan bonde pilihan makanan yang ada untuk beriftar. Kadang jadi pening nak pilih dan makan yang mana. Dessert pun saya xdapat rasa aneka kek sebab dah habis licin

    BalasPadam
  13. Wow durian pun ada,favourite ni. Harganya pun sangat berbaloi. Rasa nak ajak family berbuka kat sini la nanti, kemudahan semuanya lengkap. Macam ni barulah selesa.

    BalasPadam
  14. Memang tempat wajib pergi ni setiap tahu bila masuk bulan ramadhan.. Tempat luas, makan banyak... Memg tak tau nak ambil mana.. Hehwhe.. Swmuabmakan dekat sini sedp.. Harga pun murah

    BalasPadam
  15. tahun ni xberpeluang nak berbuka puasa di Bangi Golf Resort ni. hope tahun ni makin okay lah service dan makanan mereka. sebab terlalu ramai sangat orang biasanya berbuka kat sini.

    BalasPadam
  16. Temgok gambar pun dah tau sedap. Dekat je dgn rumah saya tapi susah nak pergi dah sekadang ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.