MAKAN INDIAN FOOD DI POTALA RESTAURANT SEOUL KOREA

Assalamualaikum Dan Selamat Malam, 

Lepas berjalan-jalan dan berjimba-jimba dekat Everland Resort kami keluar ke lawatan seterunya.. Nasional Ginsheng Center dan Amethyst Factory.


MAKAN INDIAN FOOD DI POTALA RESTAURANT SEOUL KOREA

Makan Indian food di sini, Kami dan ahli rombongan yang lain dibawa ke Restaurant ini untuk menikmati makan malam.. Malam ni Bonde makan Indian Food.. Memang senang nak cari makanan halal dan pelbagai jenis makanan ada.  Anda kena rajin explore jer tempat makan halal di Korea ni.  



DECORATION POTALA RESTAURANT SEOUL KOREA

Sebelum makan Bonde nak kongsikan dengan anda semua decoration dalam Restoran ni.  Memang ianya sangat menarik perhatian Bonde.. Decoration ala-ala Istanbul dan Moroco cantik sekali dan nampak mewah dengan warna-warna fabricnya.

Tempat makan juga selesa ada yang tertutup dan ada yang terbuka!  Anda boleh pilih nak yang mana satu..

Open - selesa untuk yang datang beramai-ramai

Close - sesuai untuk yang datang dengan couple yang ingin privasi




DAPUR LAMA SEBAGAI HIASAN

Dekat dalam Restoran ni ada diletakkan dapur lama sebagai hiasan.  Bonde rasa ianya sejenis tempat membakar roti.  Kalau dekat Malaysia ada juga dapur macam ni.. tapi bentuk tempayan.

MENU MAKANAN DI POTALA RESTAURANT SEOUL KOREA

Kami datang sini sebenarnya tour guide dah buat pesanan awal untuk menu yang kami makan.  Jadi kami dihidangkan makanan panas-panas.

Menu yang dihidangankan untuk kami ialah Chicken Tikka, kentang goreng berempah, Butter Chiken Curry, roti nan dan nasi.

Anda boleh pilih nak makan lauk pauk dengan apa, samaada dengan nasi ataupun roti nan.



 CHICKEN TIKKA


KENTANG GORENG BEREMPAH




Pinggan Bonde :) Chicken Tikka tu sedap macam Chicken pop corn, Roti nan sedap makan dengan butter curry.



POTALA RESTAURANT SEOUL KOREA 

Restoran ini adalah antara restoran halal di Seoul, jadi muslim bolehlah singgah makan dekat sini kalau bercuti di Korea.




~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

3 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.