LARANGAN MEROKOK BERKUATKUASA 1 JANUARI 2019



Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai reader semua.. Larangan Merokok di Restoran, Premis Makanan 2019 bermula hari ini 1 Januari 2019.  Isu viral ini telah memberi rasa kurang selesa pada mereka yang sememangnya perokok tegar.  Apapun arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah disebarkan mulai 1 Januari 2019.  Sebagai seorang rakyat Malaysia hendaklah akur dan turut kepada arahan ini.

LARANGAN MEROKOK BERKUATKUASA 1 JANUARI 2019



PEWARTAAN TEMPAT MAKAN SEBAGAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK

- Gerai makan 

- Rumah kedai


- Restoran Di Atas Tanah Lot


- Kedai Makan Atas Awan


- Tempat Makan Terbuka


- Kedai Makan Dalam Sungai


- Trak Makanan


- Kenderaan




INDIVIDU

Denda maksimum RM 10,000 atau penjara tidak melegihi 2 tahun

PEMILIK PREMIS MAKANAN


Bagi kesalahan tidak mempamerkan tanda larangan merokok, Denda maksimum M 3000 atau penjara tidak lebih 6 bulan.

BAGI KESALAHAN GAGAL MEMASTIKAN ORANG TIDAK MEROKOK


Denda Maksimum RM 5000 atau penjara tidak lebih satu tahun.

7 TIPS CARA BERHENTI MEROKOK SEKALI SELAMANYA DAN TERBEBAS DARI GODAAN

Bonde ada terbaca dekat web hellosehat 7 tips untuk berhenti merokok.  Bolehlah anda share pada mereka yang anda sayang.  Moga terbuka hati mereka untuk berhenti!! Support Kanda juga untuk berhenti merokok...

1. Ketahui dulu apa yang membuat Anda ingin kembali merokok

Banyak perokok terbiasa merokok untuk mengatasi stres. Jika hal ini berlaku pada Anda, tubuh Anda telah mengaitkan rokok sebagai satu-satunya cara menghilangkan stres.
Ertinya apabila suatu saat nanti apabila ada situasi tertentu yang menyebabkan stres setelah anda berhenti merokok, kemungkinan keinginan untuk kembali merokok akan muncul dan sulit dikendalikan. Bahkan berhenti merokok sering dijadikan kambing hitam sebagai penyebab stres. Padahal, stres anda justru akan berkurang saat anda berhenti merokok. 
Anda dapat mengatasi stres tanpa merokok. 
Caranya adalah dengan mencari apa sebenarnya yang membuat anda resah. Apakah itu deadline pekerjaan di pejabat? Kemudian, cari bagaimana cara meningkatkan produktivi kerja anda agar tugas tersebut dapat terpenuhi dengan baik.

2. Ingat apa yang membuat Anda berhenti merokok

Jika anda mulai goyah dan tergoda untuk merokok lagi, anda harus cepat-cepat kembali mengingat apa alasan yang membuat anda berhenti merokok. Apakah itu kerana kesihatan yang makin menurun, sehingga anda tidak boleh lagi berolahraga seperti dulu? Atau kerana bimbang keadaan orangtua, anak, atau isteri, yang selalu terpapar asap rokok anda dulu?
Cubalah tulis semua daftar alasan tersebut dan tempatkan daftar tersebut ditempat yang mudah anda lihat dengan jelas setiap saat — sebagai bahan untuk refleksi diri. Memotivasi diri agar membantu anda untuk tidak tergoda merokok lagi.
Ingat, perubahan yang dilakukan atas dasar keinginan diri sendirilah yang paling tinggi peluang berhasilnya dalam jangka panjang.

3. Hindari Alat pembakar

Biasanya, seorang perokok memiliki waktu atau situasi tertentu yang menyebabkan ianya ingin merokok. Misalnya merokok selepas makan, atau merokok sambil minum kopi sambil berangan.
Jika ini adalah hal-hal yang membuat anda mudah ketagihan anda kembali, maka isilah waktu terluang yang biasa anda gunakan untuk merokok dengan melakukan aktiviti lain. Jika memungkinkan, hindari perokok lain untuk sementara. Ambil contoh, jauhkan diri dari kawan-kawan perokok anda untuk berjalan kaki setelah makan  pada waktu siang, bermain games di handphone, atau rajinkan diri cuci pinggan mangkuk selepas makan.
Tergoda kembali merokok disebabkan kerana wangi asap rokok yang ada di sekitar anda. Baju dan jenis pakaian lainnya menyerap aroma rokok. Cuci semua pakaian, seluar, jaket yang berbau asap rokok. Bila anda suka merokok di kereta, bersihkan kereta anda agar terbebas dari sisa asap rokok dan sampah puntung rokok.

4. Ganti hobi merokok dengan yang lainnya

Membuat diri tetap sibuk adalah salah satu cara berhenti merokok yang efektif. Mencari kesibukan lain bertujuan untuk mengalihkan pikiran anda dari mengidam rokok. Ada beberapa hal yang selalu snda lakukan untuk mengisi waktu terluang daripada merokok, antara lain:
  • Olahraga
  • Jalan-jalan santai keluar rumah
  • Buat tangan anda sibuk, selalu main game di handphone atau komputer
  • Pergi menonton TV 
  • Luangkan waktu dengan kawan dan keluarga yang tidak merokok
  • Pergilah restoran bebas rokok kesukaan anda
Ketika anda dalam proses berhenti merokok, akan selalu ada keinginan untuk memasukkan sesuatu di mulut anda.  Anda sudah terbiasa mengisap batang rokok sehingga ketika anda sudah tidak merokok anda akan merasa aneh jika tidak ada sesuatu di mulut anda.
Oleh kerana itu, anda selalu mengganti rokok yang biasa anda letakkan di mulut anda dengan makan makanan manis berangin contoh gula getah atau makanan ringan yang sihat. Salah satu cara unik lainnya yang dapat dilakukan untuk mengatasi susah berhenti merokok adalah dengan minum air sejuk, lawan ketagihan dengan meminum air sejuk atau air kesukaan anda.

5. Kerap gosok gigi

Biasanya, perokok memiliki bau nafas seperti bau rokok. Oleh kerana itu, salah satu hal baik yang anda dapatkan ketika mencuba berhenti merokok adalah gigi yang bersih dan nafas mulut yang terasa lebih segar .
Jika anda selalu gosok gigi dan selalu memiliki nafas yang segar, anda pun akan merasa sayang untuk mengotorinya apabila kembali merokok.

6. Anggap godaan tersebut sebagai kesalahan

Salahkan diri anda jika anda ingin merokok.. dengan cara ini mungkin anda tak terlintas keinginan untuk merokok . 
Akan tetapi, jadikan moment tersebut sebagai refleksi dan untuk berjanji tidak mengulangi kesalahan yang sama.

7. Berikan hadiah pada diri sendiri kalau berhasil

Ketika anda sudah berjaya tidak merokok sama sekali, ada baiknya anda memberi penghargaan pada diri sendiri. Contoh, duit yang tadinya hanya dihabiskan untuk membeli rokok, simpan dan asingkan duit terkumpul itu dengan tidak sedar anda dah latih diri untuk menabung! Jika ditotal sampai setahun berhenti merokok, Anda rasa berbaloi atau membeli barang yang anda suka dengan duit tabungan tersebut. Anda patut meraikan terbebasnya diri anda dari kepulan asap rokok.
Selamat mencuba!

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Hindari rokok. Rokok tu kan membahayakan kesihatan. Harap rokok tu pun tak jual di mana2 kedai dah. Bebas asap rokok.

    BalasPadam
  2. semoga betul2 dilaksanakan laaa law ni..
    nak makan dengan tenang..

    BalasPadam
  3. Sekurang-kurangnya takdelah kotor lantai restoran tu. Saya ni penggeli kalau tengok banyak puntung rokok bersepah.. Hilang selera nak makan.. :(

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.