ASAM LAKSA MANGKUK AYAM , YANG TAK DAPAT NAK LUPAKAN! Assalamualaikum dan Selamat petang, Hai reader semua.. Bonde nak kongsikan sesi JJCM kali ini, dekat sahaja di D'pulze Cyberjaya. Kalau lunch di Cyberjaya ni memang ada banyak pilihan mengikut selera apa yang anda mahu masakan Kampung, Western, Indian Food, Korean Food , Japanese Food, Chainese Food, Thai Food dan Malaysia Food ikut negeri, Terengganu, Kelantan, Johor , Negeri Sembilan semua ada. (sediakan duit sahaja)ASAM LAKSA MANGKUK AYAM , YANG TAK DAPAT NAK LUPAKAN!
ASAM LAKSA MANGKUK AYAM , YANG TAK DAPAT NAK LUPAKAN!
Kali ini,
Bonde ingin mencuba menu-menu di Mangkuk Ayam.. Biasalah Restoran baru dibuka mestilah teruja nak buat JJCM dan rasa masakan dekat situ.
KENAPA RESTORAN NI DIBERI NAMA MANGKUK AYAM??
Bonde pon tak tahu kenapa Restoran ni diberi nama "mangkuk ayam" tapi dari pirasat Bonde, sebab penggunaan mangkuk yang terdapat gambar ayam yang memberi inspirasi kepada nama kedai iaitu Mangkuk Ayam. He he he kalau tak caya jom tengok sekeliling Bonde ni hah.
Lukisan dinding pon ada gambar ayam (ehhhh jangan patuk kepala Bonde eh ayam...)
Lukisan dinding yang membelakangi meja Bonde ini memang rare kot sini ramai yang buat photoshot..
Hiasan dinding pun dipenuhi dengan mangkuk dan pinggan pelbagai saiz terdapat lukisan ayam.
Bonde suka tengok decoration Restoran ni... lain dari yang lain sangat menarik.
Bekas tisu, sudu, garfu dan chop stick pon ada lukisan ayam.
Habis bab decoration Restoran Mangkuk Ayam ni, tak lama lepas tu menu yang kami pesan pun sampai.
ASAM LAKSA
Bonde nak cuba Asam Laksa ni sebab dua tiga hari ni memang teringin nak makan Laksa dan seangkatan dengannya yang berkuah masam-masam macam tulah he he he.
Asam laksa dekat Restoran Mangkuk Ayam ni, memang menepati selera Bonde.. Cukup rasa masam, manis, masinnya.. kuah laksa dia sedap cukup rasa dan semua ramuan lengkap.
ROJAK BUAH
Rojak buah ni Afra yang oder... Bonde makan jugaklah sebab memang suka makan buah-buah dengan kuah rojak buah.
Buah-buah yang ada dalam Rojak buah ni memang fresshh dan segar sekali sebab masa makan tu buahnya masih ranggup haaa sedapkan makan buah-buahan ranggup krup krap krup krap
ROJAK MEE
Rojak Mee ni pon Afra yang order dan makan... Bonde pon merasalah sesudu dua dari mangkuk dia..
Rindu nak makan Rojak dekat Penang tu bolehlah terjah sini yang dekat dengan anda. Berbaloi rasa dia.
ICE LEMON TEA
Air ni pakej termasuk dengan Asam Laksa yang Bonde order tadi RM 13.90
Acah-acah sopan nak menikmati Asam Laksa...
Bila hirup kuah sesudu terus seseng lenggan baju nak makan dengan rakusnya... Mak sapalaaa ni ha haha Kalau Cik Fatin ada asyik kena ceramah free jer Bonde.
Ni la Afra yang acah-acah oder makanan macam nak abiskan semua... last-last Bonde kena cover dia habiskan makanan.. naseb rojak buah tu jer yang dia tak habis.. Sayang tau tak!!
Tapikan....... Rojak Mee tu dia kasi licin mangkuk tu tau! dia kata sedap, dan dia nak repeat lagi makan dekat sini.
SUASANA DALAM RESTORAN MANGKUK AYAM
Pada pandangan Bonde suasananya kemas, bersih dan tenang. Suasana dalam Restoran Mangkuk Ayam ni sesuai sangat untuk yang suka lepak-lepak dengan kawan-kawan sambil makan sambil borak chit-chat gitu, Bagi Bonde tak berapa sesuai untuk family yang ada ramai anak datang makan dekat sini sebab tempat agak terhad tapi anda boleh nilaikan sendiri keselesaan di situ, ini sekadar pendapat Bonde sahaja.
PROMOSI DI RESTORAN MANGKUK AYAM
PROMOSI TAMAT HARI INI..
Moga akan datang ada promosi lagi macam ni!
SENARAI MENU RESTORAN MANGKUK AYAM
Menu Utama
Mee Rojak
Asam Laksa
Nasi Kari Ayam
Mee Kari
Bubur Ayam
Nasi Rendang Daging
Restoran Mangkuk Ayam Malaysia
P10, D’Pulze Shopping Centre
Cyberjaya
Facebook : Restoran Mangkuk Ayam Malaysia
P10, D’Pulze Shopping Centre
Cyberjaya
Facebook : Restoran Mangkuk Ayam Malaysia
~ Bonde Senyum Riang ~
20 Ulasan
Sedapnya, saya suka saya suka :D
BalasPadamWah sedapnya memandang dari sini. Hehe. Saya memang suka sangat laksa. Laksa kedah dan penang terutamanya. Laksa asam camni kena rasa dulu baru tahu kena dengan selera tekak sendiri ka tak. Hehehe
BalasPadamuniknya cara marketing dia...hehehe laksa memang sedap...
BalasPadamskrg waktu lunch and suddenly i pop to this article.lapar la pulak. alahai hehehe.nasi belum masak ni.tengok asam laksa terliurnya
BalasPadamSaya juga suka kari ayam...ada tawaran RM1 ..owner kedai memang bijak buat promosi=)
BalasPadamhoho... tengok rojak buah + rojak mee dah lapo. memang nak terjah sbb dua menu ni jer yg awesome. tapi x cuba lg laksa x tau kan.. sure2.. nanti kita terjah sana. tq
BalasPadamSedapnya Asam Laksa lama tak makan hehehehe bestnya mangkuk ayam ni kita ada kat rumah boleh la masak Asam Laksa dan letak dalam mangkuk ayam ni hehehehe menarik juga wakakakak...
BalasPadamUnik nama restoran ni, mangkuk ayam !! Pelik tapi oklah semua ada lambang ayam. Lukisan yang bonde bagitau tu memang nampak menarik. Lagi menarik bila tengok menunya tu !! Sedapnya asam laksa tu.. masam-masam, pedas woww terangkat
BalasPadamMemang menarik lah restoran mangkuk ayam ni. Semua nya berdekorasikan ayam. Lain dari yang lain.
BalasPadamHai kalau dah semua sedap memang wajib try lah makan dekat sini. Masuk dlm list dah tempat ni.
I serious teringin nak rasa laksa dia. Ramai cakap sedap. Dah sah this weekend nak pi try makan kat sini.
BalasPadamDah ramai sis tengok wat review magkuk ayam ni..ni yang buatkan bertambah tambah teringin nak kesana ni, dah memanggil manggil dah asam laksa tu..hehehe
BalasPadamUnik nama dia..hehee..nasib bukan mangkuk hayun..heehe..Dekorasi semua ada gamabr ayam erk..lain daripada yang lain. wah tengok makann tu, menyelerakan. jarang pergi cyberjaya ni..
BalasPadamTak pernah lagi sampai ke Cyberjaya. Kalau la dekat, pasti nak rasa juga rojak buah tu. Tergoda pulak kita tengok. Hehe
BalasPadamWahhh kak Zaida ke sini jugak. Mmg bestkan menu2 kat Mangkuk Ayam. Namanya sungguh unik dan harga dia sgt berpatutan. Portion pulak besar. Sesuai utk bawa seisi keluarga
BalasPadamWah. Nampak menarik kedai ni. Unik dengan ayam nya. Hehee.. Tq rekemen boleh datamg cuba ni bonde.
BalasPadamthis mangkuk ayam le Rach gina since little girl. mmg kampung kampung chinese will use that.. now if see it again.. mmg mesti excited!!!
BalasPadamnow asam laksa ni akan saya serbu nanti!!
Arwah nenek memang sangat menyukai design ayam ni - kami ada banyak koleksi nie dan dijaga dengan baik sebab menyukainya hehe. Rawlins pun nak melawat ke kedai ini dalam waktu terdekat
BalasPadamMangkuk Ayam nama restoran lah. mula2 pun ingat nama mangkuk ke apa ke. Nampak special je kedai ni. Murahnya harga teatime tu nak rasa asam laksa.
BalasPadamPinggan mangkuk dia so cute...makanan2 pun nampak mnyelerakan semuanya....asam laksa is my fav too!
BalasPadamRojak buah nampak menarik.. AM nak cuba la menu2 di sini nanti.. nampak sweet sangat dekorasi dlm restoran..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.