INFO MEMBELI KERETA PERTAMA ANDA



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi..


Membeli Kereta Pertama AndaTahu mengenai kos, kemampuan, perlindungan dan penyelenggaraan apabila anda membeli kereta pertama – baharu atau terpakai

INFO MEMBELI KERETA PERTAMA ANDA

'Jumlah Kos Pemilikan kereta jadi faktor membuat keputusan'.

'Faktor liberalisasi tarif seperti usia kenderaan, buatan dan model dan jantina tentukan premium insurans kereta anda'.

'Memilih bengkel kereta biasa dan menggunakan jenama alat ganti dikenali mampu optimum bajet penyelenggaraan anda'.

INFO MEMBELI KERETA PERTAMA ANDA

Dari Kiri : Sazali Abdul Rahman, Head Franchise & Special Scheme, Allianz General Insurance, Go Boon Wah, Marketing Manager, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Liew Ooi Hann, Founder & Director, Ringgitplus Malaysia



Petaling Jaya, Malaysia – Memiliki sebuah kereta menjadi satu daripada pembelian terpenting dilakukan oleh rakyat Malaysia dan ia mungkin perkara paling besar dilakukan oleh kebanyakan belia di negara ini.

Dalam situasi masa kini, kebanyakaan rakyat di negara ini memperolehi gaji permulaan antara RM2,500 hingga RM3,000 dan ditambah dengan kos hidup yang tinggi terutama di bandar ia menjadikan keupayaan membeli sebuah kereta sama ada baharu atau terpakai adalah sukar.

Sebagai pakar dalam bidang automotif, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch) bertindak menganjurkan satu sesi meja bulat komprehensif bersama RinggitPlus dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad bagi membincang dan memberi pandangan mengenai perancangan kewangan, skim perlindungan dan penyelenggaraan kenderaan serta perspektif kos faedah apabila membeli kereta pertama.

“Apabila anda membeli kereta pertama, terdapat dua soalan perlu ditanya pada diri sendiri – Adakah anda memerlukan kereta baharu? dan Adakah anda berkemampuan?. Kesilapan paling besar dilakukan kebanyakan pembeli kereta pertama ialah jika anda mampu membayar wang pendahuluan dan ansuran bulanan anda selamat,” kata En. Hann Liew, Pengasas dan Pengarah RinggitPlus Malaysia.

Masuk ke topik insurans kenderaan, En. Sazali Abdul Rahman, Ketua Francais, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad berkata, “Sama ada ia kereta baharu atau terpakai, faktor liberalisasi tarif perlu diambil kira bagi menentukan jumlah premium insurans. Faktor liberalisasi tarif ini termasuk usia kenderaan, tahun dan model dikeluarkan, jantina, umur, kenderaan berisiko dicuri dan kapasiti enjin.

INFO MEMBELI KERETA PERTAMA ANDA

Dari Kiri: Sazali Abdul Rahman, Head Franchise & Special Scheme, Allianz General Insurance, Go Boon Wah, Marketing Manager, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Liew Ooi Hann, Founder & Director, Ringgitplus Malaysia

En. Sazali berkata, kereta terpakai kebiasaan memiliki premium insurans lebih rendah jika dibandingkan dengan kereta baharu. Sebagai contoh, sebuah kereta berusia 3 tahun berbanding kereta baharu, perbezaan premium ialah 4.4% untuk kereta nasional, 13% kereta buatan Jepun dan 22% untuk kenderaan Eropah.

Kedua-dua mereka sama ada En, Hann dan En, Sazali turut menekankan bahawa terdapat banyak kos tersembunyi yang perlu kita letak sebagai faktor dalam menentukan keupayaan membeli kereta. Kos tersembunyi ini menghasilkan jumlah yang dipanggil Jumlah Kos Pemilikan (TCO) yang meliputi susut nilai, faedah, bahan api, parkir dan tol, insurans, cukai jalan dan penyelenggaran serta ditambah wang pendahuluan dan ansuran bulanan. Syarat utama, TCO bulanan anda tidak boleh melebihi 20% daripada pendapatan kasar dan perlu mengikut jumlah 36% hutang kepada nisbah pendapatan.
Bagi mengelakkan peningkatan TCO kereta anda dalam beberapa tahun akan datang, penyelenggaraan kereta adalah faktor kos yang penting.

“Apabila melibatkan penyelenggaraan dan alat ganti kereta,  buat pilihaan terbaik untuk poket dan kereta anda. Jika anda ingin mengoptimumkan bajet penyelenggaraan, ganti sendiri beberapa bahagian alat ganti seperti menukar bilah pengelap atau memilih menggunakan jenama dikenali kerana ia mampu menurunkan kos sehingga 25-50%,” kata En. Go Boon Wah, Pengurus Pemasaran, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.

INFO MEMBELI KERETA PERTAMA ANDA
Dari kiri : Sazali Abdul Rahman, Head Franchise & Special Scheme, Allianz General Insurance, Go Boon Wah, Marketing Manager, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Liew Ooi Hann, Founder & Director, Ringgitplus Malaysia

En. Go merumuskan sesi tersebut dengan menekankan bahawa penyelenggaraan yang betul penting untuk jangka hayat kereta dan adalah wajar untuk mengetahui maklumat berkaitan ekosistem seperti mengetahui mekanik yang boleh dipercayai, bahagian alat ganti mana yang perlu dikekalkan atau ditukar, pinjaman terbaik dan insurans apakah sesuai dengan anda.


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan