5 Bacaan Zikir Setiap Hari

Assalamualaikum Dan Selamat Petang.. Hai reader semua,

Dikesempatan ini Bonde ambil untuk kongsikan dengan anda semua tentang 5 Bacaan Zikir Setiap Hari, apa yang perlu kita sama-sama amalkan untuk kebaikkan dan agar apa yang kita buat dirahmati dan diberkati InsyaAllah.

5 Bacaan Zikir Setiap Hari


5 BACAAN ZIKIR SETIAP HARI, (1) ZIKIR TAUHID,(2) SAYYIDATUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR), (3) SELAWAT UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD, (4) BACAAN MEMOHON AGAR NABI MUHAMMAD DIBERIKAN GANJARAN YANG SELAYAKNYA OLEH ALLAH TA'ALA,

Zikir tauhid iaitu dengan mengucapkan 'Laa ilaha illallah' adalah amalan zikir yang paling mulia. Di antara kelebihan dan fadhilat zikir tauhid ialah :

(1) ZIKIR TAUHID


5 BACAAN ZIKIR SETIAP HARI, (1) ZIKIR TAUHID,(2) SAYYIDATUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR), (3) SELAWAT UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD, (4) BACAAN MEMOHON AGAR NABI MUHAMMAD DIBERIKAN GANJARAN YANG SELAYAKNYA OLEH ALLAH TA'ALA,


Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

(2) SAYYIDATUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)


5 BACAAN ZIKIR SETIAP HARI, (1) ZIKIR TAUHID,(2) SAYYIDATUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR), (3) SELAWAT UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD, (4) BACAAN MEMOHON AGAR NABI MUHAMMAD DIBERIKAN GANJARAN YANG SELAYAKNYA OLEH ALLAH TA'ALA,


Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

(3) SELAWAT UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD


5 BACAAN ZIKIR SETIAP HARI, (1) ZIKIR TAUHID,(2) SAYYIDATUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR), (3) SELAWAT UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD, (4) BACAAN MEMOHON AGAR NABI MUHAMMAD DIBERIKAN GANJARAN YANG SELAYAKNYA OLEH ALLAH TA'ALA,


Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)


(4) BACAAN MEMOHON AGAR NABI MUHAMMAD DIBERIKAN GANJARAN YANG SELAYAKNYA OLEH ALLAH TA'ALA

5 BACAAN ZIKIR SETIAP HARI, (1) ZIKIR TAUHID,(2) SAYYIDATUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR), (3) SELAWAT UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD, (4) BACAAN MEMOHON AGAR NABI MUHAMMAD DIBERIKAN GANJARAN YANG SELAYAKNYA OLEH ALLAH TA'ALA,


Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu marilah kita perbanyakkan zikir tauhid ini.. Mudah-mudahan Allah senantiasa melimpahkan rahmatNya kepada kita semua terutama kepada mereka yang lisan dan hatinya sentiasa berzikir kepada Allah swt.

5 BACAAN ZIKIR SETIAP HARI, (1) ZIKIR TAUHID,(2) SAYYIDATUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR), (3) SELAWAT UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD, (4) BACAAN MEMOHON AGAR NABI MUHAMMAD DIBERIKAN GANJARAN YANG SELAYAKNYA OLEH ALLAH TA'ALA,


Moga bermanfaat :)

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

1 PEMBERI ULASAN

  1. nice sharing.. at least boleh pilih mana2 untuk dijadikan amalan consisten. kalau consisten dengan semua lagi baguih..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.