Bonde Zaidalifah: RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP UNTUK SAHUR

RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP UNTUK SAHUR

3:00 pm

RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP UNTUK SAHUR.  Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua.

Dah seminggu kita semua berpuasa hari ini adalah hari kelapan namun selalu ramai dikalangan kaum ibu akan jadi pening sahur nak makan apa nak masak apa? Bagi Bonde sahur adalah penting, paling mudah dan paling simple menu nak disediakan dan cepat untuk di makan... tidak terlalu berat untuk dimakan mudah disediakan. RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP UNTUK SAHUR.

RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP UNTUK SAHUR


RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP UNTUK SAHUR, IKAN BILIS GORENG CILI API,

IKAN BILIS GORENG CILI API

Untuk sekali masak sahaja, Kalau family ramai boleh lebihkan sukatan.

Bahan-bahan :

100 gram - Ikan Bilis 

1 Biji - Bawang Besar Holan 

6 Biji - Cili Api Merah 

6 Biji - Cili Api Hijau 

Sedikit Minyak untuk menumis

Sedikit serbuk cukup rasa maggi

Cara-cara Memasak :

Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga garing terlebih dahulu, angkat dan ketepikan.  Baki minyak tadi tumis bawang cili api merah dan hijau, Bila sedikit layu masukan perencah maggi dan ikan bilis, gaul rata dan sedia untuk di hidangkan.

Menu ini paling mudah dan ringkas untuk dimasak anda boleh tambah telur goreng mata kerbau atau telur dadar.

Menu ni juga bertambah sedap kalau di curahkan titisan kicap manis kipas udang keatas nasi.  Yang pastinya makan bertambah tak perasan up sepinggan nasi lagi he he he 

Selamat mencuba!












~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

  1. Memang paling mudah, paling sedap dan paling best makan masa sahur.. kikiki

    ReplyDelete
  2. memang mudah sangat bonde resipi ni, makan dengan nasi panas memang berselera

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN