Bonde Zaidalifah: RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON

RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON

12:34 pm

RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON Assalamualaikum Dan Selamat tengahari, Hai reader semua.

Ada tak yang suka makan Lobster dekat sini, Bonde suka seafood jadi mestikan suka makan Lobsterkan! Bezanya Lobster yang ini saiznya agak kecil seperti udang galah. Sudah kebetulan beli inilah pengalaman pertama masak Lobster sendiri.  Oleh sebab tak tahu nak masak apa kawasan kata sedap buat masak Butter, Buttermilk dan juga masak lemak cili api macam udang galah tu.  Udang yang Bonde beli ni 500 gram ada dalam 14 ekor masa beli memang ianya masih hidup lagi tau.. Jadi  semalam Bonde hanya masak 7 ekor sahaja, memandangkan hanya berbuka berdua sahaja dirumah bersama Fatin.  Jom baca Bonde kongsikan RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON.

RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON

RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON, BABY LOBSTER, CARA NAK MASAK LOBSTER, RESEPI LOBSTER SEDAP,


RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON

Bahan-bahan :

7 ekor - Baby Lobster
1 labu -Bawang Holen (hiris)
5 labu - Bawang Putih (hiris)
3 biji -Cili api Merah(hiris)
3 biji -Cili Api Hijau (hiris)
3 tangkai - Daun Kari
1 Biji - Buah lemon
3 sudu - Butter cup
sedikit serbuk cukup rasa maggi

RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON, BABY LOBSTER, CARA NAK MASAK LOBSTER, RESEPI LOBSTER SEDAP,

RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON, BABY LOBSTER, CARA NAK MASAK LOBSTER, RESEPI LOBSTER SEDAP,


Cara memasak : 

Bersihkan dan cuci baby lobster terlebih dahulu, kemudian rebus, jangan terlalu lama, selepas siap direbus bolehlah siang dan belah seperti gambar dibawah :



Selepas itu untuk memasak pula masukkan butter tadi kedalam kuali dan masukan bahan-bahan yang telah siap dihiris bawang holen, bawang putih, cili api dan daun kari,

Bila sudah garing dan naik bau, bolehlah masukan baby lobster dan kacau rata, selepas itu tuangkan perahan lemon diatasnya.

Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba :)

Sila share resepi ini jika suka.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

7 TEGURAN MEMBINA

  1. apa ni bonda up resepi lobster tengah hari. o mcm ni buat sos lemon ek. nak try la ngan ayam. lobster takada, belum cukup budget nak beli, huhuhu.

    ReplyDelete
  2. fav lobster tp tk pernh lg masak sdiri

    ReplyDelete
  3. Mak hai sedapnya Lobster..

    ReplyDelete
  4. wah sedap. .thank you bonde share resipi

    ReplyDelete
  5. wah mudahnya resipi ni tapi nak cari baby lobster tu yang susah

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN