Bonde Zaidalifah: MUSIM SAKURA AKHIRNYA TIBA JUA!

MUSIM SAKURA AKHIRNYA TIBA JUA!

3:00 am

Assalamualaikum Dan Selamat Malam,

Hai reader semua,

Kuala Lumpur, 24 April, 2018 - Musim bunga telah tiba di Jepun, dan Tokyo serta Kyushu telah menyaksikan kemunculan bunga sakura yang pertama untuk musim ini. Sakura mekar lebih awal tahun ini, terutamanya di wilayah Kanto, Koshin, Tokai dan Kinki, dan lebih 700,000 tetamu Airbnb berpusu-pusu ke Jepun sepanjang tempoh ini.

Musim Sakura akhirnya Tiba Jua!


Musim sakura bergerak ke arah ke Utara, dan bunga ceri yang putih bersih dengan sedikit sentuhan merah jambu ini akan memeriahkan musim bunga di serata negara dari hujung minggu ini sehingga minggu hadapan, sebelum tiba di Hokkaido pada awal bulan Mei.

Lokasi popular untuk melihat bunga ini termasuk di Tokyo, Osaka, Okinawa dan Fukuoka. Jika anda cukup bertuah untuk melawat Jepun semasa musim sakura ini, pastikan anda meraikan keindahan bunga-bunga kecil ini sambil menyertai Pengalaman yang diterajui oleh peminat sakura tempatan.

Tokyo

Parti Memasak Bento dan Melihat Sakura



Parti melihat bunga sakura tidak akan lengkap tanpa bento Hanami! Kotari akan memimpin anda dalam mencipta sushi dan kek cawan Sakura anda sendiri. Anda boleh bawa kotak bento anda sendiri, bungkuskan hidangan kegemaran anda, kemudian nikmati keindahan sakura di kawasan berhampiran.



Kamakura

Sakura & Sake di Kamakura, Ibu Kota Purba Shogun


Ini satu lagi peluang menikmati keindahan bunga sakura, kali ini bersama pakar Ikebana, Anton. Di ruang mewah yang diatur oleh Riho Miyamoto, yang dipenuhi kuntuman sakura, anda boleh menikmati menu padanan yang lazat dan disediakan dengan teliti oleh cef. Kamakura juga tidak kurang hebatnya dengan pilihan tempat melihat bunga sakura, jadi jangan ketinggalan!

Musim Sakura akhirnya Tiba Jua! JEPUN, SAKURA JEPUN, FUKUOKO, TOKYO, KYOTO, KAMAKURA,
  

Kyoto

Memetik Teh di Perkampungan Teh Wazuka di Kyoto

Ini khas untuk penggemar-penggemar teh hijau di luar sana. Daiki, seorang peladang teh Uji di Uwajima, akan membawa anda ke rahsia yang kemas tersembunyi di Kyoto, Wazuka, untuk mencari daun teh yang terbaik. Perjalanan meredahi selekoh-selekoh tajam dan mendaki cenuram akan membawa anda ke ladang teh organik di atas gunung. Nikmati keindahan alam semula jadi di wilayah penuh mistik ini, merasa sencha dalam musimnya, dan berehat di kafe sambil menghirup matcha atau teh hijau kegemaran anda. Kalau bertuah, anda juga mungkin berpeluang melihat bunga sakura liar!
Musim Sakura akhirnya Tiba Jua! JEPUN, SAKURA JEPUN, FUKUOKO, TOKYO, KYOTO, KAMAKURA,

Terokai dunia Geisha & Kyoto sebenar


Kyoto terkenal dengan kekayaan susur galur sejarahnya. Apa yang anda perlukan untuk menyelami sepenuhnya kekayaan masa lampau dan budayanya ialah seorang pemandu pelancong yang cukup mesra dan berpengetahuan seperti Kentaro. Lawatan ini memberi tumpuan kepada budaya Geisha, tempat-tempat suci dan kuil. Kehadiran sakura yang memeriahkan suasana membangkitkan lagi keindahan dan aura klasik kepada lawatan anda.

Musim Sakura akhirnya Tiba Jua! JEPUN, SAKURA JEPUN, FUKUOKO, TOKYO, KYOTO, KAMAKURA,

Fukuoka

Pendakian Panoramik dan Memasak Di Luar



Osamu mempunyai pengalaman mendaki lebih 40+ tahun di serata dunia, termasuk Nepal dan Alaska. Bersama-sama dengan Nami, beliau membimbing anda merentasi Gunung Kizan, yang dahulunya merupakan tapak Istana Kii yang dibina pada tahun 665 sebelum Masihi oleh Maharaja Tenji untuk melindungi Dazaifu. Sepanjang pendakian ini, beliau juga akan menerangkan herba-herba liar dan kegunaannya dari sudut perubatan. Pemandangan yang memukau dari puncak serta mi udon yang lazat akan melengkapkan hari anda.

Musim Sakura akhirnya Tiba Jua! JEPUN, SAKURA JEPUN, FUKUOKO, TOKYO, KYOTO, KAMAKURA,

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. Jom bonde hunting sakura next year. Lawa2 view musim tu. Geram je tgk.

    ReplyDelete
  2. Best ka Bonda kalau dapat jalan-jalan macam nie..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya.. Kalau dapat perfi ini, memang best..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN