SHINSEGAE MAMEE LANCAR PRODUK FOODSERVICE

Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Kini Lebih Mudah Untuk Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya
Shinsegae Mamee Lancar Produk Foodservice untuk membantu pengendali makanan menjimatkan masa dan kos disamping mengekalkan kualiti makanan dan keaslian rasa

SHINSEGAE MAMEE LANCAR PRODUK FOODSERVICE, MAMEE, MAMEE MONSTER,

SHINSEGAE MAMEE LANCAR PRODUK FOODSERVICE

Kuala Lumpur: Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.

Ia juga merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40) untuk berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi.

Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000.

Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.

SHINSEGAE MAMEE LANCAR PRODUK FOODSERVICE, MAMEE, MAMEE MONSTER,

Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata terdapat keperluan untuk 91,000 pekerja mahir dalam Makanan & Minuman menjelang 2020.

Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.

“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.

Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).

“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategic bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.

Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.

“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.

“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak ‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.

“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.

SHINSEGAE MAMEE LANCAR PRODUK FOODSERVICE, MAMEE, MAMEE MONSTER,


Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

19 PEMBERI ULASAN

  1. Mesti sedap Kan. Mama dh let mmg minat mee segera

    BalasPadam
  2. Wah lepasni lebih mudah dan masa jimat masa ye terutama ibu-ibu yang berkerjaya dan yang penting bebas daripada perasa dan bahan pengawet. Good job Mamee

    BalasPadam
  3. Nak cari la Mamee baru ni...

    BalasPadam
  4. Bagus juga ada usahasama macam ni.. berkembang lagi skill dan dalam masa yang sama meningkatkan kreativiti chef di masa akan datang...

    BalasPadam
  5. Ada menu baru ek..haruslah dicuba nanti

    BalasPadam
  6. Giatmara sekarang berada di satu tahap yg tersendiri. Banyak graduan giatmara kini mampu bersaing dgn graduan lain.

    Pasal Shinsegae Mamee ni nk try sgt nanti. Xrisau dh pasal perasa tiruan semua dah

    BalasPadam
  7. Yup..dulu2 risau gak dgn fast food ni..takut byk bahan peasa/perisa..now dah ada mcm ni baguslah...bolehlah beli nanti

    BalasPadam
  8. As a student , mee segera ni mmg wajib ada huhu

    BalasPadam
  9. Alamak tetiba nk makan megi lak..

    BalasPadam
  10. Mmg minat sngt kat mamee! Dari dulu kalau malas nk masak tpi lapar, ni solution paling cepat. Pastu tmbah tmbah je perisa, daging, sayur kat dalam. Puas makan

    BalasPadam
  11. Mee Segera memang menjadi pilihan Marsha bila travel light. Kalau lebih sihat apa salah mencuba kan

    BalasPadam
  12. Wah Mamee dah ada produk baru lagi ya..

    BalasPadam
  13. Wahhh mesti sedap kalau Mamee punya produk.. Nyum..

    BalasPadam
  14. uzu tak suka beli megi. megi pon mahal skrg ni.. tapi nak kena cari maggi baru ni

    BalasPadam
  15. Sebelum ni nak guna produk segera, tak berapa suka sbb tahu kandungan dia tu kebanyakan bukan ori..good job mamee keluarkan produk yang bebas perisa tiruan dan pengawet tiruan

    BalasPadam
  16. Bagus betul usahasama macam ni. program macam ni patut selalu diadakan selalu. nak cari mamee lepas ni

    BalasPadam
  17. Bagus diadakan usahasama macam nih kan bonde. Dan yang penting dapat tepis dakwaan yang mengatakan makanan segera semuanya tidak elok

    BalasPadam
  18. Bagus betul program macam ni kan. Dapat membantu golongan B40.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.