Kadar Bayaran Pengasuh 2018



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi....

Hai reader semua... sudah 5 hari kita berada di tahun 2018 , beberapa hari ini dibangkitkan isu berkaitan bayaran untuk asuhan anak ini lalu di "wall facebook" Bonde, terdetik ingin berkongsi dengan anda semua. 

Waktu memang kian berubah... 15 tahun dulu bayaran tak sama macam sekarang.  Dulu bayaran 8 jam baru 250.00 sekarang sudah meningkat RM 100.00.  Kiraan OT pula dulu RM 1.50 sejam dan kini RM 5.00 sejam.  (ni yang buat balik awal jam 5.00 dan punch out)

Bagi ibu yang berkerja anda harus buat kira-kira untuk tidak rasa terbebankan dengan kadar Bayaran ini.  Jika boleh buat pilihan antara teruskan kerja atau jaga sendiri lebih berbaloi ada buatlah perancangan yang lebih baik untuk family anda.



KADAR BAYARAN PENGASUH 2018

Kadar Bayaran Pengasuh 2018



Pada pendapat Bonde:

Jika gaji kita kecil
tapi anak ramai, lebih baik berhenti kerja dan jaga sendiri anak dirumah dan pada masa yang sama anda buka tawaran untuk penjagaan bayi/kanak-kanak dirumah bagi menjana pendapatan bulanan anda, jika anda tidak mahu mengambil masa yang terlalu lama menjaga bayi/kanak-kanak anda boleh buka tawaran kepada guru sekolah. Waktu penjagaan tidak lama sekejap sahaja kurang dari 8 jam.  Satu lagi pilihan, buka tawaran untuk transit sahaja bagi mereka yang bersekolah.  Tak perlu ambik ramai-ramai cukupkan setakat 5 orang jika anda larat boleh ambik lebih dari itu.

Apa yang Bonde kongsikan ini, Bonde nampak sendiri bagaimana Mak Cik Bonde sendiri jana pendapatan dengan mengasuh bayi/kanak-kanak di Kampung.  Ramai yang menghantar bayi/kanak-kanak kerumahnya.  Tak heranlah di mampu bayar ansuran kereta bulanan untuk suaminya.

Jana pendapatan dari rumah sahaja, dah boleh dapat pendapatan lumayan tak perlu pikir nak tempuh jem dan sesak jalan raya.  Cuma anda kena pandai-pandai mengatur jadual dan apa yang anda sasarkan.

Pada ibu-ibu anda jangan pening-pening lagi. Move on....



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

34 Ulasan

  1. Nak cari pengasuh ni kena cari yang betul-betul suka anak-anak bukan sebab kerjanya mengasuh atau duit semata-mata. Apa pun memang menguji nak cari pengasuh yang baik dan serasi dengan ank-anak

    BalasPadam
  2. Banyak juga kos yg terbabit ye? Takde choice la kalau 2-2 suami isteri kerja. Nak tak nak kena bayar juga.

    BalasPadam
  3. Pergh!! Mujurlah tempat Sha hantar ini masih berbaloi..

    BalasPadam
  4. Memang mahal lah bonde kos jaga budak. Anak saya sebulan RM450. Overtime pulak sejam RM10.00 . Stress jer rasa. Campur OT cecah RM500 sebulah untuk sorang anak... huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahal tak pe sis kalo penjaga anak sis baik. Kira bersyukur. Mrk pun guna tenaga jugak untuk menjaga anak kita.. Sekiranya ot tu membebankan buleh la kiraya dtg amik awal kan.. Sbb kita ot pun dapat duet.

      Padam
  5. For Chinese lagi mahal. Everything is so expensive now. Sigh...

    BalasPadam
  6. Mmg boleh buat sumber pendapatan mcm ni Kan. Makin Mahal rate skrg ni

    BalasPadam
  7. Memang sekarang ni tinggi budget untuk hantar anak ke pengasuh. Kalau yang ramai anak tu, better buat kira-kira dulu berbaloi atau tak jumlah gaji parents untuk hantar belanja rumah dan anak. Kalau tak berbaloi, better mak berhenti kerja dan buat kerja dari rumah saya

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah anak-anak dah besar panjang. Dulu masa masing-masing kecil pening juga kepala nak cari pengasuh yang sesuai. Sekarang kos untuk penjagaan anak terutama yang beranak ramai ni amat tinggi. Perlulah merancang dengan baik.

    BalasPadam
  9. Fuh zaman sekarang mahal betul. Saya pun sedang mengalami fasa pengasuh. Lepas tu bayar mahal risau cara jagaan mereka. Hurmm. Saya hantar harian kekadang pun dah risau. Haha. Tengok fb kes dera lg. Adudududu. Kalau nak beranak. Fikir le camana nak jaga anak. Sebab org pompuan je fikir bab ni. Lelaki dia rilek je. Salah sorang dalam ahli keluarga ada keje tetap pun still tak cukup utk tampung kehidupan. So sad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa cakap lelaki ni rilex je .. lelaki pun risau la,

      Padam
  10. tak de ape yang murah sekarang ni bonde.. hee~ sebab tu saya tak bekerja dan memilih untuk duduk di rumah.. jadi pengasuh untuk anak sendiri..

    BalasPadam
  11. Zaman sekarang memang mahal. Takut bila dengar pelbagai cerita pusat asuhan ni. Hmmm. Kalau bagus asuh sendiri anak sebab trauma pikir benda macam ni. Harap2 dapatlah pengasuh yang betul2 ikhlas. Memang perlu rancang perbelanjaan baik2 kan kalau anak ramai.

    BalasPadam
  12. Siapa sangka hanya dengan melakukan kerja ini je kita dah boleh dapatkan macam-macam. Tapi dulu mana ada orang pandang kerja mengasuh ni

    BalasPadam
  13. huda memilih tak bekerja sebab tak percaya pada pengasuh. berat hati hari first nk tinggal anak. terus amik keputusan nak jadi WAHM

    BalasPadam
  14. and it depends on how many kids that pengasuh jaga also right? if like 1 or 2 lagi mahal! in Penang i think at least RM1,000!

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  15. Uittt mahainya..x pernah htr anak ke pengasuh pun, x tahu bape harga dulu dan sekrg, tp skrg sure le melambung baik kan.
    Ummm...rasa mcm nak jadi pengasuh pulak..:D

    BalasPadam
  16. This charges is consider very cheap, I pay more than 1k every month for my daugther and the next baby coming soon huhuh and it's not even one on one.

    BalasPadam
  17. informasi sangat menarik, ini pasti untuk satu kid ya?

    BalasPadam
  18. Semua sekarang berbayar kan. Itu sebab adik #RawlinsGLAM buat perkhidmatan rumah transit juga. Tapi bilangan kanak-kanak terhad bagi memastikan penjagaan yang rapi dan teratur. Kalau reramai kang ada macam-macam hal kan.

    BalasPadam
  19. sekarang ni, memang mahal-mahal kos kehidupan. Nak jaga baby pun kena fikir 2-3 kali. And rasanya, paling penting adalah keselamatan & kebersihan baby terjaga! :)

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah dulu masa hantar anak ke pengasuh dpt yg betul2 sygkan anak kita...
    Tpi sekarang ni jaga sendiri...bukan senang nak jaga budak2 ni sebenarnya..
    Mau xmau kena pndai2 tmabha pendaptan sdiri

    BalasPadam
  21. Boleh tahan juga upah mengasuhkan anak ye zaman sekarang. Kalau saya prefer jaga anak sendiri.

    BalasPadam
  22. Macam mak saya ..dari saya kecik smp besar dia jage anak orang..

    Tapi start 2009-2016 kitorg da x bg mak jage lg anak ..

    tp start 2017...ade jiran baru suami isteri mnta mak saya tlg jage ( wlupn kitorg adik beradik tegah )..sbb mak umur 70 thn mase 2017

    Sbb kesian kn jiran..mak saya tlg jgk..and pikirkan diorg kerja kilang..mak saya amik 800 utk 3 org ( 10 bln / 4 thn / 7 thn * 2018*)...

    Mslhnye diorg amik kesempatan....slalu ot....shift anta mlm2....kadang2 sabtu ahad pn antar....tp bayaran still 800

    Ape pendapat Puan?

    Mak saya da tua....kitorg da ckp kot dgn jiran tu...tp anta jgk...sbb diorg merayu...mak lak kesian..

    tp diorg amik kesempatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg ada puan org yg ambil kesempatan. Saya sendiru sebagai pengasuh... dah rasa semua tu. Dia fikir time dia susah aje... x fikir org langsung. Sakit ati di buatnya.. ckp dgn dia org.. kalau x boleh ambil awal. X nak jaga lagi... terpaksalah ckp mcm tu sbb dia x faham mak puan dah berumur.

      Padam
  23. makcik sha mengasuh budak 2 tahun lebih rm300 sebulan hahaha tapi takdelah sampai 8 jam, kadang datang pkul 4 pkul 6 balik hahaha

    BalasPadam
  24. Uishh mahalnya kadar bayaran pengasuh ni ye. Untung kalau buka taska ni bonde hihi

    BalasPadam
  25. OT, RM5 sejam tu untuk seorang atau 2, 3, orang?

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum bonda ,lyena nak tnya kalau ada baby 3 bln ,kanak2 umur 2 1/2 tahun Dan 5 thn ..berapa kos upah yg patut mereka ambil.. Pada masa,kini mohon perkongsian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baby umur 3 bulan RM 350.00, Umur 2 tahun RM 250.00 dan yang 5 tahun kalau bersekolah boleh caj RM 150.00 kalau hantar ketiga-tiga ke pengasuh yang sama bolehlah minta harga pakej. Sebab dulu tempat Bonde htr anak boleh bagi harga pakej :)

      Padam
  27. Assalamualaikum ibu2 atau sesiapa yang ingin pengasuh selamat dan terpecaya insya Allah boleh cuba nie. Yg mana perlu bantuan asuhan anak tapi trauma dengan kes2 dera.

    OLEH NAZLI IBRAHIM

    PUCHONG, 25 OGOS: Ibu bapa di Selangor dan Kuala Lumpur tidak perlu rungsing lagi untuk meninggalkan anak masing-masing tatkala mempunyai urusan kerja mahupun menghadiri sesuatu majlis.

    Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kiddocare, Nadira Mohd Yusoff berkata, hal ini berikutan Kiddocare menyediakan perkhidmatan profesional yang boleh diperolehi dengan mudah melalui applikasi di Google Play Store.

    “Kiddocare merupakan kaedah baru di mana kita menggunakan teknologi kerana hari ini semua orang menggunakan telefon bimbit.

    “Jadi kita gunakan aplikasi yang mampu memadankan profail ibu bapa dan pengasuh kanak-kanak mengikut kesesuaian waktu, tempat dan lain-lain kerana mungkin ada yang nak pakai dua jam sahaja, mungkin juga nak enam jam atau mungkin juga anak dia sakit dan dia tak boleh bekerja,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada Media Selangor pada Taklimat Kiddocare di Balai Masyarakat Puchong, Taman Puchong Perdana, di sini, hari ini.

    Nadira berkata, pada masa ini perkhidmatan Kiddocare hanya tertumpu di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja sebelum dan akan dikembangkan ke seluruh negara sedikit masa lagi.

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum bonde saya nak tahu kos pengasuh baby untuk tahun 2021 masih kekal macam 2018 ke? Tq,

    BalasPadam
  29. Salam,saya nk tnya klau mngasuh budk umur 8 tahun nk amik byaran brape.. transit tpi xde prgi skolh kafa..duduk sampai jam 6 ptg

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.