PEPERIKSAAN PSL N29 JPA DIPINDA PADA TARIKH 24-25 OKTOBER



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua,

Apa khabar pagi ni... Syukur Alhamdulillah dapat berita gembira... sebenarnya pagi ni Bonde dah buat semakkan untuk Peperiksaan JPA yang telah dijadualkan pada 16 dan 17 Ogos 2017 minggu hadapan, dan akhirnya agak pelik juga bila masuk disini : 


Hasil semakkan...

PEPERIKSAAN KHAS MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29


Wahhh Masih "sedang proses"... apa cerita ni kurang seminggu dah nak duduk peperiksaan tapi masih "sedang proses" nanti kelam kabut nak cari pusat peperiksaan tu betul tak? bukan Bonde sorang macam tu rasanya... siapa yang duduk peperiksaan pon akan rasa macam tu, bedebar-debar didada....

Maklumlah bulan ni InsyaAllah Bonde akan duduk dua peperiksaan iaitu :

1) Peperiksaan PSL N29 (JPA) - tarikh asal 16-17 Ogos 2017

2) Peperiksaan Diploma Pentadbiran (Kolej MCS) - tarikh belum dapat bulan Ogos 2017

Sebenarnya Bonde takut tarikh peperiksaan ni bertindih, Alhamdulillah ada hikmahnya JPA pinda tarikh peperiksaan, bolehlah Bonde ready untuk kedua-dua peperiksaan ini.

PEPERIKSAAN PSL N29 JPA DIPINDA PADA TARIKH 24-25 OKTOBER 

Rupa-rupanya :

Ada pengumuman dari JPA. Peperiksaan di pinda pada bulan Oktober nanti seperti jadual dibawah :

Peperiksaan dijadualkan pada 24 dan 25 Oktober 2017.


PEPERIKSAAN KHAS MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
Baiklah Bonde dah cetak Slip Baharu, simpan slip dalam file ... untuk peperiksaan bulan Oktober nanti.  Take note dekat diary, planner dan kalender.

PEPERIKSAAN KHAS MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan