SESI BERTEMU PENULIS PENERBITAN KARYASENI DI EKSPO BUKU MALAYSIA #PWTC 14-18 DISEMBER 2016.



Assalamualaukum Dan Selamat Malam

Hai Reader semua, sedang berlangsung EKSPO BUKU MALAYSIA #PWTC 14-18 DISEMBER 2016. 

Banyak yang menarik di booth Penerbitan Karya Seni seperti :

NOVEL TERBITAN EKSKLUSIF
HADIAH MENARIK
CENDERAHATI CANTIK
DISKAUN TERLEBIH-LEBIH BEST
.
NOVEL ADAPTASI
NOVEL BESTSELLER
NOVEL TERBARU
.
SESI BERTEMU PENULIS
RAMAH MESRA BERSAMA PELAKON ADAPTASI
CABUTAN BERTUAH

JADUAL TERKINI : SESI BERTEMU PENULIS



KOMBO DISEMBER RM 90


Foto Penerbitan Karyaseni.
Berikut adalah Novel dan nama penulis serta sinopsis Novel untuk anda baca seterusnya jika dah baca jalan cerita jangan lupa beli novel yea.

MANUSKRIP CINTA (SYAMNURIEZMIL)


Tajuk: Manuskrip Cinta
Penulis: Syamnuriezmil
Muka Surat : 682 
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0992-45-7
Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak)
Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis. Termasuklah manuskrip keempat ini.

Tapi...Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai!

“Nak tulis, kena tulis betul-betul. Kalau rasa tak boleh tulis cerita macam ni, jangan pandai-pandai tulis. Kalau nak cabar diri kau untuk tulis cerita macam ni... Kau kena cabar diri kau untuk jatuh cinta.” – KAK ADIBAH

Gara-gara Kak Adibah suruh aku bercinta, aku terpaksa cari boyfriend tikus putih untuk aku eksperimenkan cinta dalam manuskrip aku. Terpaksalah aku suruh kawan baik aku, Gee carikan. Tak sangka, lelaki yang bermulut loji yang aku jumpa dulu, adalah kawan baik kekasih Gee, Effan yang merupakan tikus putih itu. Jodoh atau bodoh?

“What a small world... Minah badan pendek!” – DR. IZAK ASHAAL
Dia, Dr. Izak Ashaal bin Dato Dr. Izam, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. 
Masalah mula timbul setelah aku dapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan dan dia bukan seperti yang aku sangkakan. Kesilapan dia, membuatkan aku berpaling kepada watak asal yang aku ambil sebagai watak utama dalam manuskrip aku.

Dia, Dr. Rian Akasyah bin Tan Sri Dr. Rasyid, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar jantung, cardiologist. Dia telah dikecewakan oleh tunangnya sendiri dan aku menolongnya membersihkan namanya. Dia baik, dia sweet dan dia selalu ada bila aku memerlukan dia. 

“It’s okay. You can always talk to me about whatever you want to. And you can do it as long as you like.” – DR. RIAN AKASYAH
Daripada tak ada calon, sekarang calon sudah jadi dua. Namun hati tidak pernah ada simpang. Hati aku sudah ada pilihan, tetapi masih degil untuk main permainan hati yang akhirnya menjerat hati aku sendiri. Betul lah kata ibu, hati dan perasaan tak boleh dibuat eksperimen! 

Akhirnya... Manuskrip terjun gaung, hati jadi rentung!

“Kalau kak salah pilih pun, ada tiga pilihan yang akan muncul dalam hidup kak. Sama ada pilihan itu akan menilai, merosak ataupun menguatkan kak. Satu pesanan ayah kat kak, kalau muncul tiga pilihan ni, pilihlah yang menguatkan kak. Orang yang kuat, tak mudah mengalah dan putus asa. Itu baru anak ayah!” – AYAH

Hmmm... Apakah pilihan yang menguatkan aku? Tulang atau jantung? Tulislah macam mana bagus pun fiksyen tu, tulisan Allah S.W.T adalah tulisan yang paling

Foto Penerbitan Karyaseni.
https://www.wattpad.com/story/92230541-manuskrip-cinta/parts

TIADA ARAH JODOH KITA (EZZA MYSARA)


Tajuk: Tiada Arah Jodoh Kita
Penulis: Ezza Mysara
Muka Surat : 714 
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0992-46-4
Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak)
Bila ‘orang tersayang’ belajar overseas lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?

“Pia... Kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.

“Lulz… Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya

“Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir

“Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?” Afia Awliya

Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

“Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.

“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pula duit nak beli tiket ke syurga, kan?” Afia Awliya

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

“Janji dengan saya, Liya. Walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan.Berhenti.” Megat Wakeel

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pula... Kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?

“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang, Pia.” Fayyad Syakir.

“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?


Foto Penerbitan Karyaseni.
https://www.wattpad.com/…/92231444-tiada-arah-jodoh-k…/parts

SI BAJU KURUNG KASUT KANVAS (UMIE NADZIMAH)


Tajuk: Si Baju Kurung Kasut Kanvas
Penulis: Umie Nadzimah
Muka Surat : 576 
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-469-033-5
Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak)
Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu, dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga.


Buruk sangatkah berpenampilan begitu? Emak dia dan sepupunya, merangkap anak saudara kesayangan Cik Pah a.k.a musuh ketatnya selalu menghina pemakaiannya. Emak mentua dan bakal suami tak jadinya pun sama. Malah calon-calon menantu pilihan emaknya juga memandang dia sebelah mata. Sebab itulah emak dia sering menyalahkan Suria. Emak susah dapat menantu sebab Suria tak pandai bergaya. Tiada lelaki yang berkenan!

Pada suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang pak cik sado yang tinggi kualitinya. Zaman sekarang susah nak jumpa mamat-mamat yang boleh bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka. 


Persoalannya, nak ke pak cik berkualiti tu pada dia? Ada ke lelaki yang tidak pandang rupa paras si bakal isteri? Dia tidak cantik, pakai pun sempoi giler...

“Nak buat apa lawa?” - Gary Rahman

Suria membulatkan mata. Lelaki ini lagi mau tanya nak buat apa lawa? Bukankah dia sendiri pun nak cari isteri yang cantik, bergaya, vouge? 

“Kalau awak nak tahu kebanyakan isteri yang diceraikan suami-suami kat Malaysia ni lawa-lawa tau! Jadi, apa jaminannya lawa tu boleh buat orang bahagia?” - Gary Rahman

Suria mencebir. Banyaklah cakap! Sendiri pun hampir mereput tak kahwin-kahwin sebab nak pilih perempuan lawa-lawa. Kata tak perlu cantik, lawa, seksi bagai. Tapi yang hadiahkan orang kasut tinggi melangit dan gincu bibir warna merah jambu tu apa kes? Apa tujuannya?

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta dan konflik kekeluargaan si gadis sempoi berbaju kurung berkasut kanvas yang berjiwa cekal ini? Bacalah naskhah ini dari muka surat pertama sehingga perkataan tamat untuk cari jawapannya...


.

LELAKI KHAS UNTUK HANIS (AIMY HANIYA)


Tajuk: Lelaki Khas Untuk Hanis
Penulis: Aimy Haniya
Muka Surat : 832 
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-469-034-2
Harga: RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak)

Bagi Hanis Aaliyah, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih…


Mohd Qarin, seorang lelaki yang aneh dan misteri. Matanya, unik! Boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Roh dan sesuatu…
Namun, kerana kelebihan yang ada pada Qarin, hidupnya semakin tidak tenang apabila Hanis mula menjadi rakannya. Setiap kali Hanis menjalankan tugas, setiap kali itu akan ada roh yang mengekorinya. Tiba pada satu kes… Kematian beberapa orang gadis yang mati dibunuh, mula membuatkan hidup Hanis dan Qarin kucar-kacir. Dan dalam diam, kerana keakraban mereka, Hanis merasakan yang dia sudah jatuh cinta. Tetapi, Qarin tidak mahu memilih Hanis. Cinta Hanis ditolak.

“Aku suka dekat kau.” - Hanis Aaliyah
“Aku tak suka dekat kau.” - Mohd Qarin
“Itu pun aku tahu. Jangan risau, aku tak paksa kau. Perkara macam ni memang ambil masa.” - Hanis Aaliyah
Kerana penolakan Qarin, Hanis kecewa. Tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri yang sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Hanis. Lelaki yang mampu membuatkan hidup Hanis berubah.


“I want to cherish every moment with you. Remember?”
“Let’s make a bigger memory.”

Hanis keliru. Mampukah dia membuat keputusan yang bakal merubah hidupnya? Atau Hanis perlu menunggu dengan harapan? Mengharapkan hati Qarin tersentuh sepanjang dia membantu lelaki itu merungkai misteri atau menerima lelaki misteri yang tiba-tiba muncul itu? Siapakah lelaki khas untuk Hanis?

Foto Penerbitan Karyaseni.

NOVEL BAHARU TERBITAN EKSKLUSIF


Foto Penerbitan Karyaseni.

Tajuk: DATE ME

Foto Penerbitan Karyaseni.


Penulis: Azura Rasiddin
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0992-50-1
Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak)
“Let’s go on a date for ten times. Kalau kita serasi, kita boleh teruskan. Kalau tak, kita boleh buat hal masing-masing. And in case you terjatuh hati dengan lelaki lain sebelum date kita yang kesepuluh, I boleh tarik diri.” - Ed

Sepuluh kali date. Itu yang Ed minta daripada Kaysa Adara. Gadis yang dia pilih untuk dijadikan ‘tangga’ bagi mencapai matlamat hidupnya. Secebis rasa sayang mahupun cinta pun tiada dalam dirinya. Yang ada, hanyalah perasaan bersalah dan ragu-ragu kerana terpaksa mempergunakan gadis itu.

Hubungan mula terjalin. Kaysa Adara dilayan sebaik mungkin. Dia cuba untuk tidak melukakan gadis itu. Dia bukanlah seorang yang kejam. Dia tahu apa yang dia lakukan itu kejam tetapi dia cuba untuk tidak bertindak lebih kejam.

Tanpa sedar, hati mula terpaut pada gadis itu. Sikap Kaysa Adara yang bersahaja dan sesekali manja dengannya membuatkan hati Ed yang selama ini dingin dan beku mula disapa rasa bahagia.

Ed mula dihimpit rasa bersalah dek rancangannya. Tidak mahu meneruskan hubungan yang berlandaskan tipu muslihat, lelaki itu memutuskan untuk melepaskan Kaysa Adara dengan membongkar rahsianya sendiri. Gadis itu perlu tahu siapa dia yang sebenarnya dan juga motifnya selama ini.

“Do you think we can create a happy ending?” – Kaysa Adara
“This is our happy ending.” – Ed
“Maksud you, ‘separation’ is our happy ending? I tak rasa macam tu. I rasa ‘together’ is our happy ending.” – Kaysa Adara

Walaupun Kaysa Adara sudah tahu Ed mempergunakannya, dia tetap ingin bersama dengan Ed. Dia faham kenapa Ed menjadikan dirinya sebagai tangga untuk mencapai matlamat lelaki itu.

Dia faham apa yang Ed terpaksa lalui. Sedikit rasa marah pun tidak ada. Dia cuma terkilan kerana selama ini dia fikir lelaki itu benar-benar menyintainya.

NOVEL-NOVEL LAIN YANG AKAN DIKEMASIKINI

Mampukah Ed dan Kaysa Adara mencipta happy ending untuk kisah mereka?
NANTIKAN UPDATE BAB AWAL #WATTPAD

SANGGUPKAH BERSABAR SAYANG? (Rehan.Makhtar)


Jom ke Expo Buku malaysia!
 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. woww.. thanks sharing.. teringin nak pegi hope berkesempatan.. :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.