AKU SEORANG NOVELHOLIC

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Malam ni, Bonde rasa nak luahkan apa yang terbuku dihati.... Sebenarnya... Memang hobi Bonde membeli dan membaca Novel.  Tak heranlah memang ada sahaja novel dibeli setiap bulan.  Ada sahaja pesta buku pasti Bonde akan tejah kalau tak pergi dengan kawan Bonde pergi dengan Atin.

Image result for novel holic in word

Semua orang tahu, Bonde seorang novelholic.... diam tak diam, mencecah 300 naskah novel Bonde.

Jumlah tu semua...
Ada yang Bonde beli dekat pesta buku, jualan gudang, book store, on line, sechand pon ada...

Cuma dulu dan sekarang memang sangat berbeza situasinya... Dulu Bonde tak mampu nak beli novel, memang akui selalu pijam dari kawan.  Tapi Bonde cara Bonde pinjam dan pulang novel tu sangat berhemah, macam mana keadaan pinjam, sama seperti keadaan masa Bonde nak pulangkan juga. Segan kot, time pinjam jaga sebab tahu ianya hak orang...

Kini Bonde bukan nak bangga yang Bonde tak pinjam Novel dari Orang,  Sebab Bonde dah jadikan ianya hobi dan terapi bonde simpan duit menabung untuk beli Novel.

Memandangkan sekarang... ramai kawan yang pinjam dari Bonde Novel-novel kesayangan Bonde, bukanlah Bonde kedekut, tak nak bagi pinjam... Ada diantaranya meminjam terlalu lama dan bila Bonde tanya mana Novel Bonde katanya kawan pinjam...

Bayangkan... Apa hak dia meminjam hak orang, kemudian pinjamkan pula kepada orang lain.

Bukan apa ?? jadi serik nak pinjamkan dekat orang Novel-novel yang Bonde beli.

Baru-baru ini dekat kenduri,
Orang yang sama hint-hint nak pinjam novel Bonde, Bonde tak menjawab pon apa yang dia cakapkan... dia ulang cakap sekali lagi masa Bonde nak balik, boringlah dekat pejabat tak ada apa nak buat.. nak layan novel nanti bawaklah 2 ke 3 naskah yea... (Bonde diam tak cakap apa...)

Sebab rasanya tak tahu nak cakap apa... sedih kot Novel yang dulu tu pun tak dapat balik ni nak pinjam lagi.

Ni kes terkini,
Malam tadi jumpa lagi dengan orang yang sama, tetap dia ulang benda  yang sama.  Bonde sebenarnya tak jangka pon nak jumpa dia...

Kalau anda jadi Bonde apa yang anda buat.

a) Bagi pinjam

b) Tak bagi pinjam

c) Bagi pinjam + warning

Bantu Bonde yang dalam dilema ni plz...


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

  1. klu KG... bagi pinjam lepas tu warning dia... mesti pulangkan novel lama dgn yg terbaru ni. klu x..lepas ni ko jangan harap dpt pinjam lagi..hehehe.

    tp kan bonde...KG pun mcm bonde juga..suka beli novel.kumpul. jadikan koleksi. bila kawan dtg umah dan nak pinjam ita pinjamkan dgn syarat mesti pulangkan dqn x kerosqkan. malangnya... bila d pulangkan ada yg koyak..d conteng..di lipat...sakithati tau kita yg jaga baik2 novel ni terima keadaan novel kita jd gtu. rasa nak belasah aje org tu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... memang geram je kan! nanti dia canang kita kedekut pula!

      Padam
  2. Tak bagi pinjam! Mai pun serik bonde, bagi pinjam elok,dia pulangkan siap patah spine buku tu, lepastu tercarik2lah mukasurat dia, sedih sgt tengok, dan dia buat muka tak bersalah. Ada juga kes dia pinjam buku mai yg limited edition, skrg dah 5 tahun mai minta dia tak reply mesej semua, buat senyap je, sedih sgt. Maybe kita lebih hargai buku kita sebab kita keluarkan duit kot...Kalau dh memang jenis tak reti pulangkan balik, better tak payah bagi pinjam bonde, bukan menghasut, tapi sayang buku kita tu. Tinggi risikonya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kan.... Kita bagi pinjam pada yang menghargai sahaja.

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.