• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai Reader Semua,

Bahagianya dapat balik kampung, Macam-macam ada di Kampung...  rasa nak terus duduk jer dekat Kampung... Tapi memikirkan masalah masih ada komitmen kerja, Pencen esoklah baru balik ke Kampung.

Seronoknya di Kampung ada tanah untuk bercucuk tanam.

Belum lagi musim buah-buahan rambutan, durian ohhhh indahnya dunia.

Pagi lagi selepas sarapan Bonde terus ke tempat ada cendawan kukur ni... musim hujan memang banyak... ada juga yang panggil kulat pokok, cendawan kukur ni kekutip kalau nak ambil, sedapnya lama tak makan... untuk buat makan tengahari nanti.

 CENDAWAN KUKUR



Setelah bersihkan rendam


CILI API KAMPUNG



CILI KERING SEGAR



hasil dipetik untuk dimasak/ditambah dalam masakan


PUCUK PAKU TANJUNG




IKAN FRESH DARI SUNGAI BELAKANG RUMAH



SIAP LAUK PAUK MAKAN TENGAHARI HUJUNG TAHUN 2016

Ikan Goreng



Pelbagai jenis ikan goreng yang ada iaitu Semilang, tetanda, duri dan gelama.


Tumis cili api, Cendawan Kukur+Pucuk Paku


Gulai Lemak Cili Api Ayam + Kentang


Jering + Bilis tumis cili api



Resepi akan menyusul tahun hadapan hu hu hu

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai Reader Semua,

Seronoknya balik kampung, dapat beramai-ramai dengan family Along, kami sama-sama bergotong royong masak-memasak dengan Along serta anak buah yang lain,  Pagi ni seawal 6.30 pagi Bonde dah bangun merebus keledek. (Keledek beli masa pergi Cameron Highland hari tu...) memang niat pagi ni nak buat kuih keria, sebabnya asyik tertangguh sahaja nak buat keria ni, masa dekat rumah sendiri.  

Kuih Keria ni, follow kuih Keria Antarabangsa Melaka yang viral tu... beza dia kuih keria biasa disira guna gula pasir dan kuih keria Antarabangsa Melaka disira guna gula Melaka.

Lagi pun kalau makan ramai-ramai memang seronok "sambil chit chat cerita hal ehwal family" maklumlah masa yang ada digunakan untuk tanya khabar orang kampung dan sedara mara. ( he he he tak ada gosip pon)

(Untuk  Ubi Keledek :  tak kira warna apa yang anda suka putih , kuning dan purple , kebetulan ada warna purple)

RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA

RESEPI KERIA KELEDEK PURPLE GULA MELAKA

Bahan-bahan :

Ubi Keledek 500 gm (siap rebus)
Tepung - 1 Cawan (boleh tambah sikit-sikit kalau lembik)
Garam -1 sudu kecil
Minyak untuk mengoreng.

Untuk menyira Keria

Gula Melaka -1 ketul 
Gula perang - 2 sudu
2 helai -Daun Pandan
sedikit air.

Cara-caranya :

Lenyek ubi keledek yang telah direbus, bagi lembik dan buang jika urat. Masukan tepung sebanyak  1 cawan dan garam dan uli bagi sebati tepung dengan keledek.  
RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA

Setelah sebati, ambil sedikit buat bulatan, leperkan dan lubangkan ditengah-tengah seperti donat. (bentuk huruf O) buat sampai habis.


kemudian panaskan minyak untuk mengoreng,  Jika warna dah bertukar warna keemasan boleh diangkat dan toskan minyak.

RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA

Setelah habis mengoreng, ambil kuali yang lain, masukkan sedikir air dan masukan gula melaka tadi, masukan juga daun pandan, gaul-gaul hingga gula merah cair,  Bila gula dah cair masukan 2 sudu gula perang dan bancuh 1 sudu  tepung dan tapis bancuhan tepung tersebut semasa menuang ke dalam kuali. ( Ia bertindak memekatkan gula merah dan buat gula tersebut menjadi crunchy setelah kering nanti.

RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA


RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA
Sesudah bancuhan gula merah likat masukkan keria yang telah digoreng tadi, ini adalah proses menyira keria tersebut.

RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA


RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA

matikan api atau kecilkan api dan gaul keria hingga rata dan gula menjadi keras dan crunchy.

RESEPI KERIA ANTARABANGSA MELAKA

Siap untuk dihidangkan dan dimakan, Selamat Mencuba .


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai Reader semua,

Bila tengok ramai blogger yang up tentang Mytown punya peraduan, Bonde pon tidak ketinggalan nak join... Bila Bonde di tag oleh PCL rasa teruja nak join... hi hi hi

Untuk pengetahuan anda semua,

Tidak lama lagi akan di buka sebuah shoppingmall terbesar di Cheras, bersebelahan dengan IKEA Cheras.  Mesti tak sabar nak pergikan... nak serveykan benda-benda best yang terkini dan up to date!

Nama Shoppingmall tu Mytown. ia bakal dibuka pada tahun 2017 tak lama lagi tau... Info lanjut di : FB Mytown

MYTOWN BAKAL DIBUKA PADA TAHUN 2017


Gambaran Shoppingmall tu...

Sepena pembukaan Mytown, mereka ada buat peraduan pra pelancaran Mytown Peraduan tersebut ialah selfie GOOSEYSELFIE hadiah bernilai lebih RM 10,000

PERADUAN SELFIE GOOSEYSELFIE



Macam mana nak Join?


1. Sila ke  https://www.gooseyselfie.com.my


2. Kemudian klik  “Join Now”.


3. Baca arahan seterusnya untuk fahami langkah seterusnya untuk elakkan salah faham.


4. Dan diikuti dengan klik  “Start”


5. Pastikan login dengan akaun peribadi Facebook anda sendiri


6. Upload gambar sedia ada atau snap yang terbaru dengan mengunakan 
kamera phone atau webcam anda dan sila tambah elemen ‘goose’ pada gambar tersebut.


7. Siap ? Klik ‘Submit’.


8. Kemudian share ke Facebook anda dengan jangan lupa gunakan hashtag #GOOSEYSELFIE




Siap... Inilah hasilnya... jangan lupa share di FB dan IG anda... ha ha ha kelakarkan!

Kredit pic n info : PCL



Hadiah sangat lumayan "tuah ayam nampak di kaki, tuah Bonde siapa yang tahu" ewahhhhh.... Wish me luck dan Aamiin.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi

Hai Reader Semua,

Bertemu lagi kali ini, moga pagi ini anda semua dalam situasi yang baik hendaknya.

Tahukah anda bahawa hari ini, Jumaat terakhir di tahun 2016... 

Apa yang ingin Bonde kongsikan pada anda semua, pagi ini Bonde dapat bersarapan makan Nasi Impit Rendang Ayam Negeri 9... ada kawan sedekah pagi ini... Moga murah rezeki beliau... (Aamin)

NASI IMPIT RENDANG AYAM NEGERI 9


NASI IMPIT RENDANG AYAM NEGERI 9

Tadaaaaaa....

Maaf kalau Bonde buat anda terliur yea...

NASI IMPIT RENDANG AYAM NEGERI 9

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Malam....

Hai Reader semua,

Diharap anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya... Tibalah masa yang dinantikan! 28 Disember 2016 (Rabu) Janji temu dengan doktor pakar di Hospital Putrajaya.

Bukan Bonde nak kecoh dekat blog tentang perjumpaan Bonde dengan Doktor tapi lebih kepada catatan Bonde sendiri takut tak ingat.

Memang sebelum nak masuk jumpa pakar ni memang sangat nebes dan tak tentu arah rasa dag dig dug dalam hati tak usah nak cerita.

JANJI TEMU DENGAN DOKTOR PAKAR 28 DISEMBER 2016

Masuk sahaja dalam bilik Doktor tu, Doktor terus baca sejarah Bonde dekat Hospital Putrajaya tu... semuanya ada dalam rekod hospital.  Kata Doktor Bonde pernah bersalin di Hospital Putrajaya .  Bonde cakap itu sejarah 14 tahun lepas. Anak saya pun sudah masuk 14 tahun semalam 27 Disember 2016 Doktor.  Doktor kata mesti ada cuba nak tambah anakkan tapi tak ada rezeki yea. Tak apa kita chek masalah puan.

Takut... tapi bila dapat Doktor layan dengan baik, dan berintraksi dengan ayat-ayat sopan, Bonde jadi sedia sepenuhnya nak buat pemeriksaan dan rawatan lanjut hari tu.



SCAN RAHIM DAN UJIAN PAP SMIER



Ramai yang takut buat ujian Pap Smier kan! Bila Doktor buat Scan pada perut memang rasa berdebar tu datang balik...( hu hu hu seram...) Tapi nak baik punya pasal Bonde jadi berani.  Bila buat Scan dari atas perut memang tak nampak apa... Doktor buat Scan dari bawah pula.  Masa ni kena betul-betul tenang dan relax.

Doktor kata, beri kerjasama dengan Doktor ikut apa yang diarahkan InsyaAllah tak sakit.... Alhamdullillah pemeriksaan berjalan lancar dan yang paling Bonde takutkan selama ini dah terjawab. 

Alhamdulillah syukur, Bebas dari sebarang kancer atau ketumbuhan.  

Tapi Doktor buat pemeriksaan ke atas darah... sebab Doktor cakap muka Bonde agak pucat, takut kekurangan darah.  Jadi kene pergi ambik darah pula. Kebilik rawatan untuk ambil ujian darah.

Tunggu selama setengah jam untuk dapatkan keputusan darah, disebabkan perut lapar dan belum bersarapan.  Bonde tetap tunggu dekat tempat menunggu tu, takut nombor giliran/nama terlepas apabila dipanggil.

Selepas 45 minit baru nama dipanggil naseb baik tak ke cafe, sebab perut dah tak tahan lapar sebenarnya.

Masuk bilik Doktor yang sama,
Doktor maklumkan dari pemeriksaan darah tadi, Bonde telah disahkan kurang darah.  Doktor tanya lagi kepala pening tak? rasa nak pitam/pengsan?  Bonde kata tak rasa pun... Doktor tu agak curiga dan dia kata ikutkan kene masuk darah, tapi simptom pening-oening tak rasa.  Doktor kata kalau ada rasa dan jadi macam tu terus pergi emergensi (unit kecemasan ) untuk masukan darah.

Tapi Bonde minta Doktor try bagi makan ubat dahulu dan makan makanan yang buat tambah darah.


UBAT-UBATAN YANG PERLU DI MAKAN

POST/PRE NATAL VITAMIN & MINERAL TAB (TAMBAH DARAH)
- Sehari 1 biji


TRANEXAMIC 250MH CAP (BERHENTIKAN PERIOT)

- 2 Biji 3 X sehari


METFORMIN HCL 500MG TAB (BALANCE BERAT BADAN)

- 1 Biji 2 X sehari


CATATAN MENSTRUAL BLEEDING CHART

- Kene catat setiap hari.



Setiap manusia memerlukan kesihatan yang baik.  InsyaAllah ini usaha Bonde ke arah memiliki kesihatan yang baik.

Kalau ada diantara  anda yang mengalami masalah hormon tak balance macam Bonde marilah share tip dan jadual pemakanan anda,   Mana yang baik nanti Bonde praktikan dan amalkan InsyaAllah.


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai Reader Semua,

27 Disember 2016 genaplah umur anak tunggal  Bonde 14 tahun (tunggal buat masa ni).

Bonde sudah awal-awal ambil cuti sempena hujung tahun, Kanda dan Bonde rancang keluar makan-makan have fun dekat  Mid Valley Mega Mall.

Fatin Birthday girl, telah request nak makan steak lamb dan Kanda terus ajak terjah Steak  Shack Bonde follow sahaja asalkan birthday girl happy.  Biasalah Fatin pun seperti anak remaja yang lain nak rasa happy time birthday.  Bonde & Kanda usaha nak bagi Fatin happy.

Biasalah Fatinkan... manja, manjuk nanti, susah pulak nak pujuk... minta yang lebih up lain dari lain he he he


OUTHING BIRTHDAY FATIN  DI  STEAK  SHACK 




Dekat luar tu dah terpampang label halal, jadi kalau nak makan, tak ragu-ragu dah!


KEK BIRTHDAY FATIN


Bonde & Kanda sebenarnya tak berapa suka makan kek... jadi kami belikan 1 slice Kek Secret Recipe untuk fatin.


BELON BIRTHDAY


Belon tu Kanda beli.... surprise katanya (lepas makan Fatin angkut 1 mall ha ha ha tayang awak birthday girl hari tu he he he)


Makan kek birthday sambil tersipu-sipu malu...


APA YANG KAMI MAKAN DEKAT STEAK SHACK 

LAMB OLIO PASTA



Bonde order Lamb Olio Pasta ni.... Ini memang sedap , kene dengan citarasa Bonde pedas nampak tak cili api dia... Selalunya Bonde makan di tempat lain rasa dia creamy sahaja, tapi ni lain dari yang lain... memang suka... next time boleh order.


Set Bonde sekali dengan air fresh orange


SMOKIN' CL



Kanda & Fatin pilih nak makan Smokin ' CL ni... cuma perbezaan pada sides sahaja.

Pilihan Fatin


Pilihan Kanda


MUSHROOM SOUP

Untuk semua set yang kami pilih ada Mushroom Soup ni.. jadi dapat seorang semangkuk.  Rasa soup ni pon sedap.  Ada kelainannya pada rasa dari restoran-restoran yang menghidangkannya.


MANGGO JUS

Kanda & Fatin memilih Jus Manggo... (diaorang berdua ni sepakatlah nak makan benda sama sahaja)


MENU LAIN YANG TERDAPAT DI STEAK SHACK











 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • Koleksi Template Akaun Bank
  • Resepi Daging Bulgogi
  • Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
  • Internary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor.
  • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor
  • Koleksi Template Akaun Bank Versi Cute dan Bunga-Bunga
  • Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya
  • Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
  • Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
  • Selamat Tahun Baru 2021

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Subscribe

GSL Warrior's Blog

  • Suria Amanda
    Norma Baru Belajar Online Sangat Mencabar
  • Ana Suhana
    Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu
  • Shuhaida Kabdy
    Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand™ Untuk Melangkah ke Tahun Baharu
  • Azlinda Alin
    Resipi Mudah Masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung
  • KhatyAiman
    CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA!
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • Bonda Zahra
    Tawaran Sale 11.11 PG Mall
  • The Other Side of Me
    Tanda-tanda Autisme?
  • Mamapipie

#BIter's Blogger

  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)
  • Blog Sihatimerahjambu
    Sesekali Merasa Aiskrim Strawberry Cheesecake
  • MrsPipDotCom
    Ketahui 7 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut (Bloated)
  • Fieza Sani
    Guna 2 Bahan Untuk Hilangkan Bintik Hitam Di Muka
  • Blog Adianiez
    Kisah burung cantik singgah di laman & pilih STEM Prinsip Akaun Tingkatan 4
  • RINA ZUL
    CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
  • Blog Wani Sukarno
    Jom Cuba Resepi Mee Goreng Mamak Ini Di Rumah
  • Yaya Azura
    Ayam Masak Kicap Kayu Manis
  • Farhana Jafri
    Shaadi Mubarak Varun Dhawan & Natasha Dalal!
  • Fiza Aizzawa
    Avon Instagram Contest | Menang produk AVON True Color Makeup
  • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
    Drama Takdir Yang Tertulis Online Episod 1 hingga Episod 15 (Akhir)
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Hentikan pembinaan bangunan pencakar langit
  • apekinah.com
    Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness
  • Norhana Rosmida
    Baby Sling Apa Paling Best Dan Selesa? 5 Sebab Kenapa Aku Pilih Baby Sling Mamamay!
  • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
    Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul
  • Ciktie Dot Com
    Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • iamfuzy.com™
    Get Through MCO 2.0 With Amazing Deals At bookxcessonline.com Until 31 January 2021
  • Kitepunye Dot Com
    Egreenbeans Keluarkan Produk Kesihatan Terbaru
  • SIS HAWA DOT COM
    Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
  • Ajumohit
    Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • MaisarahSidi.com
    Honey Butter Cornflakes Rangup, Ketagih Mengunyah Dibuatnya
  • Eyqa Hasnan's Blog
    Dengan Modal Bawah RM10, Nixoderm Ointment Mampu Merawat Masalah Jerawat
  • OMBAKBERGIGI
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
  • Sharing My Ceritera
    SKIN PS5 Jersey Bola
  • Modern Mum's Thingy
    SINOPSIS NOTA BUAT CEMPAKA
  • Yatie Owner
    MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • VITAMIN WAWA
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • CXopportunities
    Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
  • Cahaya Hayati
    Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
  • Diary Mama
    Grilled Butter Chicken Menu Paling Popular Kini Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop
  • Opzzpinky
    Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • ANNUR SYUHADAH
    Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan! Awas Tau?!
  • perrenial
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
  • Shamiera Osment
    5 Things You Must Have at Arabian Village Malaysia.
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
  • Atul Hamid
    Resipi ayam bakar mudah dan sedap
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari
  • Atul Hamid ~ Lifestyle
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Stazah Mama LifeStyle
    11 Kelebihan dan Keistimewaan Kurma Ajwa Asli VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Anda Tahu
  • khalisahazrina.com
    Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan

Followers

Created with by ThemeXpose