TONTON FULL EPISOD HANTU PUNYA BOS



Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai... Jom layan Drama Hantu Punya Bos! drama ni adalah  komedi romantik adaptasi daripada novel karya Dekna Lee terbitan Love Novel. 

Shukri Yahaya digadingkan bersama pelakon baru, Intan Najuwa. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader telah bersiaran di kaca tv3 slot Iris yang lalu.

Ini adalah sesi repeat drama hi hi hi... sebabnya tak berkesempatan nak tengok on time maklumlah kesebokkan berkerja.

Kalau anda sama seperti Bonde juga ada ketinggalan jom sama-sama kita maraton drama ni..



WATAK PELAKON

Shukri Yahaya sebagai Arrayyan Zainuddin

Intan Najuwa sebagai abby

Aizat Hassan sebagai Hisyam

Julia Farhana sebagai Diela

TONTON FULL EPISOD HANTU PUNYA BOS

[1-20] 



SINOPSIS HANTU PUNYA BOS

Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?


Arrayyan Zainuddin bersama Abby




PELAKON : 

Syukri Yahya, Intan Najuwa, Aizat Hassan, Juliana Farhana, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor, Vicha Saywho, Serina Redzuawan.  




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan