CARA MENGATASI SAKIT TELINGA

Asslammualaikum Dan Selamat Petang...

Arghhhh stress sakit telinga... nak buat macam mana ni? punca Bonde sakit telinga adalah dari tekanan masa turun flight balik dari Kota Kinabalu , Sabah hari tu... lepas seminggu memang rasa bedengung sahaja, macam ada air dekat dalam telinga tu rasa macam dah baik sikit.

Lepas tu baru ahad lepas ni, berswimming dekat pool Hotel Swiss Garden tak hinggat dunia terus telinga yang ada bunyi dengung balik. Rasa tak selesa datang balik... Bonde pulak duduk korek dengan 'cotton bud' nak keringkan air dalam tu.

Dan semalam telinga Bonde rasa sakit, hari ni Bonde rasa memang telinga dah bengkak... arghhhh nak nages memang sakit sangat.  Selain sakit gigi, sakit telingalah buat Bonde rasa tak boleh nak tahan sangat.


Kalau nak tahu punca sakit telinga hasil dari google baca kat bawah :

Punca Sakit Telinga


Kekotoran atau cecair yang terkumpul di dalam telinga boleh menyebabkan rasa sakit. Jika tidak dibersihkan ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan.

Jangkitan selalunya menjadi punca utama rasa sakit di dalam saluran telinga.

Bisul ataupun jerawat turut boleh menyebabkan berlakunya jangkitan di dalam lubang telinga.

Tercucuk dengan benda tajam contohnya pengorek telinga atau putik kapas (cotton bud) yang kemungkinan dijolok secara kasar dan terlalu dalam ke saluran telinga

Sakit sendi juga boleh menyebakan rasa sakitnya melarat hingga ke bahagian dalam telinga.

Sakit di bagaian gigi atau gusi boleh juga menyebabkan rasa sakit dibahagian telinga.

Selain itu, berada di tempat tinggi ataupun bila berlakunya perubahan tekanan di sekeliling boleh juga menjadi salah satu fakor sakit telinga.

Cara Mengatasi Sakit Telinga

Minyak Zaitun – Cara yang paling mudah untuk merawat sakit telinga adalah dengan menggunakan minyak zaitun. Caranya anda hanya perlu panaskan beberapa titis minyak zaitun untuk seketika. Bila ia agak suam, letakkan setitis dua minyak zaitun ke dalam telinga.

Tuam Dengan Air Suam – Jika rasa sakit di bahagian telinga anda menyebabkan berlakunya pembengkakkan, anda boleh tuam dengan air suam yang agak panas untuk mengurangkan bengkak.

Goyangkan Telinga Atau Gerakkan Kepala – Jika anda rasa seperti ada sesuatu di dalam telinga atau mungkin ada air dalam telinga, anda boleh cuba goyang-goyangkan telinga atau gerakkan kepala ke kiri atau ke kanan untuk memudahkan air mengalir keluar.


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

  1. Sakit telinga berpunca dari pelbagai masalah akibat diri sendiri mahupun orang lain..Biasanya berpunca dari diri sendiri sahaja..

    Perkongsian yang amat menarik sekali..

    Posting terbaru AM
    Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  2. telinga saya pun berdengung - boleh cuba petua di atas, thks

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.