CARA NAK BUAT KUIH LEMPER

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai apa Khabar semua pembaca pagi ini, Hari ni Bonde nak kongsikan 1 jenis kuih yang menjadi kesukaan Bonde sejak berkahwin dengan Kanda, Bonde pon tak pasti sejak bila Bonde dah tersuka tanpa sengaja dengan kuih ini.

Rasanya kuih ni, diperkenalkan oleh keluarga kakak Ipar Bonde iaitu Kak Long Kakak Sulung kepada Kanda yang selalu buat kuih ini masa kenduri kendara dirumahnya di Sungai Buaya, Banting. 

Setiap kali pergi ke rumah orang kahwin di Banting, Bonde pasti akan intai-intai kalau ada kuih ni dihidang dekat meja makan.  (parah betulkan!) umpana orang mengidam nak makan itu dan ini.

Kuih tersebut yang diberi nama Kuih Lemper, kuih ni ada masa kenduri 

Macam mana rupa kuih Lemper?



KUIH LEMPER

Bonde tak pernah buat sendiri kuih ni, jadi teringin buat sendiri satu hari nanti, jadi google sahaja resepi nak buat Kuih Lemper jumpa disini

CARA NAK BUAT KUIH LEMPER

Bahan-Bahannya : 

½kg pulut
500cc santan dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
2 lembar daun pandan
Daun pisang untuk membungkus

Bahan Isi :

½ ekor ayam ( ± ½kg )
1 lembar daun salam
1 potong lengkuas dimemarkan
1 batang serai dimemarkan
1 sudu makan minyak goreng
250cc santan dari ½ biji kelapa

Bumbu Yang Dikisar Halus : 

1 sudu teh ketumbar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah keras
Sedikit asam jawa
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya

Cara membuat isi lemper :


Rebus ayam hingga empok, lalu disiat-siat tipis.
Tumis bumbu yang sudah dihaluskan dengan minyak.
Masukkan daun salam, lengkuas dan serai.
Setelah baunya harum, masukkan ayam dan gaul supaya rata.
Tambahkan santan dan gaul lagi sampai kering.

Cara membuat lemper :

Rendam pulut dalam air selama kira-kira 2 jam, toskan.
Kukus pulut setengah masak ( ± 20 minit ).
Siram dengan santan yang sudah dididihkan bersama garam dan daun pandan. Gaul sehingga rata.
Masukkan lagi ke dalam kukusan dan kukus sampai masak ( ± 30 minit ).
Setelah masak, sejukkan pulut di atas tempat yang sudah diletakkan dengan daun pisang.
Ratakan setebal 1cm, lalu dipotong-potong ukuran 7cm x 4cm.
Isi tiap potong dengan 1 sudu teh isi lemper.
Gulung dan rapatkan hujungnya.
Bungkus dengan daun pisang.

Setelah habis membungkus lemper, akan dikukus semula sehingga masak..



KUIH LEMPER

KUIH LEMPER

KUIH LEMPER



KUIH LEMPER

Harap dapat buat satu hari nanti ! InsyaAllah :)

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

1 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.