• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Assalamulaikum Dan Selamat Malam...

Imbas kembali saat Bonde bercuti di Langkawi awal bulan yang lalu, Bonde sempat singgah makan Nasi Dagang Pak Malau.

Siapa tak kenal Nasi Dagang Pak Malau, Nasi Dagang Pak Malau memang dah terkenal dan sudah tersenarai dalam 10 Tempat Makan Menarik  wajib singgah kalau ke Pulau Langkawi.

JJCM NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Bonde dan rakan-rakan #trippulau kali ni memang awal-awal dah bercadang akan singgah dan JJCM disitu.  Tapi kalau nak bersarapan disini anda kene datang awal kerana Kedai Pak Malau yang telah popular ini seawal jam 8.00 pagi dah dipenuhi dengan pelanggan.  Kami pun terpaksa tunggu turn dalam 10 minit untuk dapatkan meja dan kerusi kosong.


Potret Pantun ini menjadi perhiasan dinding Kedai Pak Malau.  Bila mengingati nama Pak Malau kita pasti teringat akan pantun ini.


Kedai Pak Malau ini dihiasi dengan barang-barang lama dan antik ini menjadikan satu tarikan kepada pelanggan dan pelancong yang datang.  Pelbagai khazanah ada diantaranya mesin getah, mesin jahit lama, kereta lembu, tempayan pelbagai saiz, penumbuk padi, sudip kayu, pongkes rotan, bubu ikan dan pelbagai barang-barang antik yang lain.  Kenangan lama mencuit hati!


Dan diatas kereta lembu ini juga diletakkan pelbagai jenis lauk pauk untuk dimakan bersama Nasi Dagang.

Antara lauk yang disediakan ialah Kurma Kambing, Ayam Kampung, Ayam Goreng Berempah, Daging Kerutup Dan Gulai Ikan Tongkol.




Selain dari menu Nasi Dagang, terdapat juga kuih muih disini antara kuih muih yang sempat Bonde rasa pada hari itu ialah Kuih Karipap, Kuih Seri Muka dan Cucur Badak.


Bonde telah memilih untuk makan Nasi Dagang lauk Gulai Ikan Tongkol bersama acar timun dan Bonde suka yang pedas jadi ambil cili api lebih sikit dalam acar timun itu.


Yang lain pun dah ready dengan menu pilihan makanan masing-masing.. ready bergambar dulu sebelum makan....



Eh.. nape Bonde tak ada, rupanya Bonde tak ready lagi masa ni...


Ba chakkkkk! baru ada Bonde di situ... Tq Adik sanggup ambik pic sekali lagi!


Pada hari ini Kak Yantie makan Nasi Dagang berlaukkan Rendang Itik, baru Bonde tahu Kak Yantie peminat tegar Itik. Emmm sedap katanya.


Lepas makan Bonde nak bersiar-siar di sekitar kawasan Homestay Pak Malau, Memang cantik sekali pemandangan disitu pada waktu pagi.

(Pic dari FB page)

(Pic dari FB page)

(Pic dari FB page)


Satu masa nanti kalau datang ke Langkawi Bonde bercita-cita untuk menginap di Homestay Pak Malau... Ingin merasa suasana duduk dirumah ditepi sawah.  Ia adalah satu pengalaman yang belum pernah Bonde rasai.  Dan mengimpikan ianya terjadi... Oh Indahnya ciptaanmu...


Sebenarnya meja dibawah pokok dibelakang itu adalah target kami nak makan dekat situ, sambil melihat pemandangan hijau sawah luas terbentang... Tapi semasa kami tiba di Kedai Pak Malau.. meja tersebut penuh dengan pelanggan yang datang lebih awal. tak de rezeki kami nak duduk disitu hari ini, may be next time!


Antara aksi-aski kami yang sangat teruja diatas bendang sawah....



Bagi siapa yang tak pernah tengok padi dari jarak dekat, ini ada Bonde rakamkan gambar padi dari dekat untuk anda!



 




Subhanallah cantik sekali pemandangan disini... rasa tak nak beranjak dari sini...






Tibalah masanya untuk kami meneruskan perjalanan kami pada hari itu..... Sebelum pulang sempat kami merakamkan gambar bersama Pak Malau,  Untuk pengetahuan anda Pak Malau sangat friendly dan mesra dengan semua pelanggan yang datang ke Kedainya, tidak hairanlah memang Kedainya ramai pengunjung tempatan dan pelancong luar Negara!


Sebelum terlupa, Sebenarnya Pak Malau ni padai buat Magic, jika anda pelanggan yang bertuah dapatlah saksikan magic dari beliau...


Terima kasih Pak Malau nanti Bonde datang lagi.... InsyaAllah.





Untuk info lanjut :
Sebarang tempahan call : 012-2711977
FB Nasi Dagang Pak Malau
Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar,
07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Waktu Operasi : 8pagi – 2petang.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Alhamdulillah syukur dan selesai exam PSL Penolong Pegawai Tadbir N29 semalam 29 Ogos 2016 dan 30 Ogos2016. (Isnin dan Selasa) bertempat di Kompleks E, Auditorium Pendidikan Malaysia.  


EXAM PSL N29 TAMAT !

Hasil carian imej untuk exam
Bonde kene repeat 2 Paper lagi, iaitu :

3001A - Perintah Am
3001B - Perkeliling Pentadbiran Awam / Arahan Keselamatan

Sebenarnya Bonde rasa tempat Exam ini kurang sesuai.. dengan keadaan duduk di kerusi Auditorium seperti dibawah.... mengunakan meja sisih tepi yang kecil. Bagi Bonde memang rasa tak selesa sangat, mana nak selak buku mana nak tulis dekat kertas jawapan. Mungkin JPA boleh pertimbangkan tempat Exam di tahun hadapan.

Hasil carian imej untuk auditorium

Selama 2 hari memerah otak menjawab soalan paper hari pertama memang di jawab dengan perasaan yang stress dengan kedudukkan yang tak selesa.

Pada hari kedua Bonde cuba buka minda positif semua orang pon ambil exam, semua pun menghadapi situasi yang sama. tetap jawab exam walau tak selesa.

Berdoa, 

Ya Allah permudahkan urusanku hari ini,
Ya Allah permudahkan urusanku lebih baik dari hari semalam.

Hasil carian imej untuk exam


Akhirnya....

Tamat Exam untuk hari ini, Syukur Alhamdulillah.  Moga ada paper yang yang lulus tahun ini.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...


Dalam kesebokkan berkerja seharian, kadang-kala kita suka ambil mudah tentang penjagaan kebersihan Miss v, sebenarnya penjagaan dalaman anggota badan yang tidak nampak adalah lebih penting dan berharga. Jangan acuh tak acuh tentang perkara ini. Sebagai seorang wanita kita hendaklah menjaga harta yang paling berharga dan bernilai itu dengan baik.


Jika tidak dijaga dengan baik mungkin ia akan mengakibatkan bermacam-macam penyakit kelamin yang serius dan memakan masa yang lama untuk baik, Bonde sendiri kalau boleh elak cuba elak dari penyakit yang kita sendiri boleh mencegahnya. Bukankah mencegah itu lebih baik.



Perkenalkan Produk Sumber Ayu, Produk ini digunakan untuk mencuci bahagian Miss V, oleh kaum wanita,  Bonde adalah salah seorang pengguna produk ini sejak dulu lagi... Pilihan Bonde ialah bauan Orchid.


Memandangkan Fatin yang telah meningkat dewasa Bonde kene menjadi "cikgu" dirumah mengajar Fatin erti menjadi wanita “dewasa” Fatin kene tahu dan faham keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan Miss V.


Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Jika tidak dicuci dengan betul ia akan menyebabkan gatal-gatal.


Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing.

Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantasmendedahkan anda kepada risiko jangkitan.  


PRODUK PEMBERSIH MISS V DARI SUMBER AYU KINI BERWAJAH BARU! 

Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Hasil carian imej untuk sumber ayu pembersih wanita

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar.

Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.

      1. Orchid        2. Rose       3. Floral       4. Musk     5. Gambir     6. Fruty

Hasil carian imej untuk sumber ayu pembersih wanita
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid


– Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.



Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar

– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 



Hasil carian imej untuk sumber ayu pembersih wanita

Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral

– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.




Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Musk 

– Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Hasil carian imej untuk sumber ayu pembersih wanita

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir 

– Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.




Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Fruity

– Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Harga produk ini pula tidak mahal dan mampu milik iaitu :

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun SirihSUMBER AYU boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).

"cadangan Bonde, satu beli saiz yang besar (200ml) untuk letak dirumah dan belilah satu pada saiz yang kecil (90ml) membolehkan ianya dibawa kemana sahaja kerana apabila kita membawanya didalam handbag kita boleh gunakan dimana sahaja semasa diperlukan.  Mudah bukan,  jadilah pengguna yang bijak dan menjaga kebersihan"

Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. 

Untuk pengetahuan anda, mudah sahaja untuk mendapatkan Produk-produk SUMBER AYU kerana ia terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi. 



~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai salam jumaat, Moga pagi ni anda semua berada dalam lindungan Allah dan sihat sejahtera sahaja.

Ada tak yang tercari-cari resepi nak buat Sos Telur Masin ni, seperti biasa kalau ada resepi baru mesti ramai yang nak mencuba... 

Untuk anda yang mencari resepi tersebut, Bonde ada kongsikan resepi tersebut dibawah :

CARA NAK BUAT SOS TELUR MASIN


005b

Bahan-bahan (Sos Telur Masin):

- 2 telur masin kuning (direbus) 
- 1 cili padi (dicincang) 
- 2 ulas bawang putih (dicincang) 
- Daun kari 
- 80ml susu cair 
- 2 sudu besar mentega
- Garam secukup rasa 

Cara-cara: 
Sediakan Kuali, panaskan mentega. Tumis bawang putih, cili padi, dan daun kari.  Masukkan telur kuning masin yang telah dihancurkan dan gaul. 
 Masukkan susu cair dan gaul sehingga pekat.  Tambah garam jika perlu. 
 Tutup api dan blend sehingga sebati.
Sedia untuk dihidangkan!


Resepi asal : seismik/resipi

Selamat Mencuba 

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
5 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • Koleksi Template Akaun Bank
  • Resepi Daging Bulgogi
  • Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
  • Internary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor.
  • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor
  • Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya
  • Koleksi Template Akaun Bank Versi Cute dan Bunga-Bunga
  • Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
  • Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
  • Selamat Tahun Baru 2021

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Subscribe

GSL Warrior's Blog

  • Suria Amanda
    Dah Ada Unifi...
  • Shuhaida Kabdy
    Resepi Udang Masak Masala
  • KhatyAiman
    CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA!
  • Azlinda Alin
    Brainzyme Focus Untuk Masalah Stress, Fokus, Memori dan Otak
  • Ana Suhana
    Idea Inovatif Mengenai Isu Alam Sekitar Muncul Sebagai Pemenang Pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • Bonda Zahra
    Tawaran Sale 11.11 PG Mall
  • The Other Side of Me
    Tanda-tanda Autisme?
  • Mamapipie

#BIter's Blogger

  • MrsPipDotCom
    Semak Kelayakan Untuk Tebus Kredit E-Wallet RM100 Percuma
  • Farhana Jafri
    Telemovie Review | Legenda Puteri Bulan
  • Blog Sihatimerahjambu
    Janji Manis Kugiran Masdo
  • SIS HAWA DOT COM
    Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
  • Ajumohit
    Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
  • Modern Mum's Thingy
    SINOPSIS MELASTIK KE HATIMU TV3
  • iamfuzy.com™
    Drama Melastik Ke Hatimu Online Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir)
  • Blog Wani Sukarno
    Drama Takdir Yang Tertulis Tonton Episod 1 Hingga 15 ( Akhir ) Slot Samarinda TV3
  • Fieza Sani
    Berbaloi Beli Haier Air Fryer Di CJ WOW Shop
  • ABAM KIE : The Man of The House
    10 Petua Bersihkan Rumah Dari Kotoran Dengan Cepat Dan Murah
  • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
    Tonton Online Drama Melastik Ke Bulan Episod 01 hingga Episod 13 (Full Episod)
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • MaisarahSidi.com
    Honey Butter Cornflakes Rangup, Ketagih Mengunyah Dibuatnya
  • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
    Kalau Stress Cuba Makan Buah Ni, Insha Allah Boleh Reda
  • Eyqa Hasnan's Blog
    Dengan Modal Bawah RM10, Nixoderm Ointment Mampu Merawat Masalah Jerawat
  • Fiza Aizzawa
    Tepung Goreng Ayam Nazri betul-betul buat ayam goreng jadi crispy
  • Blog Adianiez
    My First Giveaway by Blog Sal
  • OMBAKBERGIGI
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cara Buat "My Goals" Dengan Cimb Clicks (Main Kutu Cara Paling Selamat)
  • Sharing My Ceritera
    SKIN PS5 Jersey Bola
  • Yatie Owner
    MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
  • Yaya Azura
    Resepi Ikan Selayang Masak Asam Mudah Dan Sedap
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
  • Ciktie Dot Com
    Sinopsis Pesan Dari Tuhan
  • Kitepunye Dot Com
    Filem Komedi 10 Tips Tipu Bini Perkongsian Dari Awie!
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • VITAMIN WAWA
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • CXopportunities
    Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
  • Cahaya Hayati
    Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
  • Diary Mama
    Grilled Butter Chicken Menu Paling Popular Kini Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop
  • Opzzpinky
    Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • ANNUR SYUHADAH
    Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan! Awas Tau?!
  • apekinah.com
    Senarai Home Bakers Terbaik Yang Setanding Dengan Kedai Kek
  • perrenial
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
  • Shamiera Osment
    5 Things You Must Have at Arabian Village Malaysia.
  • RINA ZUL
    Solat Taubat Bila Perlu Buat (Waktunya)? Ini Jawapannya
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
  • Atul Hamid
    Resipi ayam bakar mudah dan sedap
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari
  • Atul Hamid ~ Lifestyle
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Norhana Rosmida
    Cara Lebatkan Rambut Dan Hilangkan Kerak Di Rambut Anak Dengan Ardora Natural Kids Hair Oil
  • Stazah Mama LifeStyle
    11 Kelebihan dan Keistimewaan Kurma Ajwa Asli VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Anda Tahu
  • khalisahazrina.com
    Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan

Followers

Created with by ThemeXpose