• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Assalamualaikum Cinta!

Eh siapa Cinta???... Jangan nak perasaan yea, sebenarnya Assalamualaikum cinta tu, untuk Novel Terbaharu Zura Asyfar tau!  Bonde difahamkan oleh penulisnya Zura Asyfar Novel ni adalah dari skrip drama dan diolah menjadi cerita di novel.

Kalau anda semua perasan selalunya... Novel diadaptasi kepada drama, tapi kali ini lain dari yang lain... Skrip diolah menjadi novel, bukan suatu tugas yang mudah seperti yang disangka...

Tahniah Zura Asyfar untuk #Assalamualaikum Cinta.



JUDUL : ASSALAMUALAIKUM CINTA

EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA :30 Mei 2016
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Dark Wave Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Kamal Adli, Emma Maembong, Ayda Jebat, Ku Faridah, Wan Raja, Ieka Simone, Zalfa Zin

WATAK PELAKON

Saharul Ridzwan sebagai Rykal Safuan
Kamal Adli sebagai Azrif Iqba
Emma Maembong sebagai Emma Harlini
Ayda Jebat sebagai Nia Sakinah



SINOPSIS ASSALAMUALAIKUM CINTA

Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau… Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” – Emma Harlini
“Aku pelik… Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” – Azrif Iqbal

Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” – Rykal Safuan
“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf. Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro… Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” – Nia Sakinah

Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.

Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” – Emma Harlini

“Nasib baik negara ni ada undang-undang… Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana… Mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” – Nia Sakinah

Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.

Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
5 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Disini sekali lagi Bonde nak kongsikan kepada anda setelah seminggu mencuba produk Maria Miracle,

Bagi yang belum tahu kelebihan Produk ini Bonde ada kongsikan sebelum ini :


Kelebihan Maria Miracle :

~Menjadikan kulit lebih cerah dan gebu

~Menjadikan kulit bersinar secara semulajadi

~Melembutkan dan menegangkan serta menganjalkan struktur kulit

~Membantu mengatasi kulit kusam dan tidak beseri

~Mengecilkan liang roma

~Membekalkan tenaga

~Pencerahan sekata satu bahan dan meratakan tona kulit

~Mengandungi antioksidan untuk melambatkan anti penuaan

~Merawat masalah jerawat dari dalam dan memudarkan parut dan jerawat

Tujuan Bonde mengambil Produk Maria Miracle ini adalah untuk menghilangkan masalah jerawat.

Tengok muka Bonde yang sedang ditubuhi jerawat.


Semasa jerawat keluar biasanya memang menyakitkan, lebih-lebih yang keluar tu jenis jerawat batu... huh nak nages dibuatnya...

Jadi Bonde nak cuba Produk Maria Miracle ni betul ke jerawat boleh hilang.. sama-sama kita tengok yea...

Cara pengambilan pula:


Ambil sekali sehari sebelum tidur (Semasa perut kosong @ 2 jam selepas makan)


Gunting serong supaya senang untuk dituang kedalam mulut.


Masukkan serbuk Maria Miracle dan kemam,  Bonde sangat suka rasa strawbery yang sangat sedap.

Amaran!

Elakkan minuman berkafein, amalkan minum air kosong yang banyak ianya bagi memudahkan penyingkiran toksin. Boleh digunakan oleh lelaki Dan Wanita.


"Produk Maria Miracle adalah Halal dan telah mendapat kelulusan dari KKM"

Entri Berkaitan : INFO MARIA MIRACLE

Untuk Keterangan lanjut berkaitan info  Maria Miracle ini, anda bolehlah menghubungi talian:

03-41629590, 03-41629591 atau hotline mereka 010-5226202 
untuk kelas online marketing secara percuma dua kali sebulan di Ibu Pejabat Maria Miracle. 

Untuk anda yang nak jadi stokis atau ejen pihak Equal Herbs Sdn Bhd  akan beri panduan untuk anda berjaya, InsyaAllah.

Jangan lupa follow dan LIKE Maria Miracle di Facebook dan Instagram

FB Maria-Miracle

IG mariamiracleofficial

'Mengimpikan kulit muka yang licin adalah impian setiap wanita"

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamulaikum dan Selamat Petang

Rindu pada yang telah pergi... Hari ini 30 Mei 2016 bersamaan 23 Shaban 1437 H (Isnin) adalah merupakan tarikh yang sentiasa kekal dalam ingatan Bonde iaitu tarikh dimana arwah Mak tersayang telah pergi bertemu penciptanya.

Hari ini bersamaan 18 tahun Bonde telah terpisah kasih sayang seorang Mak. 

Moga Mak tenang disana, Doa untuk Arwah Mak dan Ayah Bonde tidak pernah lupa.  InsyaAllah.

Bilaku Rindu akanku sedekahkan Al- Fatihah untukmu arwah mak dan arwah ayah...


2

Ramadhan lebih kurang 7 hari dari sekarang, dan dengan itu ingin Bonde berkongsi... kisah dibawah :

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.

Jika anda melakukan dengan ikhlas InsyaAllah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan..



~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum... Selamat Pagi...

Bonde nak minta jasa baik anda semua tolong like... gambar dibawah ni,

Gambar ni telah Bonde hantar kepada contest yang dianjurkan oleh Kak Umie Nazimah, Siapa Umie Nazimah??

Beliau adalah seorang penulis Novel, Novel beliau banyak diterbitkan oleh Karyaseni antara novel Kak Umie ialah Pilihan Mama (Kakinovel) Usai Aku terima nikahnya (Karyaseni), Kerana Terpaksa Aku Relakan (Karyaseni) Isteri Luar Biasa (Karyaseni), Jujur Nikahi Aku (Karyaseni)dan terbaharu Tidak Pernah Sesal (Karyaseni)

Contest ni saje suka-suka join... tanda support Kak Umie.

Untuk itu, Bonde nak sedekahlah sebuah Novel untuk anda yang rajin like pic Bonde, sila tinggalkan nama fb anda.. dan url blog untuk membolehkan Bonde membuat senarai nama untuk cabutan random nanti. 

[KLIK GAMBAR UNTUK LIKE]

"Senarai nama akan diupdate"

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

fidyah puasaSempena nak bulan Ramadhan ni, Bonde nak sharekan:

Cara Kira Fidyah Bagi Yang Lambat Ganti Puasa

Maklumlah banyak kekeliruan berkaitan pengantian puasa!  Macam mana puasa tahun yang lepas sudah diganti ke?  Selalu Ibu Hamil yang mengalami masalah dan ada yang tak tahan puasa kene ambik tahu berkenaan perkara Fidyah ni.  Kalau Hamil dibulan puasa tak mabuk.. Syukur Alhamdulillah dapat puasa penuh...


Cara Nak Kira Fidyah Kakulator Fidyah : 

Kakulatur Zakat Puasa 

Taksir Fidyah



*Fidyah*


Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada') bulan Ramadhan.

*Hukum Fidyah*


Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

 *Prosedur Membayar Fidyah*

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

 *Sebab-sebab dikenakan fidyah*

✔*Uzur menunaikan puasa wajib* – Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

✔*Perempuan hamil* – Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada') puasa yang ditinggalkan.

✔ *Ibu yang menyusukan Anak* – Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

✔ *Orang yang telah meninggal dunia* – Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

✔ *Melambatkan Ganti Puasa (Qada')* – Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada') puasa yang ditinggalkan. 

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.


 *Taksiran fidyah*


(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah

*Kadar bayaran fidyah*


Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah seperti berikut:

*RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20*

Untuk makluman anda, jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan. 

Kadar fidyah mengikut negeri.

🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺

Semoga perkongsian mengenai cara mengira Fidyah ini memberi manfaat pada semua.

fidyah puasa

Info Fidyah : http://truthhalal.my
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Tak Sabar sudah rasa kaki ni nak berjalan ke Floria, memang setiap tahun tak lepas peluang... Pergi Floria Putrajaya.  Tak dapat lupa keindahan musim bunga.  masa tu, Perasaan kejap macam bukan berada di Malaysia, macam berada kat Luar Negara.

Sebelum ke Floria, nak tahu info-info apa yang menarik bolehlah baca artikel-artikel yang Bonde copy paste ni...

Info : UTUSAN.COM

PUTRAJAYA 3 Feb. – Festival Floria Diraja Putrajaya kembali lagi. Kali ini menampilkan bunga kekwa sebagai tema utama sepanjang festival itu berlangsung dari 27 Mei hingga 4 Jun ini di Anjung Floria, Presint 4.


Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail berkata, Floria Diraja Putrajaya 2016 yang bertemakan ‘Keajaiban Dunia Floria’ akan mempamerkan lebih 400,000 pokok bunga pelbagai spesies, selain tiga tarikan baharu berbanding edisi penganjuran pada tahun lalu.

“Tiga kelainan tersebut ialah pameran The Magic of Bonsai & Suiseki, Taman Muzika dan Terrarium Tropical Magic in the Glass.

“Misalnya tahun lalu Floria Diraja Putrajaya membawa kelainan iaitu taman empat musim, namun kali ini mengetengahkan Taman Muzika yang menggunakan teknologi terkini dari Eropah,” katanya dalam sidang akhbar Floria Diraja Putrajaya 2016 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Urusan Putrajaya Floria Sdn. Bhd., Haslinda Khalid.

Menurut Hasim, buat julung kalinya festival bunga terbesar di Malaysia itu turut menganjurkan Dialog Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya pada 27 dan 28 Mei yang menghimpunkan pakar bidang hortikultur dengan masing-masing berpeluang untuk bertukar idea dan pengalaman.

Katanya, Floria Diraja Putrajaya 2016 mendapat sambutan peringkat antarabangsa menerusi penyertaan pereka bunga dan arkitek landskap dari pelbagai negara luar termasuk Australia, China dan Sepanyol yang mengambil bahagian dalam pertandingan rekaan taman dan gubahan.

“Beberapa anugerah seperti Piala Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya, Piala Taman Floria dan Piala Orkid Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya dijangka menjadi rebutan dalam kalangan pereka dan pengubah bunga,” katanya.

Pada masa sama, Hasim memberitahu, Taman Diraja yang kebiasaannya menjadi tarikan utama pada setiap lapan edisi penganjuran Floria Diraja Putrajaya bakal memberi kelainan tahun ini dengan menampilkan replika Istana Besar Johor.

Sementara itu Hasim berkata, Floria Diraja Putrajaya 2016 menyasarkan kehadiran sejuta pengunjung termasuk dari dalam dan luar negara, antaranya Singapura dan Thailand.

Ujarnya, festival itu akan dibuka kepada lawatan umum mulai 27 Mei hingga 4 Jun dari pukul 9 pagi hingga 10.30 malam dengan tempoh masa bagi hari Jumaat sehingga Ahad dilanjutkan sehingga 12 tengah malam.

“Tiket-tiket bagi memasuki Floria Diraja Putrajaya 2016 ditetapkan RM7.50 bagi pemegang MyKad, RM22 (warga asing) manakala kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas (RM3.50) (pemegang MyKad) serta RM11 (warga asing).

“Harga tiket bagi memasuki Taman Magika ditetapkan sebanyak RM10.50 untuk dewasa manakala RM5.50 bagi kanak-kanak, OKU dan warga emas.

“Untuk memudahkan pengunjung, kaunter tiket masuk akan dibuka dua hari sebelum Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 berlangsung iaitu dari pukul 9 pagi hingga 7 malam,” ujar beliau yang memberitahu tiket juga boleh dibeli dalam talian bermula 1 Mac ini dengan melayari laman web www.floriaputrajaya.com.my.


Tarikan Istimewa

- Taman Diraja (Royal Garden)
-  Magical World of Floria
-  Musical Garden
-  Taman Chrysanthemum

Festival Floria Diraja Putrajaya 2016


Festival Bunga Diraja - Royal Floria Putrajaya 2016


Tarikh: 27 Mei 2015 sehingga 4 Jun 2015
Masa: 9.00 pagi hingga 10.30 malam (Isnin-Khamis) dan 
9.00 pagi hingga 12.00 malam (Jumaat-Ahad)
Lokasi: Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
Info: https://ms-my.facebook.com/FloriaPutrajaya


Harga Tiket Festival Floria Diraja Putrajaya 2016:



Tiket Masuk Warganegara 


- Dewasa (MyKad) - RM7.50 dan Kanak2 (MyKid 7-12 thn), 

Warga Emas 

-(60 tahun ke atas) & OKU - RM3.50. 


Tiket Masuk Bukan Warganegara 

- Dewasa (Non-MyKad) - RM22, dan Kanak2 (Non-MyKid 7-12 thn), 

Warga Emas 

(60 tahun ke atas) & OKU - RM11. 


Tiket Masuk Magical Garden 

- Dewasa - RM10.50 & Kanak2 (7-12 thn) - RM5.50


Pameran Dan Aktiviti Di Festival Floria Diraja Putrajaya 2016.




  • Taman Magic (Magical Garden)
  • Taman Muzik (Musical Garden)
  • Taman Bunga Diraja
  • Taman Bunga Chrysanthemum
  • Taman Bunga Malaysia
  • Pameran Bonsai & Suiseki
  • Taman Bunga Persahabatan Malaysia-China
  • Taman Bunga Sekolah dan Universiti
  • Dewan Pameran (Pavilion)
  • Taman Pameran Kucing
  • Taman Bunga Pereka Hiasan Taman
  • Taman Bunga Badan-Badan Kerajaan, Korperat & NGO 
  • Taman Bunga Peserta Antarangbangsa
  • Terrarium: Tropical Magic In The Glass
  • Seni Floria dan Kraftangan
  • Seminar dan Bengkel
  • Bazaar Jualan Bunga dan Tanaman
  • Pertandingan Bunga Orkid Antarabangsa
  • Pertandingan Rekabentuk Taman
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Fotografi
  • Dan lebih dari 300 aktiviti & program harian


  • Promosi Bulan Ramadhan.




    INFO KREDIT TO :  relakssminda

    KENANGAN FLORIA PUTRAJAYA : 2013 2014 2015-1 2015-2

     
     ~ Bonde Senyum Riang ~
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    1 PEMBERI ULASAN
    Assalamualaikum Dan...

    Kepada peminat-peminat Novel Siti Rosmizah, PBKL tahun ini, Novel yang terbaru SR Bonde dah beli tau, anda semua jangan nak cemburu sangat yea... cepat-cepatlah pergi beli..


    Semua Koleksi SR sudah menjadi milik Bonde... 


    Keratan Akhbar

    cover rasn (1)
    SINOPSIS :

    RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

    “Kasih Maisara!!!”
    Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.
    Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!
    “Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”
    Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!
    “Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”
    Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.
    Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!
    “Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”
    Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.
    “Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.
    Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!
    “Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”
    Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.
    “Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.
    BELI NOVEL ONLINE DI : http://srpublication.com.my



    Bonde bersama Novelis Siti Rosmizah.

    Selamat Membaca...

     
     ~ Bonde Senyum Riang ~
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    2 PEMBERI ULASAN

    SINOPSIS MR. BOSS MISS STALKER


    Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

    Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

    Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?



    JUDUL : MR. BOSS, MISS STALKER

    EPISOD : 20 Episod
    TARIKH / MASA : April 2016
    SIARAN : Slot Dahlia TV3
    SKRIP : Sofia Rhyland
    PENGARAH : Heykal Hanafiah
    TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
    PELAKON : Ashraf Muslim, Mia Ahmad, Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera Sardi

    WATAK PELAKON
    Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
    Mia Ahmad sebagai Sara Azreen 
    Riz Amin sebagai zzudin 
    Miera Leyana sebagai Ria



    TONTON ONLINE :


    TONTON ONLINE FULL EPISOD MR. BOSS MISS STALKER:

    [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

     [11] [12] [13] [14] [15] update [16] [17] [18] [19] [20]

    kredit : www.layanon9.pw

     
     ~ Bonde Senyum Riang ~
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    1 PEMBERI ULASAN
    Assalamualaikum... selamat tengahari,

    Bos Bonde baru balik dari Yogyakarta tau... nak tengok ole-ole survinor dari Bos tak? hi hi hi terima kasih Bos...

    Tak pernah sampai tempat yang Bos pergi ni...

    Cuba google :

    Candi Borobudur Yogyakarta

    Candi borobudur yogyakarta merupakan gambar dari objek wisata candi Borobudur, Candi Borobudur merupakan candi bersejarah milik umat Budha yang berlokasi di Magelang, Jawa Tengah. Candi ini juga terkenal sebagai objek wisata dunia.

    Candi Borobudur Yogyakarta

    Cenderahati/tanda kenagan  dari Candi Borobudur Yogyakarta


    Candi Borobudur Yogyakarta

    Candi Borobudur Yogyakarta

    Candi Borobudur Yogyakarta

    Kalau ada kesempatan suatu hari nanti bolehlah datang melawat tempat ni... mungkin masa tu dah jadi tempat bersejarah.

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    3 PEMBERI ULASAN
    Assalamualaikum dan Selamat Malam...

    Jumpa kita dimalam hari, terima kasih singgah Blog Bonde... Siapa antara anda ada menonton Drama Angin Cinta, Angin Cinta adalah hasil adaptasi dari Novel Aliesha Kirana...

    Novel-novel koleksi Aliesha Kirana yang Bonde ada :

      Hasil carian imej untuk NOVEL ALIESHA KIRANA 

     

    Drama Angin Cinta yang sedang ditayangkan di Astro :












    Baca Sinopsis :  Angin Cinta

    Baca Online :

    [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] 

    singgah juga di Blog Penulis : tintaalieshakirana

    seterusnya dapatkan di : Wattpad.Karyaseni




    (Ada orang kata kami macam kembar hi hi hi)

     
     ~ Bonde Senyum Riang ~
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    1 PEMBERI ULASAN
    Newer Posts
    Older Posts

    About me


    Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

    Email : iffah208@gmail.com.

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • instagram

    Popular Posts

    • Koleksi Template Akaun Bank
    • Resepi Daging Bulgogi
    • Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
    • Internary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor.
    • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor
    • Koleksi Template Akaun Bank Versi Cute dan Bunga-Bunga
    • Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya
    • Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
    • Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
    • Selamat Tahun Baru 2021

    Special Collaborations

    AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


    ABC



    ALTHEA ANGLE


    ALTHEA ANGLE



    BUTTERFLY PROJECT


    Butterfly Project


    Categories

    ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

    Subscribe

    GSL Warrior's Blog

    • Suria Amanda
      Dehydrated Semasa Jogging
    • Ana Suhana
      Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu
    • Shuhaida Kabdy
      Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand™ Untuk Melangkah ke Tahun Baharu
    • Azlinda Alin
      Resipi Mudah Masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung
    • KhatyAiman
      CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA!
    • Mimi Azirah
      Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
    • mOnOLoG tAnpA sUaRa
      Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
    • Bonda Zahra
      Tawaran Sale 11.11 PG Mall
    • The Other Side of Me
      Tanda-tanda Autisme?
    • Mamapipie

    #BIter's Blogger

    • MaisarahSidi.com
      7 Tempat Makan Menu Pizza Kayu Api Yang Best!
    • ANNUR SYUHADAH
      5 Amalan Zikir Nak Awet Muda, Cergas, Cantik dan Berseri
    • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
      Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19
    • Kitepunye Dot Com
      Trade-In Telekung Terpakai SK Untuk Mangsa Banjir
    • Fieza Sani
      Perlu Ke Guna Pelembap Muka
    • MrsPipDotCom
      Sering Pelupa? Ketahui Sebab Hilang Ingatan Dan Cara Mengatasinya
    • apekinah.com
      7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur
    • iamfuzy.com™
      Drama Takdir Yang Tertulis Tonton Online Episod 1 Hingga Episod 15
    • Yaya Azura
      Nametag dah ada tapi ...
    • ABAM KIE : The Man of The House
      5 Smart Grocery Shopping Tips To Save Money and Reduce Wastage
    • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
      Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)
    • Blog Sihatimerahjambu
      Sesekali Merasa Aiskrim Strawberry Cheesecake
    • Blog Adianiez
      Kisah burung cantik singgah di laman & pilih STEM Prinsip Akaun Tingkatan 4
    • RINA ZUL
      CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
    • Blog Wani Sukarno
      Jom Cuba Resepi Mee Goreng Mamak Ini Di Rumah
    • Farhana Jafri
      Shaadi Mubarak Varun Dhawan & Natasha Dalal!
    • Fiza Aizzawa
      Avon Instagram Contest | Menang produk AVON True Color Makeup
    • Norhana Rosmida
      Baby Sling Apa Paling Best Dan Selesa? 5 Sebab Kenapa Aku Pilih Baby Sling Mamamay!
    • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
      Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul
    • Ciktie Dot Com
      Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
    • SIS HAWA DOT COM
      Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
    • Ajumohit
      Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
    • SHALIMAR YUSOF
      Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
    • Eyqa Hasnan's Blog
      Dengan Modal Bawah RM10, Nixoderm Ointment Mampu Merawat Masalah Jerawat
    • OMBAKBERGIGI
      Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.
    • Ardini Humaira
      DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
    • Lovely Sunshine
      Preparation for Weight Loss Journey Part Two
    • Sharing My Ceritera
      SKIN PS5 Jersey Bola
    • Modern Mum's Thingy
      SINOPSIS NOTA BUAT CEMPAKA
    • Yatie Owner
      MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
    • Zazasters Da' Mama Monsta'
      SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
    • Mimi Azirah
      Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
    • VITAMIN WAWA
      Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
    • Marshalizadotcom
      Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
    • CXopportunities
      Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
    • Cahaya Hayati
      Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
    • Diary Mama
      Grilled Butter Chicken Menu Paling Popular Kini Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop
    • Opzzpinky
      Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
    • mOnOLoG tAnpA sUaRa
      Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
    • SuperMOM With SuperKIDS
      Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
    • perrenial
      Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
    • Shamiera Osment
      5 Things You Must Have at Arabian Village Malaysia.
    • Usop Ahmad
      4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
    • Atul Hamid
      Resipi ayam bakar mudah dan sedap
    • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
      Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari
    • Atul Hamid ~ Lifestyle
      Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
    • Stazah Mama LifeStyle
      11 Kelebihan dan Keistimewaan Kurma Ajwa Asli VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Anda Tahu
    • khalisahazrina.com
      Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan

    Followers

    Created with by ThemeXpose