KHASIHAT BUAH NAM-NAM YANG PERLU ANDA TAHU!







Assalamulaikum dan Selamat pagi..

Pagi ni Bonde nak cerita tentang buah Nam-nam @ Pokok Katak Puru ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Cynometra cauliflora. Ia juga dikenali sebagai Pokok Hima, Namu-namu, atau Kopi Anjing. 

buah Nam-nam

Ia menghasilkan buah yang boleh dimakan.    

buah Nam-nam

Khasiatnya daunnya:

Boleh di gunakan untuk penyakit darah tinggi dan boleh kuruskan badan.    

Cara-caranya: 

Minum air rebusan daun pokok Nam-nam
(bilangan daun dalam kuantiti ganjil. 5/7/9)

Jadi air herba warnanya seperti air teh..tidak pekat dan rasanya seperti air masak biasa.
Buah nya boleh di makan begitu saja tanpa di buang kulit. Rasa buah nya kelat masam masam manis

Untuk Buah Nam-nam ni, Bonde lebih suka makan begini :


Untuk sos, sediakan :

 3 sudu gula, 4 sudu kicap, 4 biji cili api (dihiris halus) dan sedikit garam.
gaul semua bahan dalam mangkuk.

Ambil buah Nam-nam buang kulit dan hiris ikut saiz yang anda suka.

Seterunya :
Masukkan semua ke dalam sos yang telah disedikan tadi. Gaul rata dan sedia untuk dimakan.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.