ANAK TERKENE SAWAN? APA NAK BUAT...

Assalamulaikum dan Selamat Petang

Selalunya kalau ada dikalangan ibu-ibu mengalami anak-anak terkena sawan dan anda tak tahu nak buat apa untuk pertama kali kene, Bonde nak kongsi cara-cara merawat sawan kalau ianya terkene apa anak-anak yang berada didepan mata kita. 

 Jangan gelabah anda boleh bantu anak anda dengan cara-cara tersebut.

EPILEPSI atau SAWAN


EPILEPSI atau SAWAN di kalangan kanak-kanak perlu diberi penjagaan rapi oleh ibu bapa. 

Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah:

1. Baringkan anak mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan. 

2. Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan. INGAT! Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut. 

3. Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya. 

4. Sekiranya sawan berterusan, ibu boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit. 

5. Bawa anak ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan. 

Jika sejarah keluarga pernah ada yang kena sawan atau anak itu pernah sebelum ini diserang sawan. 

Maka langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakan ianya menyerang kembali. Pengambilan Supplement seperti Mealshake dan Omega dapat mengelakan anak-anak dari diserang demam dan strees.

Selamat Mencuba! InsyaAllah.


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

1 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.