ASAM PEDAS AYAM UNTUK DIA

Assalamualaikum... Selamat Petang,

Nilah bila cuti tak tahu nak buat apa? automatik kerajinan Bonde datang, 
Kebetulan balik dari kampung, dapat 4 batang bunga kantan..

Tu yang saje update kat FB nak masak apa dengan Bunga Kantan ni...macam-macam cadangan dan idea kawan-kawan bagi, sampai Bonde sendiri terliur dengan nama-nama menu yang mereka bagi...

Yang menyedihkan, masa-masa cuti-cuti raya, nilah malas nak keluar ke kedai atau tesco ke ? giant ke ? nak beli bahan basah/kering semua tu...

satu sebab yang buat malas bila nak bayar pasti kaunter sesak giler.

Bahan-bahan guna apa yang ada dalam peti sejuk.

Nak tau Resepinya Bonde kongsikan....
dibawah :

Asam Pedas Ayam Untuk Dia

Bahan-bahan :

Ayam 7-8 ketul (bahagian ayam ikut suka anda)
3 senduk cili kering (Yang telah siap dimesin) 
1 senduk bawang merah (Yang telah dimesin)
5 ulas bawang putih (ketuk2 je)
2 tangkai daun kari (lurut buang tangkai)
2 batang bunga kantan (hiris 4 bahagian)
sidikit buah pelaga, bunga lawang dan 2 batang kayu manis
air 500 ml
3 sudu asam jawa (rendam ambil airnya)
2 keping asam gelugur (ambil yang kecil shj)
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya :

Cara nak masak senang je... panas kan minyak, masukkan bawang mesin, buah pelaga, bunga lawang dan kayu, manis setelah garing, masukan daun kari, masukan pula cili kering, biarkan cili garing masukkan air, masukkan ayam, setelah ayam seakan masak masukan air asam jawa, asam keping dan garam biarkan mendidih dengan api kecil dan akhir sekali masukan bunga kantan. siap untuk dihidangkan. bahan-bahan simple je...

Hasil bawa dari kampung


cara hiris bunga kantan


Siap Menu... Asam Pedas Ayam


Selamat Mencuba Resepi Bonde... 


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.