Tambang Komuter Naik Lagi Disember Ini!

 Info untuk semua penguna KTM Komuter

Tambang Komuter Naik Lagi Disember Ini!



Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad mengesahkan bahawa kenaikan tambang bagi laluan KTM Komuter akan diumumkan pada Isnin, dengan kadar tambang baharu bermula pada 2 Disember.

Tambang keretapi KTM Komuter akan naik bermula Disember.

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad mengesahkan bahawa kenaikan tambang bagi laluan KTM Komuter akan diumumkan pada Isnin, dengan kadar tambang baharu bermula pada 2 Disember.

Tambah beliau, kenaikan kadar tambang perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang dijangka akan diumumkan pada Isnin tidak dapat dielakkan memandangkan KTM perlu meningkatkan kekerapan perkhidmatan itu.

Jelasnya lagi, kekerapan perkhidmatan komuter itu dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini akan melibatkan peningkatan kos.


"Selain itu kos-kos seperti gaji, elektrik, senggaraan dan lain-lain lagi meningkat setiap tahun dan harga tiket pula tidak pernah naik sejak beberapa tahun sudah,"


Penumpang dijangka dikenakan tambang 15 sen per km, meningkat dari kadar tambang semasa 11 sen per km.

Sumber info : mforum.cari.com.my

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

5 PEMBERI ULASAN

  1. Harapan Bonde agar Perkhidmatan KTM beri pon kene di tingkatkan juga betul tak Zarin

    BalasPadam
  2. Tambang naik lagi... tidakkkk..
    Huhuuu agak-agak berapalah tambang dari Nilai ke Seremban erk Bonde..
    Huhuuu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.