RESEPI RONA-RONI MACARONI GORENG

Assalamualaikum.... Selamat Malam semua :)

Baiklah kali ni Bonde nak kongsi resepi buat Macaroni Goreng yang ringkas, mudah dan sedap... Pakej cukup rasa gitu...

Bonde bagi nama Resepi ni ialah :


RONA-RONI MACARONI GORENG




Bahan-Bahan :

500 gram Macaroni (bentuk tiup)
3 Biji Telur Ayam
2 keping daging burger (hancurkan)
Sedikit Kobis Panjang ( boleh guna lebih jika suka makan sayur)
1 Biji cili bengala (x kisah warna apa)
10 sb Cili Kering yang telah di kisar ( letak lebih pon boleh kalau suka pedas)
1 biji bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
serbuk cukup rasa maggi
sedikit garam
minyak zaitun

Cara-caranya :
Rebus Macaroni
Didihkan air, titiskan sedikit minyak zaitun (supa macaroni tidak melekat)
bila sudah mendidih masukkan macaroni, angkat macaroni apabila sudah lebut, jangan biarkan terlalu lembik.

Selepas itu dalam kuali yang lain :

Panaskan sedikit minyak Zaitun, tumiskan cili kering, bawang merah dan bawang putih, setelah garing masukan daging burger , gaul rata hingga mesra,  dan pecahkan telur dan masukan serbuk cukup rasa dan garam, setelah telur garing masukan macaroni tadi dan gaul pelahan, setelah itu masukan kobis panjang dan cili bengala.

Siap untuk dimakan....


Selamat mencuba :


RONA-RONI MACARONI GORENG 

yang ringkas, mudah dan sedap...

~Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.