BERITA INSIDEN KREN TUMBANG DARI LEMBAGA TABUNG HAJI.




Assalamualaikum dan selamat pagi...

Bonde terbaca info ini di FB :Official : Lembaga Tabung Haji.

Official : Lembaga Tabung Haji

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat jemaah Insiden Kren Tumbang dan Salam Takziah buat keluarga.

Berita 13 September 2015

SATU JENAZAH JEMAAH INSIDEN KREN TUMBANG DITEMUI


KELANA JAYA, 13 September 2015: Alhamdulillah hari ini lima (5) lagi jemaah haji yang dirawat di Pusat Rawatan TH telah dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing. Manakala lima (5) lagi jemaah Haji – tiga di hospital Arab Saudi dan dua di Pusat Rawatan TH dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan masing-masing.

InsyaAllah kesemua sepuluh jemaah haji ini akan dapat menjalani ibadah haji mereka dan berwuquf di Arafah pada 22 September 2015 dibawah pemantauan pasukan perubatan.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama Lembaga Tabung Haji (TH) dibenarkan untuk membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan.

Pasukan Perubatan TH telah dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman pada jam 10.30 pagi (waktu Saudi) atau 3.30 petang waktu Malaysia. Proses pengecaman dilakukan melalui pengecaman diri, buku rekod kesihatan, pas dan gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA, sekiranya perlu.

Hari ini satu jenazah Jemaah Haji Malaysia telah dikenalpasti iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak.
Saya bagi pihak YAB Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan TH ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami semua amat berdukacita dan bersimpati dengan ahli keluarga waris, serta menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Pada masa yang sama kami berharap waris-waris yang lain akan terus bersabar dan berdoa kerana TH akan terus berusaha sedaya upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital-hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin. TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

TH ingin menasihati kepada semua jemaah haji Malaysia di Tanah Suci untuk turut bertenang dan bersabar. Terus menumpukan perhatian kepada ibadah bagi menghadapi hari wuquf serta menjaga kesihatan dan keselamatan.
TH juga ingin mengingatkan para Jemaah untuk memakai segala pengenalan diri yang diberi sepanjang masa. Ini adalah bagi memastikan keselamatan para Jemaah.

Saya dan YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez akan berangkat ke Tanah Suci esok bagi melihat sendiri keadaan di sana serta membantu memastikan usaha-usaha mencari para jemaah yang hilang selesai secepat mungkin.
LEMBAGA TABUNG HAJI

TIGA LAGI JENAZAH JEMAAH INSIDEN KREN TUMBANG DIKENALPASTI DAN SEORANG JEMAAH HAJI TELAH DIKESAN

KELANA JAYA, 13 September 2015: Terlebih dahulu setinggi-tinggi rakaman terima kasih diucapkan kepada semua wakil media yang berada di sini untuk kita bersama-sama berkongsi perkembangan terbaharu jemaah haji yang hilang.

TH mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi terutamanya Kementerian Haji, Kesihatan, Muassasah Asia Tenggara dan Pejabat Kedutaan Malaysia di Arab Saudi yang memberikan kerjasama dan bantuan kepada TH bagi mempercepatkan usaha-usaha pengecaman.


Secara umumnya proses pengecaman yang dilakukan adalah melalui:
i. Pengecaman jenazah berdasarkan paparan gambar serta barangan pengenalan jenazah di rumah mayat. Jemaah Haji Malaysia telah dibekalkan dengan beberapa tanda pengenalan diri seperti buku rekod kesihatan, pas dan gelang. Tanda pengenalan ini memudah dan mempercepatkan segala usaha pencarian dan pengecaman dilakukan.

ii. Setelah identiti disahkan, jenazah tersebut dilaporkan kepada pihak Muassasah untuk proses pengebumian.
Pada jam 6.00 petang (waktu Saudi), TH telah mengenalpasti tiga lagi jenazah iaitu:
SITI NUROSHLIZAN ZOLKIFLI
37 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
TANAH MERAH, KELANTAN


ROHANA ISMAIL
54 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
KUALA KRAI, KELANTAN


MUNAH JUSOH
73 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
CHERANG RUKU, KELANTAN


Ketiga-tiga jenazah telah dikenalpasti oleh waris-waris mereka di Tanah Suci.
Kami semua amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami juga mengambil kesempatan ini menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh ketiga-tiga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Untuk makluman semua, Kerajaan Arab Saudi menempatkan kesemua jenazah di rumah mayat Muaissem, yang terletak berdekatan dengan Mina, Makkah.
Pada masa yang sama kami berharap waris-waris yang lain akan terus bersabar dan berdoa. TH akan terus berusaha sedaya upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital-hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin.
Manakala seorang jemaah haji ABDUL MULUK ISHAK,71 tahun dari Pantai Remis, Perak telah berjaya ditemui dan berada dalam keadaan sihat dan selamat.
TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
LEMBAGA TABUNG HAJI

Berita 14 September2015

SEORANG LAGI JENAZAH JEMAAH INSIDEN KREN TUMBANG DIKENALPASTI

KELANA JAYA, 14 September 2015: TH mengesahkan seorang lagi jenazah jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti menjadikan jumlah keseluruhan Jemaah yang ditemui seramai enam orang. Lima daripadanya telah kembali ke rahmatullah, manakala seorang Jemaah haji ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.
Jenazah terbaharu yang dikenalpasti oleh waris beliau di Tanah Suci ialah:

ZAINUN TAHA
69 THN, KT49
MAKTAB 90, AL WAFIDEEN
AMPANG, SELANGOR


Kami semua amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami juga mengambil kesempatan ini menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh kelima-lima Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Dalam masa yang sama Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa 1 Zulhijjah bagi negaranya adalah pada hari Selasa 15 September 2015, maka wuquf (9 Zulhijjah)adalah pada hari Rabu, 23 September 2015.

LEMBAGA TABUNG HAJI


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. assalamualaikum,....agak terkejut juga bila dapat tahu berita tentang ni,,mmm,,semoga mereka ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman..in shaa Allah...jemput follow & komen di ruangan entry yaya cendana ye.... www.yayacendana.com
    terima kasih...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.