TIPS MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN KHAS KPSL



Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Semak kelayakan menduduki Peperiksaan ini dibawah :

TIP MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN KHAS KPSL

Memandangkan Bonde akan menduduki peperiksaan Khas KPSL pada bulan Ogos nanti, sambil-sambil update blog, sambil tu search kat google Panduan, Tip, Cara nak menjawab Soalan KPSL, memandangkan dah duduk peperiksaan KPSL tahun ni masuk kali yang ketiga sebelum tu semuanya emmm malu nak type.

Tapi Bonde belum berputus asa, walaupun soalan senang, jawapan tu yang susah, sebab apa jawapan susah... walaupun boleh bawa buku masa peperiksaan dan dah tags tapi tak jumpa juga jawapan, Dah jawab mungkin cara menjawab tu salah jadi jom tengok hasil google apa yang Bonde jumpa.

Sumber dari Blog : [anafarha.blogspot.com]

TIP MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN KHAS KPSL



Dari segi kaedah menjawab, saya rasa ianya terpulang juga kepada kehendak pemeriksa. Tapi yang pasti, tip yang saya kongsikan ini adalah tip untuk mencari dan mendapatkan jawapan yang betul dan cepat.. InsyaAllah..


Tindakan yang perlu dibuat:

1. Baca soalan dan kenalpasti rujukan yang betul.

2. Bila sudah kenalpasti rujukan yang sepatutnya, rujuk pada senarai perkara untuk cari isi-isi yang mungkin.

3. Rujuk perkara yang berkenaan. 

4. Kadang-kadang, dalam satu soalan mungkin akan menggunakan rujukan yang berbeza. Misalnya, soalan 1 (a) ditanya tentang cuti. Soalan 1 (b) berkaitan pula dengan wad. So, kene peka dengan soalan.

5. Jawap soalan dan nyatakan perkara yang dirujuk. Contoh: Merujuk kepada Arahan Pentadbiran Bab C, Perkara 2.1 (a), ………….

6. Kalau rasa-rasa tak cukup masa, tulis dalam bentuk point dan berikan RUJUKAN. Ini yang penting.

CONTOH KAEDAH MENJAWAB SOALAN UNTUK BAHAGIAN III : UNDANG-UNDANG UMUM

Soalan 1

(a) Haris seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorangwarganegara British di United Kingdom pada tahun 1990. Berdasarkan kepadaperlembagaan persekutuan, bolehkah isteri haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh isterinya?
(6 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Syarat-syarat:
(a) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) bahawa Katie adalah berkelakuan baik.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b).

atau
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b), Katie boleh memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dengan syarat .......

(b) Sekiranya permohonan Katie untuk menjadi warganegara Malaysia diluluskan oleh kerajaan persekutuan, bilakah Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia?
(5 markah)

JAWAPAN:

Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1).

c) bilakah secara rasminya Katie boleh menjadi warganegara dengan cara Pendaftaran?
markah)

JAWAPAN:

Katie secara rasminya boleh menjadi warganegara Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemikian itu.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3).

(d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah memperolehikewarganegaraan Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001. Selepas memperolehi kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan tidak kembali ke Malaysia sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya, tiada sebarang berita diperolehi daripada beliau. Adakah kerajaan persekutuan boleh dan mempunyai sebarang peruntukan untuk melucutkan kewarganegaraan beliau di bawah perlembagaan persekutuan?
(5 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2) (a) dan (b) yang menyatakan bahawa ……..

e) Atas permintaan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah kerajaan negeri yang telah dirizabkan sebelum itu bagi maksud kegunaan kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan telah diminta oleh kerajaan negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu.
Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium tanah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Selangor.
(5 markah)

JAWAPAN:

Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan –
(a) ...
(b) ...
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 Fasal (2) (a) dan (b).

Secara ringkas ini adalah kaedah menjawab yang saya amalkan. InsyaAllah, kalau tepat jawapannya, lulus lah tuh.. Teruskan usaha ye..

Sekiranya kawan-kawan atau pembaca ada tip lain atau mahu komen tentang entri ini, silakanlah ye.


Kredit : Blog Anafarha

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.