Resepi Sahur Ringkas : Mee Goreng Ala Mamak By Bonde




Selamat pagi..... Bonde nak share resepi sahur pagi ni maklumlah hari ni 20 Ramadhan... Sahur pon semakin lama makin tak lalu nak makan nasi. Jadi disini bonde kongsikan : 

 Mee Goreng Ala Mamak By Bonde


Bahan-Bahan :

1 Bungkus Mee Kuning
Tahu Basah 2 Keping
1 Biji Telur
2 Batang Sayur Sawi
2 Gengam Taugeh
4 sudu cili yang telah dimesin
1 biji bawang dihiris
1 biji cili merah dihiris
Sedikit kicap kipas udang
sedikit cukup rasa maggi
2 Helai Daun Sop

Cara Memasak :

Panaskan minyak goreng tahu, bila tahu sudah kekuningan angkat dan sejukkan, lebihan minyak tadi digunakan semula untuk menumis, masukan cili yang telah dimesin, bila cili dah agak gaing masukan bawang yang telah dihiris, bila semua dah agak garing ambil tahu yang telah sejuk dipotong secara memanjang, masukan sedikit cukup rasa maggi, masukan mee kuning kacau dan pecahkan telur kedalam mee tadi, masukan kicap kipas udang dan gaul bagi kicap rata, masukan sayur sawi dan taugeh, seteusnya masukkan daun sop yang telah dirampai...

Gaul hingga semua sayur nampak rata dan masak..

Siap untuk dihidangkan...

Selamat Mencuba :)

 Mee Goreng Ala Mamak By Bonde


~ Bonde Senyum Riang ~ 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Bila tgk pic mee tu teringat mee yg saya selalu beli time zaman sekolah agama, makcik tu panggil me bodoh, ingtkan mee tu yg stupid rupanya sebab bahan die x byk haha.. tp sedapp

    Jom Terjah: Bukti cukai GST menyusahkan rakyat berbanding SST




    BalasPadam
  2. Uiiii bonde. Terliur dah ni. Hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nani nnt Nani cuba buat yea.. ringkas je tu

      Padam
  3. mee goreng mamak mesti ada tahu kan, dengan tepung apa ntah tu..mcm jemput2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepung mamak panggih kuih rojak...
      kalau melayu panggil jemput2 sayur... he he he

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.