HELO SUAMI, HAI ISTERI...
Jom baca....
SEMALAM MASA KAT POPULAR SEREMBAN 2
BERKESEMPATAN RONDA-RONDA TENGOK BUKU BARU...
TAJUK NOVEL NI, MENARIK PERHATIAN BONDE...
"HELO SUAMI, HAI ISTERI!
LEPAS TU KAT FAN GILER NOVEL ADA SHARE SINOPSIS SEPERTI DIBAWAH.. BOLEHLAH BACA... YEA...
HELO SUAMI,HAI ISTERI! ~ Q
ISBN: 978-967-0201-73-3
Kategori: NOVEL UMUM
Harga: RM25.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM28.00 (SABAH&SARAWAK)
Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 10 APRIL 2013
Sinopsis :
Putri Shazlin tidak pernah bermimpi yang dia akan dinikahkan pada usia
yang muda. Seawal umur 22 tahun dia sudah ‘dipaksa’ untuk berkahwin
hanya kerana sikapnya yang terlalu manja. Pasangannya pula adalah
seorang anak kepada sahabat ayahnya sendiri, Airil yang dikatakan dia
seorang ‘otaku’. Hati mana yang rela jika diminta berkahwin segera?
Kerana kedua-dua mereka tidak rela, mereka berdua berjumpa untuk
berbincang secara baik bagi mencari penyelesaian. Lain yang
dibincangkan, lain pula persetujuan yang dicapai, masing-masing
bersetuju untuk memberi peluang untuk perkahwinan ini. Mungkin ini
memang jodoh yang tertulis.
Setelah berkahwin pelbagai perkara
terpaksa mereka tempuhi, Shazlin dengan rajuknya, Airil dengan sabarnya
terpaksa beralah kepada ‘puteri’. Berkat kesabaran mereka, lama-kelamaan
keserasian mula menjelma di hati, mereka lebih selesa dan intim
walaupun hubungan mereka bak kawan baik sahaja.
Namun kemunculan dua
insan yang mengaku kawan di sisi mereka mula membawa perubahan di dalam
hubungan mereka. Kononnya hanya kawan biasa tetapi sebenarnya mereka
memasang niat lain, sudah cukup kuatkah rumah tangga yang Airil dan
Shazlin bina bagi melawan rintangan yang datang? Adalah cinta sahaja
cukup untuk membahagiakan mereka? Bagaimana pula dengan kepercayaan?
blog penulis : http://
~ BONDE :) RIANG~
0 PEMBERI ULASAN
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.