Jom baca....
`Amir
bin Said dari bapanya berkata bahwa: "Satu hari Rasulullah sollallahu
`alaihi wasallam telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah
sollallahu `alaihi wasallam sampai di masjid Bani Mu`awiyah lalu beliau
masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun
turut solat bersama dengan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.
Kemudian Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah subhanahu wa ta`ala:
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah sollallahu `alaihi
wasallam pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: "Aku
telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala tiga perkara, dalam tiga
perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi
ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala
supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang
berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah subhanahu wa
ta`ala.
2. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala
supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti
banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh `alaihi salaam).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.
3. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku
tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan,
pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak
diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini
ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari
ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari
belakang, apakah ini cantik kita melihatnya?
~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~