"Perempuan cantik HARAM. Pakai cantik HARAM. Berfesyen sikit HARAM."



Jom baca....


 Sesetengah individu begitu ekstrim dalam berdakwah sampaikan, kalau boleh semua benda nak dicopkan haram tanpa mengkaji hukum perkara tersebut terlebih dahulu.

Adakah Islam agama yang begitu ekstrim? Adakah Islam menyekat fitrah manusia untuk menyukai kecantikan?

Islam itu fleksibel...

Sebab itu dalam Islam adanya konsep "Murunah".

Murunah ialah anjal atau fleksibel iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian, namun masih tetap kepada prinsip asasnya. Murunah merupakan satu kelonggaran dan kemudahan yg diberi kepada semua muslimin muslimat tetapi tetap pada thabatnya, iaitu menutup aurat, tidak berlebih-lebihan (tabarruj) dan menepati syariat.

Fitrah manusia untuk menyenangi keindahan. Islam menghormati fitrah tersebut. Jadi berfesyenlah sepuas-puasnya selagi tidak melampaui batas syarak. Melaramlah kalian. Hehehe.

"Allah itu cantik, dan sukakan kecantikan ♥"
[sahih Muslim]

Prinsip Islam adalah mudah dan tepat, walau apapun isunya, walaupun ia adalah perkara baru, selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip asas ajaran islam, maka ia boleh diterima dan digunapakai.

Islam telah mewariskan para ulama' sebagai penganti nabi dalam menentukan halal haram sesuatu perkara berdasarkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias dan beberapa dalil lain yang tidak disepakati spt al-Istihsan, Masalihul Mursalah, Al-Istishab, Saddu al-Zarai’, Qaul Sahabi, ‘Amal Ahli Madinah, Syar’u Man Qablana dan Al-‘Uruf Wa al-‘Adah.

Melalui Ijtihad dan Fatwa para ulama' inilah yang akan menyumbang kepada fleksibelnya agama Islam.
Islamlah agama paling kacak bergaya..


 ~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~

Catat Ulasan

0 Ulasan