NAK TAU X...

Jom baca.... 

SEKARANG NI MATA BONDE BELAH KANAN DOK BERGERAK-GERAK... RISAU DAN AGAK CEMAS....APA TANDANYA YEA...

JD...BONDE SEARCH KAT GOOGLE MAKNA DISEBALIK KEJADIAN INI....(JOM KITA TELITI).. http://laman-seri.blogspot.com 
  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
ADAKAH MATA BONDE PERLU REHAT...KERANA DARI SIANG DOK MENGADAP PC LEPAS PC, DOK MENGADAP SAMSUNG TAB, PAS TU PC... BALIK RUMAH MENGADAP PC BALIK HUH.... BONDE TERUS BACA LAGI TANDA-TANDA TERSEBUT...

RASIA PERGERAKAN BADAN, YANG MENARIK UNTUK DIKONSI BERSAMA....


Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis

  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik

  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan

  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi

  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran

  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua

  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala

  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata

  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia
 
"APA PUN YANG BAKAL BELAKU BONDE BERDOA AGAR SEGALANYA DIPERMUDAHKAN INSYA'ALLAH"



~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~