Bonde Zaidalifah: TONTON FULL EPISOD ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

TONTON FULL EPISOD ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

11:18 am

TONTON FULL EPISOD ISTERI UNTUK DIIKTIRAF Assalamualaikum Dan Selamat pagi, Hai reader semua..  Mesti sekarang ramai yang menonton drama yang sangat Hot pada bulan ini,  Sambil berbuka puasa tekan channel TV1 betul tak?  Kalau penonton setia drama ini, sebenarnya drama ini adalah dari adaptasi Novel Isteri Untuk Diiktiraf karya novelis Nurfaza Alisya yang telah diadaptasikan menjadi drama bersiri 30 episod yang kini disiarkan sepanjang bulan Ramadan di slot Widuri TV1 TONTON FULL EPISOD ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

TONTON FULL EPISOD ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

TONTON FULL EPISOD ISTERI UNTUK DIIKTIRAF


TONTON FULL EPISOD ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

[SINOPSIS ISTERI UNTUK DIIKTIRAF]

Mengisahkan Safiyya menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jala raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja.

Kali terakhir Safiyya bekerja di hotel tapi pada hari pertama bekerja dia telah cuba diperkosa Tengku Wildan anak Tengku Hairie tuan punya hotel. Akibatnya Safiyya melarikan diri dan mengambil keputusan tinggal di kampung sahaja.

Tengku Hairie datang ke kampung dan menemui Datuk Safiyya atas urusan jual beli tanah. Terpesona dengan kejelitaan dan kebolehan Safiyya, Tan Sri Tengku Hairie mengatakan hasratnya untuk meminang Safiyya dan dikahwinkan dangan anaknya Tengku Wildan. Tengku Wildan masih menjalin hubungan dengan Ana Julia.

Isterinya Raja Mona dan Tengku Wildan menentang cadangan ini tetapi bapanya tetap dengan keputusannya. Safiyya juga menentang keras apabila diberitahu datuknya mengenai cadangan Tengku Hairie. Datuk Safiyya jatuh sakit dan dalam keadaan serba salah Safiyya menurut kemahuan datuknya untuk berkahwin.

Raja Mona berjanji Tengku Wildan tetap akan menjadi milik Bella walaupun telah berkahwin. Tengku Wildan pula hanya menganggap Bella teman dari kecil dan tidak berhasrat mengahwininya. Hari pertunangan tiba tetapi Safiyya masih meragui keputusannya terutama dia masih belum pernah berjumpa dengan bakal suaminya.

Dia terkejut apabila melihat bakal suaminya adalah lelaki yang pernah cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya dahulu. Kerana tidak mahu menyusahkan datuknya Safiyya meminta majlis perkahwinannya di adakan secara kecil-kecilan sahaja. Dengan sekali lafaz Safiyya menjadi isteri Tengku Wildan.

Majlis perkahwinan Safiyya dan Tengku Wildan diadakan secara besar-besaran di kediaman Tengku Hairie. Walau bagaimanapun pada sebelah malam Tengku Wildan tidak melayan Safiyya seperti seorang isteri sebaliknya mengarahkannya tidur berasingan dan memberikan bermacam-macam peraturan untuk Safiyya. Atas permintaan Tengku Hairie mereka pergi berbulan madu tetapi Tengku Wildan melayan Safiyya hanya seperti orang gaji.

Bella menemui Raja Mona dan mengatakan hasratnya yang masih mahu menjadi isteri Tengku Wildan walaupun dia tahu Tengku Wildan telah berkahwin. Raja Mona memujuk Bella supaya bekerja dengan Tengku Wildan dengan harapan dapat mendampinginya dan akhirnya dapat memiliki Tengku Wildan.

Perkahwinan tanpa rela ini mengundang pelbagai masalah dan dugaan termasuklah daripada Raja Mona dan Bella yang sentiasa mahu menyingkirkan Safiyya daripada hidup Tengku Wildan.  Kegembiraan Safiyya dan Tengku Wildan hanya sementara apabila dalam perjalanan pulang dari kampung Tengku Wildan diberitahu video dia bersama Ana Julia di bilik resort menjadi viral.

Di rumah, Tengku Hairie menerima satu bungkusan berisi DVD dan kandungannya Video Tengku Wildan bersama Ana Julia. Kekecohan berlaku dalam keluarga Tengku Hairie. Safiyya sekali lagi meninggalkan rumah.

Ana Julia ke resort dan terserempak dengan Raja Mona dan Bella. Terbongkar rahsia apa yang sebenarnya berlaku antara Ana Julia dan Tengku Wildan di bilik resort dan bagaimana video diviralkan. Tengku Wafie datang menemui Safiyya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Tengku Hairie meminta Safiyya hadir pada satu majlis meraikan kakitangan baru. Kehadiran Safiyya tidak disenangi Raja Mona dan Bella.

Penghinaan dan pertengkaran antara Raja Mona dan Tengku Wildan serta akibat air di campur dengan sesuatu mengakibatkan Safiyya pengsan. Tertekan dengan kejadian yang berlaku Safiyya kembali ke kampung. Tengku Wildan yang kesal dengan perbuatannya turut mencari Safiyya di kampung. Bella akhirnya melawan kehendak keluarganya untuk berkahwin dengan Tengku Wildan dan kembali menemui kekasih lamanya Jason.

Tengku Wildan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung dan dalam masa yang sama terus menerus memohon maaf kepada Safiyya dan menceritakan apa yang berlaku kepada Atuk dan meminta maaf darinya. Isteri Dato’ Sham kekasih lama Ana Julia dan tempat dia mendapatkan sumber kewangan menemui Ana. Akibat pertengkaran yang berlaku Ana disimbah dengan asid yang mencederakannya. Tengku Wildan pulang ke bandar tanpa ditemani Safiyya. Atas nasihat Atuk akhirnya Safiyya meminta Tengku Wildan mengambilnya semula dan kembali bersama. Raja Mona menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Safiyya. Namun adakah permohonan maafnya diterima?

sumber : infotaip

[PELAKON DAN WATAK DALAM DRAMA ISTERI UNTUK DIIKTIRAF]

Redza Rosli sebagai Tengku Wildan
Elvina Mohamad sebagai Safiyya
Janna Nick sebagai Ana Julia 
Dayana Roza sebagai Tengku Bella Donna 
Shah Jaszle sebagai Tengku Wafie
Azar Azmi sebagai Haryanti
Sweet Qismina sebagai Tengku Widya
Sheila Rusly sebagai Puan Sri Raja Mona
Arash Mohd sebagai Tan Sri Tengku Hairie
Sharifah Shahora sebagai Tengku Salmah

SINOPSIS NOVEL ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

“Awak ni dah gila ke apa? Saya pun tak inginlah nak kahwin dengan awak ni. Sudahlah perangai macam harimau, muka macam burung belatuk. Memang malang betul!” – Safiyya

“Eh, sekali aku petik jari, berduyun perempuan yang datang tahu. Tak adalah aku nak kahwin dengan perempuan macam kau ni.” - Tengku Wildan

Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata. Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati. Tetapi, bila lelaki itu meroyan tiba-tiba, dia mula pening kepala.



TONTON FULL EPISOD ISTERI UNTUK DIIKTIRAF


Bagi anda yang ingin mendapatkan novel ini boleh klik disini . 


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN