BondeZaidalifahDotCom: RESEPI MUDAH DAN RINGKAS KARI KEPALA IKAN SALMON BERSAMA TERUNG BULAT

RESEPI MUDAH DAN RINGKAS KARI KEPALA IKAN SALMON BERSAMA TERUNG BULAT

1:53 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Hari ini Bonde ingin berkongsi resepi mudah dan ringkas dengan anda semua... Iaitu Salmon Masak Kari Bersama Terung Bulat.

Resepi ini terhasil dari status yang Bonde kemukakan di Group MAHN... Sebenarnya seperti yang anda selalu dengar Kari Kepala Ikan ini selalunya  dihasilkan dari Kepala Ikan Merah, Kepala Ikan Tenggiri, Kepala Ikan Jenak, semua jenis Kepala Ikan yang besar.

Memang asalnya teringin nak masak Kepala Ikan Merah, tertapi masa nak beli dekat AEON Sunway Pyramid hari tu tak ada ikan merah yang ada Kepala Ikan Salmon.  Kebetulan memang ada banyak pulak tu.

Jadi Bonde ambik dua belah kepada Ikan Salmon untuk dimasak bersaiz sederhana.  Dua belah Kepala Ikan Salmon bernilai RM 10.90 macam tu..

RESEPI KARI KEPALA IKAN SALMON BERSAMA TERUNG BULAT


RESEPI KARI KEPALA IKAN SALMON BERSAMA TERUNG BULAT, KARI KEPALA IKAN SEDAP, IKAN SALMON, CARA NAK MASAKA KARI IKAN SALMON,

BAHAN-BAHAN :


2 Belah Kepala Ikan Salmon
2 Senduk serbuk kari ikan babas
1 biji bawang besar (dihiris)
4 biji bawang putih (dihiris)
2 tangkai daun kari
2 biji terung bulat
6 biji cili api (buang tangkai)
3 serangkai (kayumanis, bunga lawang dan buah pelaga)
2 susu jus lemon 
sedikit minyak
sedkit garam
sedikit serbuk cukup rasa maggi
air secukupnya

RESEPI KARI KEPALA IKAN SALMON BERSAMA TERUNG BULAT, KARI KEPALA IKAN SEDAP, IKAN SALMON, CARA NAK MASAKA KARI IKAN SALMON,


CARA MEMASAK :

Masukan minyak, setelah panas masukkan bawang putih, bawang merah, daun kari dan tiga serangkai.

Bila tumisan sudah garing masukkan sebuk kari dan sedikit air.

Setelah sebuk kari garing dan berbau harum, masukkan air lebih kurang 1 litter dan masukkan ikan jangan kacau terlalu kuat nanti kepala ikan hancur, setelah mendidih masukkan terung bulat dan cili api. kacau pelahan-lahan sehingga terung keihatan lembut dan layu.  Masukkan garam, dua sudu jus lemon dan serbuk perasa maggi.  Kacau dan terbalikkan sebelah kepala tadi.. untuk masakkan bahagian lagi satu.  Setelah itu matikan api siap untuk dihidangkan.

RESEPI KARI KEPALA IKAN SALMON BERSAMA TERUNG BULAT, KARI KEPALA IKAN SEDAP, IKAN SALMON, CARA NAK MASAKA KARI IKAN SALMON,

Nota :

Untuk masakan kari kali ini Bonde tidak menggunakan santan segar atau  santan kotak.  Kerana ikan salmon mempunyai lemak dan menghasilkan rasa lemak semulajadi.  Jadi menu Kari kali ini adalah menu kurang lemak dari hasil santan kelapa.

Selamat mencuba.
~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. SA suka ikan salmonm.selain grill suka jugak msak kari..mmg best..kaya dengan acid omega kan...

    ReplyDelete
  2. wooo salmon is good with everything la...and curry is one of my fav..but i prefer long brinjal...

    ReplyDelete
  3. Minggu nie mai satu tempat nie, nak makan kari kepala ikan lagi.. Dia cakap xde stock...

    Kecewa sangat

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN