BondeZaidalifahDotCom: AIRASIA X'S PROMO SALE RM 199 KUALA LUMPUR - JEJU

AIRASIA X'S PROMO SALE RM 199 KUALA LUMPUR - JEJU

1:45 am

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi..

Hai reader semua,

Bonde nak kongsikan apa yang menarik tentang event #AABC yang Bonde hadiri pada 9 Oktober 2017. Sebenarnya sudah banyak kali #AABC menjemput Bonde untuk ke program yang #AABC anjurkan. Tapi tak berpeluang nak hadir, Masa tu tak sesuai dan ada sahaja halangannya.


Pada kali ini, Bonde x nak lepaskan peluang untuk hadir dan kepada anda yang tidak dapat hadir, Bonde bagi info padat dan padu dekat sini. Janji anda kena baca sampai habis entri ni.


Pada anda yang hobi travel, kaki travel seantero pasti gembira dengan berita pelancaran ini...Airasiax melancarkan laluan terbaru dari Kuala Lumpur ke Pulau Jeju, Korea.

AIRASIA X'S PROMO SALE RM 199  KUALA LUMPUR - JEJU 



Pulau Jeju adalah diantara Pulau yang sangat menarik perhatian Bonde, Memang ada perancangan nak ke sana. Tangkap leleh tengok program jelajah Korea dekat televisyen. Bonde tak lepaskan peluang tengok rancangan tersebut sambil fefeling berada dekat Pulau Jeju gitu. (hak hak hak sorry agak poyo).  Maklumlah Pulau Jeju memang dikenali dengan tempat pengambaran drama bersiri Korea adalah sebuah Pulau gunung berapi yang indanh yang terletak 64 kilometer di selatan semenanjung Korea.  Pulau Jeju adalah Pulau Percutian  yang popular di Korea selain ada tarikkan tersendiri.  Tak heran juga ada yang mengenali Pulau Jeju dengan nama " Hawaii Korea Selatan"  


PROMO AIRASIA X'S


Promosi yang sedang berlansung pada harga RM199 termasuk tempat duduk ekonomi manakala RM899 sehala bagi tempah duduk premium flatbed bermula dari dari 10 Oktober 2017 - 15 Oktober 2017 bagi tempoh perjalanan 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018.

Dengan penerbangan terus 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Jeju sehala.  Para penumpang juga boleh menggunakan pilihan penerbangan sambungan (fly-thru) AirAsia untuk perhubungan lancar ke Jeju dari bandar lain ei dalam rangkaian penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan hanya satu hentian tambahan sebelum meneroka Jeju bersama Busan atau Seoul sebelum terbang semula ke Kuala Lumpur.


Apa tunggu lagi rancang perjalanan anda sekarang dan layari segera laman web AirAsia untuk buat tempahan tiket anda.  Selamat bercuti....



Untuk info lanjut anda boleh layari media sosial AirAsia untuk mengetahui sebarang promosi terkini seperti dibawah:



Laman Web : www.airasia.com


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

4 TEGURAN MEMBINA

  1. wah, harga murah dah .. jeles ni...
    utk kaki travel, memang wajib grab promo hebat cenggini ...

    ReplyDelete
  2. Saja jer Air Asia X ni tau.....murah plak tu tiket pi Jeju...

    ReplyDelete
  3. seronokkknya kalau dapat pergi!

    ReplyDelete
  4. Terbaik la prmosi ni.. Boleh jimat banyak.. Murah pula tu

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN