BondeZaidalifahDotCom: ENCHANTEUR PARIS "Create Magical Moments Every Day"

ENCHANTEUR PARIS "Create Magical Moments Every Day"

2:18 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...


Apa Khabar semua.... Kali ni Bonde nak kongsikan dekat anda semua cerita zaman sekolah menengah memang tak boleh lupa, Zaman ni adalah zaman kegemilangan gitu, muda-remaja dan aktif bersukan.  

Produk dan jenama Enchanteur memang femes masa zaman Bonde Sekolah dulu iaitu pada zaman 90an.

Produk Enchanteur memang menjadi pilihan dikalangan rakan-rakan sebaya. Pendek kata kalau tak pakai bedak talkum dan lotion Enchanteur bauan Charming pilihan Bonde masa tu,  memang rasa tak selesa kalau buat apa-apa rasa  serba tak kena.


enchanteur products, enchanteur perfume, enchanteur price, enchanteur lotion



Kini Enchanteur memperkenalkan produk terbaru dan berwajah baru serta ada 4 jenis bauan yang sangat memukau.

Sekarang ramai wanita menghabiskan masa yang lama di dalam pejabat dan bilik yang berhawa dingin. 

Ini adalah tidak baik untuk mendapatkan kulit yang sihat kerana kulit terdedah secara berterusan kepada udara sejuk dan kering, situasi ini akan membuat kulit menjadi kering, kusam dan kasar.


Untuk itu, gunakan Serum Wangian ENCHANTEUR Paris terbaharu yang diadun dengan wangian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie.


Enchanteur Paris Mon Amie

Apa yang bagus tentang ENCHANTEUR PARIS Mon Amie?


Kerana ia  mengandungi Ultra Hyaluronic dan Minyak Zaitun yang memberikan manfaat penghidratan dengan meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 2x lantas membuatkan kulit berseri dan lembap sehingga 10 hari.

Penghidratan Ultra Hyaluronic yang mengandungi sodium hyaluronate akan menembusi kulit dan membentuk viscoelastic, iaitu sebuah lapisan filem yang boleh memerangkap lembapan dan meningkatkan keanjalan kulit. 

Minyak Zaitun pula adalah pelembap tembusan mendalam semulajadi yang menjana sel kulit serta melembutkan tisu, membuatkan ia ejen terbaik untuk mencegah masalah penuaan kulit dan turut membantu menghidratkan kulit. 

Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie ini, bebas dari alkohol, minyak, paraben, MIT dan triclosan, memberikan kelembapan selama 24 jam dan memastikan kulit cantik dengan lembapan yang tahan lama dan lembut. Ia sesuai digunakan setiap hari dan wangiannya yang menyegarkan pasti menceriakan hari anda.


Ennchanteur Paris Adore

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. 

Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. 

Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.

Enchanteur Paris Belle Amor


Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. (wow ini memang Bonde suka perasaan sayang suami dan isteri)

Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.

Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour



Bonde suka semua produk terbaharu Enchanteur, Paling suka adalah Triple Whitening Parfum Serum sebab ianya sangat wangi dan baunya sangat menenangkan, Bonde suka dan ianya sendiri berada didalam hand bag mudah dibawa kemana-mana dan sentiasa ada apabila hendak dipakai bila-bila masa. 

Harga bagi setiap produk Enchanteur Paris ini adalah:

BELLE AMOUR

Extra Whitening Parfum Anti-Perspirant Deodarant
RM 8.70 ( 50ML )

MON AMIE

Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodarant
RM 8.70 ( 50ML )

ADORE


Whitening & Shooting Parfum Anti-Perspirant Deodarant

RM 8.70 ( 50ML )


MON AMIE

Double Moisture Parfum Lation
RM 7.50 ( 100 ML )
RM 16.95 ( 300 ML )

BELLE AMOUR

Triple Whitening Parfum Lotion
RM 7.50 ( 100 ML )
RM 16.95 ( 300 ML )

MON AMIE

Light Fresh Parfum Lation
RM 7.50 ( 100 ML )
RM 16.95 ( 300 ML )

ADORE

Antibacterial Care Parfum Lotion
RM 7.50 ( 100 ML )
RM 16.95 ( 300 ML )


MON AMIE

Double Moisture Parfum Serum
RM 7.90 ( 85 ML )
RM 18.00 ( 275 ML )

BELLE AMOUR

Triple Whitening Parfum Serum

RM 7.90 ( 85 ML )
RM 18.00 ( 275 ML )

MON AMIE

Light Fresh Parfum Serum
RM 7.90 ( 85 ML )
RM 18.00 ( 275 ML )

ADORE
Antibacterial Care Parfum Serum

RM 7.90 ( 85 ML )
RM 18.00 ( 275 ML )

BELLE AMOUR

Parfum Deo Mist
RM 10.10 ( 100 ML )

MON AMIE

Parfum Deo Mist
RM 10.10 ( 100 ML )


ADORE

Parfum Deo Mist
RM 10.10 ( 100 ML )

Dekat mana boleh dapat Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini?

Ianya boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. 




Untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai Enchanteur, sila layari :-




Bonde suka gunakan Enchanteur setiap hari.

"Create Magical Moments Every Day"

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

  1. Assalamualaikum Bonde,

    Sangat menarik produk Enchanteur tu.. Harusku beli Bonde memandangkan saya pengguna tegar Enchanteur.. ;-)

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN