BondeZaidalifahDotCom: BERSAMA CHEF WAN DAN BMS ORGANICS

BERSAMA CHEF WAN DAN BMS ORGANICS

11:19 pm

Assalamualaikum dan Selamat tengahari,

Jam dan menunjukkan jam 12.30 tengahari, Kejap lagi jam 1.00 adalah waktu makan atau "lunch time" sebelum pergi lunch.. 

Bonde nak kongsikan tentang kebaikan makan, makanan organik seperti yang Bonde telah dengar penerangan dari Sessi:

 BMS Organics & Chef Wan, Healthly Eating Blogger Conference 

Pada 13 Mac 2016 Sabtu, di BMS Organics Sunway Pyramid
Aeon Bandar Sunway.


Sesi Pendaftaran Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari cantik dan kacak adik-adik dan abang bergaya dengan t-shirt baharu KBBA9.



Aturcara hari ni... 11.00 pagi hingga 1.00 petang


Kehadiran Kami disajikan dengan minuman kesihatan yang dibuat oleh Dato' Chef Wan iaitu : 
Minuman Soya


Sebelum acara bermula bergambar dahulu dengan Dato' Chef Wan



Jemput Minum semua..




Apa Itu Organik?



Perkataan organik sebenarnya bermaksud berasal dari tanah. Singkatnya, membawa maksud asli, semulajadi, tidak tercemar dan murni. Beberapa contoh produk organik termasuk sayur-sayuran, vitamin, ubat gigi, sabun, sabun cuci dan lain sebagainya.


SEBAB-SEBAB KENAPA KITA PERLUKAN MAKANAN ORGANIK

Lebih Kaya Nutrisi

Di dalam banyak kajian yang telah dijalankan oleh badan bebas membuktikan bahawa makanan organik lebih kaya nutrisi berbanding makanan tradisional. Kajian menunjukkan makanan organic lebih tinggi vitamin C, antioksidan, kalsium, besi, chromium dan magnesium.

Bebas Neurotoksin

Toksin boleh memusnahkan sel otak dan sel saraf. Organophosphates adalah racun perosak yang biasa digunakan dicipta semasa Perang Dunia Pertama. Apabila perang tamat, bahan ini digunakan untuk membunuh makhluk perosak.

Membantu Pembesaran Tubuh dan Otak Kanak-kanak


Perkembangan tubuh dan otak kanak-kanak mudah mengalami rencatan oleh toksin berbanding orang dewasa. Dengan memilih makanan organic dapat membantu pertumbuhan badan disamping mengelak pendedahan terhadap racun perosak dan organism yang telah diubah genetiknya.

Ia Adalah Makanan Sebenar, Bukan Dari Kilang Racun Perosak


18% dari biji benih yang telah diubah secara genetik akan mengeluarkan racunnya sendiri. Kajian menunjukkan biji benih ini akan terus mengeluarkan racun di dalam tubuh kita sebaik kita memakannya.


Pencemaran Racun Perosak

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) menganggarkan pencemaran racuk perosak merosakkan sumber air minuman bagi separuh penduduk Amerika. Perladangan organik adalah penyelesaian terbaik kepada masalah ini. Membeli makanan organic membantu mengurangkan pencemaran air.

Makanan Organik Membantu Dunia

Penanaman makanan organik pada skala kecil dapat menjadikan sesebuah keluarga perladangan bebas dan ceria.

Lebih Sedap

Kebanyakan makanan organik adalah lebih sedap berbanding yang ditanam secara komersil.

Sayuran dan Buah-buahan Tidak DiMasakkan Menggunakan Asap


Sesetengah buah-buahan tidak organik di’masak’ supaya cepat dituai (contohnya pisang) . Kaedah ini memang akan mempercepatkan sayuran dan buah-buahan tersebut cepat ranum namun asap tersebut akan menyerap ke dalam sayuran dan akan memasukkan toksin ke dalam tanaman tersebut

Ladang Organik Adalah Selamat Kepada Pekerja Ladang

Kajian oleh Kajian Kesihatan Awam di Universiti Havard mendapati peningkatan 70 peratus yang mengidap Parkinson akibat pendedahan kepada racun perosak. Dengan perladangan organic, lebih ramai orang boleh bekerja tanpa perlu risau dihinggapi pelbagai penyakit kronik.

Makanan Organik Membantu Haiwan Liar

Walaupun dengan hanya racuk perosak biasa, haiwan liar tetap diancam dengan teruk.

Pengambilan Organik Boleh Mengurangkan Risiko Kanser

Agensi Perlindungan Persekitaran Ameri Syarikat (EPA) mengatakan 60% herbicides, 90% fungicides dan 30% insecticides berpotrensi menghudupkan kanser.

Memakan Daging Organik

Memilih daging organik dapat mengurangkan pendedahan kepada antibiotik, hormone sintetik dan dadah. Cara penanaman organik dapat mengelakkan unsure-unsur tersebut dari masuk ke tubuh kita.

Makanan Organik Telah Diuji dan Dicuba

Sesetengah menganggarkan bahawa makanan yang telah diubah secara genetik masih lagi di dalam kajian. Elakkan diri dari menjadi sampel untuk mengujiduga makanan tersebut.

Makanan Organik Menyokong Kepelbagaian Biologi

Kepelbagaian adalah asas kepada kehidupan di planet ini. Makanan tak organic dan yang diubah genetiknya cenderung kepada penghasilan yang banyak, satu jenis saja dan melenyapkan kepelbagaian


Michelle Schoffro Cook, MSc, RNCP, ROHP, DNM, PhD adalah doktor dan penulis terlaris, telah menulis 11 buah buku termasuk The Vitality Diet, Allergy-Proof, Arthritis-Proof, Total Body Detox, The Life Force Diet, The Ultimate pH Solution, The 4-weeks Ultimate Body Detox Plan dan Phytozyme Cure.

untuk rujukan boleh baca disini : bms organics


The Star, 13 Mac 2016

Kami diberi penerangan berkaitan BMS Organics




Dato' Chef Wan menceritakan tentang kebaikan makan makanan organik kepada kesihatan.












Seterusnya Dato Chef Wan menunjukan kepada Kami cara-cara hendak memasak Menu yang telah dipilih :

Organic Soya Milk Curry Laksa Noodles

Bahan-bahanye ialah :





























Menu yang telah siap...



Organic Soya Milk Curry Laksa Noodles



Sementara itu, Kami diberi pilihan untuk order 1 menu dari cafe BMS Organics
Pilihan Bonde ialah : 

Nasi Lemak




Asam Laksa Vermicelli Soup






Bonde cuba nak love Organic


Jom sama-sama Bonde bertukar kepada makanan organik 
"Bila telah berusia, kesihatan perlu dijaga"


Oatmilk & O'Soy Plus


Oat Germ Craker




Untuk keterangan lanjut dapatkan info di :


FB Page : BMS Organics 

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN