BondeZaidalifahDotCom: IMPIAN FATIN NAK KE LEGOLAND JADI KENYATAAN

IMPIAN FATIN NAK KE LEGOLAND JADI KENYATAAN

11:57 pm

Assalamualaikum dan selamat malam...

Sebelum ini, memang Fatin pernah bagi tahu Bonde, hasratnya nak pergi Legoland.  Bonde jawab Insya'Allah satu hari nanti kita pergi sama-sama.  

Dialog Bonde dan Fatin

Fatin : Bonde, Atin teringin nak pergi Legoland, macam seronok sahaja tengok FB Fara (kawan Fatin) dekat Legoland. 

Bonde : Ye la nanti kita pergi. Doalah ada rezeki nanti.

IMPIAN FATIN NAK KE LEGOLAND JADI KENYATAAN


Bila dapat tahu, Jumaat lepas 22 Januari 2016 Bonde nak bawa pergi Legoland.. teruja sangat sampai tak tidur nak pergi Legoland punya pasal.

Bonde menaiki bas yang disediakan oleh pihak Legoland, perjalanan bermula dari Terminal Bersepadu Selatan @TBS ke Legoland memakan masa lebih kurang 4 jam, bertolak pada pukul 5.30 pagi dan singgah solat subuh di kawasan rehat Jejantas Ayer Keroh, sampai di Legoland lebih kurang jam 9.00 pagi.


Menghadiri event jemputan Legoland untuk blogger dan media.  Untuk cabaran membina 2,016 Replika Lego Monkey bagi mencapai sasaran untuk "Malaysia Book Of Records".  Event memakan masa lebih kurang 2 jam.



Muka teruja bila dah sampai Legoland wajib ambik gambar dulu...


Bonde pon teruja jugak sebab pertama kali jugak sampai Legoland (sama macam Atin)


Jom register dulu...  MEDIA REGISTRATION dibina mengunakan Lego juga... kagum sekejap... belum masuk lagi perasaan dah macam-macam pikir...
(slow-slow Bonde jangan gelojoh yea)





Disudut tepi meja pendaftaran ada disediakan beberapa part lego untuk kita pilih dan sambungkan setelah itu hasilnya boleh dibawa balik....

Zaman kanak-kanak bonde dulu panggil blog lego ni kavada... sama jer sebenarnya dengan lego bentuknya.

Yeayyy dapat 1 lego... 


Fatin pun buat jugak...


Antara hasil yang telah dibina...


Sementara menunggu giliran untuk masuk bergambar kenangan dengan maskot Lunar New Year Ninjago namanya


Bonde bersama maskot Ninjago

Kalau nak tahu harga tiket nak masuk Legoland ni, ada Bonde sertakan sekali untuk anda tengok dan buat pilihan.





Atau boleh dapatkan info dan keterangan lanjut di :

Website: www.LEGOLAND.my
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia/
Facebook: www.facebook.com/LEGOLAND.my
Hotline (Daily 9am - 7pm): +607 597 8888
Email: info@LEGOLAND.my

jumpa next entri yea.... cuci-cucilah mata dekat wabsite Legoland dulu eh..

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN