Resepi Asam Rebus Ubi Kayu - Che Mat Gebu

Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai pembaca semua.. Disebabkan masih ada stok ubi kayu, Bonde cuba buat Resepi Asam Rebus Ubi Kayu - Che Mat Gebu.  Sebenarnya badan tak berapa nak sihat jadi selera tak berapa nak ada... Nak makan menu yang berkuah dan panas-panas bila hirup rasa segar dan membangkitkan selera.


Resepi Asam Rebus Ubi Kayu  - Che Mat Gebu


Bahan-Bahannya :

Ubi kayu secukupnya, kurang lebih 2 - 3 ketul sebesar penumbuk orang dewasa

1 genggam ikan bilis, dibersihkan

1 helai daun kunyit, disiat

1 keping asam gelugor

¼ sudu teh serbuk kunyit

1 sudu besar cili kisar

Garam dan gula secukup rasa

Air secukupnya

Bahan-bahan Tumbuk Halus

4 biji bawang merah

1 ulas kecil bawang putih

1 biji cili merah

Belacan, sebesar hujung jari

Cara Membuatnya:

1- Ubi kayu dikupas kulitnya, kemudian dipotong kiub besar². Kalau nak lagi authentic, ubi tu kita takik². Cuci dan toskan.

2- Masukkan ubi dalam periuk, tuang air hingga ubi tenggelam dan rebus hingga ½ empuk. Masukkan bahan² tumbuk halus, serbuk kunyit, cili kisar, ikan bilis dan asam gelugor. Kacau rata dan tambah sedikit air panas jika perlu.

3- Masak hingga ubi empuk. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit (boleh gantikan dgn daun kesom) . Masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api. Siap untuk dihidangkan. 

Kredit Resepi : Che Mat Gebu


Bonde dah try dah resepi nih, Ya memang kali pertama guna ubi kayu untuk masak asam rebus nih,  Sebelum nih Bonde guna keladi, batang keladi buat asam rebus tak pernah gunakan ubi kayu nih, Sememang lauk nih akan buat lagi lepas nih... kalau ada stok ubi kayu.

Selamat mencuba!

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

8 PEMBERI ULASAN

  1. saya tak pernah makan, tapi teringin nak mencuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun teringin tu yang buat rupanya sedap! kena guna ubi kayu yang empuk mmg sedap

      Padam
  2. Balasan
    1. Resepi dah lama Che Mat Gebu buat, saya yang baru mencuba hahaha

      Padam
  3. Tak pernah SA makan asam rebus ubi kayu...nampak menarik..kalau tukar keladi pun boleh kan bonde

    BalasPadam
  4. haah kan selalu guna keladi.. tak penah lagi rasa yg versi ubi kayu

    BalasPadam
  5. Wah! First time dengar asam rebus ubi kayu.. nampak gayanya lagi sedap ni Bonde..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.