Popia Cheese Mix Vege

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai pembaca semua.. Sellamat berhujung minggu, Musim PKP nih mulut asyik nak kunyah sesuatu jer kan! maklumlah kejap-kejap masuk dapur, ade jerlah rasa nak dimakan  Nak mengoreng sekarang minyak pulak naik harga! kena jimat-jimat guna. Jadi siapa yang ada air fryer dekat rumah tu boleh cuba Popia Cheese Mix Vege nih! Hanya inti sahaja guna minyak zaiton tu pun sikit sahaja tau.. kerana daging kisar tu menghasilkan minyaknya sendiri.



Popia Cheese Mix Vege

Resepinye seperti dibawah:



Bahan-Bahannya:

Inti :
200 gram Daging Kisar
100 gram Mix Vege
sedikit serbuk kayu manis
sedikit chili fravored
sedikit mushroom seasoning
sedikit minyak zaiton
1 paket kulit popia (Guna 10 keping sahaja)
1 paket cheese Bega (Lada hitam)

Cara memasak :


Mula-mula buat inti terlebih dahulu, panaskan kuali masukan minyak zaiton, masukkan daging.


Seterusnya masukkan mix vege


Masukan sebuk chili fravoured 


Dan masukkan mushroom seasoning dan kacau-kacau hingga sebati dan masak rata. Siap angkat letak dalam mangkuk ketepikan.




Seterusnya ambik kulit popia spring home tebar atas landas, letakkan inti, ambik cheese potong kepada dua, letakkan satu diatas inti, dan lipat seperti biasa.



Selesai melipat masukkan dalam air fryer.



Bakar pada suhu 200 darjah selama 20 minit. 



Siap untuk dimakan begitu sahaja dah sedap!

Popia Cheese Mix Vege kalau suka boleh cicah dengan sos ikut selera anda sediakan juga  kopi panas atau tea 'o' panas sedap tau!

Selamat mencuba! 

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

14 PEMBERI ULASAN

  1. bolehlah nak try resepi bunda:)

    BalasPadam
  2. musim PKP ni sakan memasak kan...hahahaha...kudapan wajib ada!

    BalasPadam
  3. baca ni mcm senang jer heheeheheh... geram tgk nnt kean tunggu M mari

    BalasPadam
  4. Sedapnya Bonde..dahla saya suka makan popia nih. Thank you resepinya :)

    BalasPadam
  5. alolo sedapnya. esok in shaa Allah kebetulan aida nak buat popia carbonara ayam, bonde. hari da mcm2 masak dah. kul 2 ni hah baru nak rehat, nak solat zuhur jap lagi.
    sedap nampaknya tu. menyelerakan.
    mushroom seasoning tu - aida biasa nampak Yatie Kitchen guna tau dlm resepi dia. teringin nak membelinya, bonde :)

    BalasPadam
  6. Sedapnya.. seasoning mushroom tu beli online ke bunde.

    BalasPadam
  7. PKP ni semangat memasak lain macam kan bonde. Nampak sedap je popia guna air fryer. Boleh la nanti nak cuba.

    BalasPadam
  8. Thank you share resepi bonde.mudah ada air fryer ni. Boleh cuba resepi ni

    BalasPadam
  9. wah, sedap ni. lagi best bila letak cheese tu.
    dan jimat minyak masak guna air fryer.

    BalasPadam
  10. suka2...nnti nak suruh anak dara buatkan heee

    BalasPadam
  11. Kulit popiah tu ada lagi, boleh lah cuba buat ikut resepi bonda nanti

    BalasPadam
  12. Sedapnyaaa...SA nak cari la mushroom seasoning...orang cakap sedap kan...nak buat gak popia macam ni....dania suka

    BalasPadam
  13. senang la goreng dlm air fryer je..kurang berminyak, popiah kalo berminyak sangat pening makan..haha

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.