10 Resepi Masakan Sotong Yang Sedap Dan Wajib Cuba

Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai Pembaca semua, Bonde suka makan sotong jadi Bonde Senaraikan beberapa Resepi Sotong yang boleh dicuba masa bulan Ramadhan ni, untuk juadah berbuka puasa dan bersahur.  Jadi kalau anda juga peminat sotong bolehlah cuba resepi dibawah dan kongsikan pada yang peminat sotong diluar sana.

10 Resepi Masakan Sotong Yang Sedap Dan Wajib Cuba 


1. Resepi Sotong Bakar Dan Sos Pedas Thai


Teringin nak makan sotong bakar macam dekat Hatyai. Tapi disebabkan kita jauh, so terpaksa la buat sendiri. 

Bahan-bahan perapan sotong:

2sk gula
1-2sb kicap manis cair
1/2sb sos tiram
1sb sos cili

Cara-caranya:

Kelar sotong. Jangan sampai terputus.
Campurkan semua bahan2 tadi. Gaul dengan sotong.
Perap selama 15min.
Bakar dlm air fryer 140c-15min + 180-5min (untuk bagi garing-garing)
Kalau takde airfryer, boleh grill atas pan atau bakar macam biasa.

Bahan-bahan untuk sos pedas Thai:

2 ulas bawang putih
7-8 tangkai cili padi
Akar ketumbar
1-2 sk Gula kabung thai* (kalau takde boleh ganti dengan gula melaka)
Sos ikan/nampla
3-4biji limau kasturi/nipis (perah ambik jusnya sahaja)
Daun ketumbar (cincang halus)
Bawang merah kecil (cincang halus)
Sedikit air suam.
Garam (optional) saya tak letak sebab dah masin dah.

Cara-caranya:
Tumbuk bahan-bahan bertanda
Campurkan dengan air limau kasturi,sos ikan, bawang merah dan akar ketumbar.
Kalau kuah agak pekat tambah sedikit air suam untuk bagi cair.
Adjust rasa masam manis pedas masin bagi seimbang.
Boleh sira atas sotong atau cicah begitu saja. Siap!

Sumber: Alia Adila Hassim

2. Kerabu Sotong 



Bahan-bahan

1/2 kg sotong
1 biji bawang besar - siap hiris
4 biji bawang putih
8 biji cili padi - campur merah dan hijau
2 biji limau nipis
1 sudu nisey thai - boleh ganti dengan gula biasa jika tiada
2 sudu sos ikan (nampla)
1 biji tomato
Sedikit daun ketumbar

Cara-cara

1) Rebus sotong seketika. Angkat dan tos. Simpan 1-2 sudu air rebusan sotong

2) Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan air rebusan sotong 1 sudu

3) Masukkan nisey thai, sos ikan. Gaul sebati. Perah air limau nipis ikut tahap masak yg dikehendaki

4) Rasa ikut kesesuaian rasa yg nak, masukkan sotong yg dah tos dalam satu bekas. Dan masukkan bahan yg tumbuk td bersama sotong. Gaul rata hingga sebati sampai mesra cili dgn sotong tadi.

5) Tabur tomato yg dah dipotong dadu dan daun ketumbar yang dah dihiris halus. Gaul sebati. Siap!

Semoga resepi ni bermanfaat utk semua yg gemar kerabu sotong Thai ni. 

Sumber: Yani Nadzirah

3.Resepi Sotong Bakar Sos Pedas Thai



Bahan-bahan:

Sotong besar, cuci dan bersihkan
Sos
2 ulas bawang kecil
6 Tangkai Cili padi
2 tangkai cili besar
4 Ulas Bawang Putih
2 Tangkai Akar Daun Ketumbar (dibersihkan sepenuhnya)
(Semua bahan diatas ditumbuk.)
2 sudu Gula thai/gula melaka
1 sudu Sos nampla/kicap s0t0ng
3 biji Limau nipis (jus sahaja)
1/2 biji Limau nipis (dipotong dadu)
(Campur semua bahan diatas masak atas api tambah sedikit air. Masak sampai pekat sehingga ada rasa manis,masam,masin)
Akhir sekali masukkan tiga tangkai daun ketumbar yang dah dihiris halus.Kacau sebati.

Cara-cara memasak :

1. Bakar sotong yg dah dicuci bersih & dikelar. Perasakan dengan garam dan perasa sehingga kering air sotong pada suhu 180 selama 20 minit...balik-balik kan sotong tu setiap sebelah 10 minit.

2. Tumbuk bawang kecil,cili padi,cili besar, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hampir hancur. Masak atas api yang kecil bersama sedikit air.

3. Campurkan dengan semua bahan yang lain. Masak sehingga menjadi pekat.

4. Siramkan sos ke atas sotong yang telah dibakar.

5. Hidangkan dan makan

*Bahan-bahan bergantung kepada sotong yang anda nak bakar...cili bergantung kepada tahap kepedasan, Suhu bergantung pada air fryer masing-masing ye...

4. Sotong Masak Ala Thai Sedap



Pembuka selera berbuka paling padu! Sedap sampai berebut anak beranak!


Bahan-bahan:

1/2 kg sotong

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

8 biji cili padi

2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu

2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)

1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)

1 biji tomato – potong dadu

Sedikit daun ketumbar

Cara Memasak:

1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan

2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.

3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.

5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.

6. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Kredit : Wan Maslinda Wan Mohamed

5. Paprik Sotong




Bahan-bahan:

3 ekor sotong - saiz besar

1/2 sk cili blend

1 sb tomato sause

2 sb cili sause

2 sb sos tiram

Secubit garam

1/2 sk gula

Sedikit perasa

1 batang serai - ketuk

1 biji bawang putih - ketuk

5 biji cili padi - ketuk

4 helai daun limau purut

1/4 cwn air - kalau nak kuah lebih isi air lebih sikit

Carot

Batang kailan

Cara Memasak:

1. Campur tomato sause, cili sause, sos tiram, gula, garam dan air dalam satu bekas dan kacau rata.

2. Sotong di goreng kejap, angkat ketepikan.

3. Buang sikit minyak tumis bawang putih, cili blend sampai garing masuk bahan campur tadi, serai, carot, batang kailan, daun limau purut, cili padi dan sotong yang di goreng tadi.

4. Rasakan garam dan gula, siap.

6. Sotong Cili Padi Petai



Bahan-bahan :

Bawang merah

Bawang putih

Cili api cmpur skit yg merah

Serai

Petai

Sotong

Cara-cara memasak :

Blend semua kecuali serai..petai dan sotong..serai titikkan je..tumis semua yang di blend tadi..masukkan la serai..petai..sotong dan perasa-perasa sewaktu dengannye..

Kredit : Zairah Nazri

7. Sotong Masak Lemak Cili Padi



Bahan-bahan :


1 kilo sotong segar

2 cawan santan pekat - boleh tambah

1 keping asam keping

2 batang serai di titik

garam secukup rasa


Bahan Ditumbuk Lumat :

3 biji cili merah

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci kunyit hidup

1 inci halia *

Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili .

Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri ya 


Cara Memasak:

Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu .

Tumbuk semua bahan sampai lumat .

Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi .

Masukkan santan , serai dan asam keping .

Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak .

Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur .

Kredit: Nanie Khuzaifah

8. Resepi Sotong Masak Kunyit



Bahan-bahan :

1 Kg Sotong

1 biji bawang besar dihiris

3 biji bawang putih dihiris

1 inci halia dihiris

6 biji cili potong 2

1 sudu makan serbuk kunyit

Sehelai daun kunyit hiris besar2

Sedikit garam dan serbuk perisa

Cara-caranya :

1) Tumis bawang besar, bawang putih, halia & cili hingga naik bau

2) Masukkan serbuk kunyit.

3) Masukkan sotong.

4) Dah separuh masak masukkan daun kunyit, garam dan serbuk perisa

Tak payah masukkan air, nanti sotong tu akan keluarkan air bila ia bertukar

5) Agak-agak macam dah ok tutup api... Pastu ambik sekor buh dalam mangkuk... Tunggu sejuk jap pastu ratah la diam2 kat dapo... Tak kan nak tengok jer 

Dalam gambo memang x nampak daun kunyit tu sebab hilang ingatan jap td nak  petik kat dpn rumah... Dah siap masuk dalam pinggan baru pulih balik ingatan tu...

Kredit: Mami Marsya Queen Kitchen

9. Sotong Goreng Tepong Tak Lari



Tepung ubi + tepung jagung + tepung bestari sikit..

Tak meletup-meletup, Tak makan minyak, rangup dan elok kejadian..

Sukatan Bahan-bahan : 
1 cawan tepung ubi 
1 cawan tepung jagung 
2 sudu tepung bestari

Telur sebiji

Tepung xyah bancuh..pecah telur gaul-gaul sotong, angkat terus golek-golek dalam tepung..minyak letak banyak, bagi betol-betul panas, api jangan kuat sangat

*mama Zarina Nasirudin Kamal tambah 1 sudu KFC garam n black pepper tepong bistari 2 sudu makan penuh

Kredit Resepi : Nurul Faidha

10. Resepi Ketupat Sotong Kelantan



Bahan A:

10 ekor sotong saiz sederhana - buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih dan asingkan kepala

lidi untuk menyucuk

Bahan B:

1/2 cawan pulut - cuci bersih dan toskan

1/2 cawan santan pekat

1/4 sudu teh garam

Rendam pulut selama 30 minit bersama santan dan garam


Bahan C:

100 gram gula Melaka diracik

2 cawan santan - tidak terlalu pekat

1/2 sudu teh garam

1 hiris halia - dimayang halus

1 helai daun pandan

Cara:

1. Bahan B : Masukkan 3/4 (2 sudu kecil) pulut ke dalam perut sotong.

2. Masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya pulut tidak keluar.

3. Atur sotong di dalam periuk. Masukkan Bahan C dan renehkan dengan api sederhana hingga hampir kering.

4. Siap dihidang.

Sumber : Kak Wan

Semua koleksi resepi ni Bonde dapat dan listkan dari channel telegram.
jadi bagi anda yang suka google resepi tu bolehlah join telegram @ResepiDuniaMasakan

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

  1. Ya allah...fav Dania dan SA ni....sedapnyaa....thanks for sharing bonde..nanti SA rujuk kat sini je laa

    BalasPadam
  2. wow sedapnya.. kebetulan tgh makan sambal sotong ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.