Teruja Mencuba Bobba Fitz Rahsia Eira Syazira Kurus Turun 20kg Seminggu

Teruja Cuba Bobba Fitz, Rahsia Eira Syazira Kurus (Turun 20kg Seminggu) | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hai reader semua. Mesti anda semua teruja dengan tajuk di atas kan? Yelah, siapa tak mahu badan kurus dan cantik. Sesungguhnya semua wanita mengidamkan bentuk badan yang cantik menawan. Bagi Bonde, buat masa ini cantik tu yang kedua, yang penting kesihatan luar dan dalam kekal terpelihara. Jika badan sihat mudah nak bergerak kemana-mana dan selesa mengerjakan ibadah dengan sempurna. 

Memandangkan berat badan Bonde ni semakin lama semakin bertambah hingga sekarang ni sudah tahap obesiti, maka Bonde kena ambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan berat badan. Bukan apa, kalau badan berat sukar nak berjalan lama, nak buat aktiviti lasak pun tak boleh, kerana kaki dan lutut akan terasa sakit selepas buat aktiviti. 

Sekarang ni kaki selalu saja sakit kerana tidak dapat menampung berat badan yang berlebihan. Jadi untuk itu... Bonde betul-betul teruja untuk mencuba Bobba Fitz ni tau. Lagi-lagi, bila Bobba Fitz ni berjaya menurunkan berat badan Eira Syazira sebanyak 20kg hanya dalam masa SEMINGGU!!! Bagi Bonde, ini betul-betul wow!!

Teruja Mencuba Bobba Fitz  Rahsia Eira Syazira   Kurus Turun 20kg Seminggu



Nampak sangat betapa terujanya Bonde kan? Manakan tidak, inilah dia rahsia bagaimana Eira Syazira boleh turunkan berat hingga tahap kembali ramping macam anak dara setelah punya anak dua. Eira Syazira dah kongsikan pengalaman testimoni setelah menggunakan Bobba Fitz ini, maka sekarang giliran Bonde pula untuk mencubanya, mana tau kalau-kalau menjadi juga. 

Bagi anda yang pertama kali dengar mengenai Bobba Fitz dan teringin nak tahu info berkaitan Bobba Fitz, di bawah ini Bonde ringkaskan sedikit maklumat berkaitan minuman sedap rasa coklat ini untuk anda semua.

Bobba Fitz Ini Di Keluarkan Dari Syarikat Mana?


Untuk pengetahuan anda semua, Bobba Fitz merupakan sejenis minuman diet untuk turunkan berat badan dan ia adalah produk terbaru keluaran daripada Tejja Herbs.

Tejja Herbs adalah sebuah syarikat Bumiputera yang kini aktif menghasilkan produk dengan menggunakan 100% bahan semulajadi. Produk keluaran Tejja Herbs ini, mempunyai status Halal dan lulus daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bobba Fitz juga sebenarnya temasuk dalam kategori produk FDI.

Apa Itu Produk FDI?


Produk FDI adalah produk yang mempunyai formulasi kombinasi bahan makanan yang telah ditambah dengan bahan aditif seperti vitamin, herba, mineral, asid amino dan prebiotik. 

Sebagai contoh, produk minuman campuran botani dan produk minuman kesihatan. 

Produk FDI ni boleh jadi ubat atau makanan dan boleh juga jadi makanan atau ubat. 


10 Kelebihan Minum Bobba Fitz Yang Perlu Kita Semua Tahu 

1- Khas untuk mereka yang nak buang lemak dengan cepat, mudah dan sedap gaya Eira Syazira tanpa perlu berlapar dan bersenam dengan teruk. 

2- Kesan seawal 7-14 hari saja dan ini adalah salah satu keistimewaan Bobba Fitz choco series yang Bonde suka. (boleh nampak kesan dengan pantas)

3- Minuman diet pertama berperisa coklat Bobba yang sangat Lazat untuk di minum setiap hari tanpa sebarang masalah 

4- Membakar lemak tepu dan kalori dengan cepat untuk dapatkan tubuh yang lebih sihat.

5- Mengempiskan perut dengan pantas hingga hilang keadaan perut boroi tu. 

6- Mengecilkan saiz pinggang, lengan dan peha. 

7- Meningkatkan metabolisma badan untuk turun berat badan dengan cepat. 

8- Mengurangkan selera makan agar tidak terlalu bernafsu terhadap makanan secara keterlaluan. 

9- Mencantikkan kulit. 

10- Membuang toksin dalam badan.


Cara Pengambilan Bobba Fitz

Walaupun Bobba Fitz ini merupakan minuman diet namun cara untuk minum Bobba Fitz ini mudah saja, sama seperti kita ingin minum minuman coklat biasa. 


Langkah-langkah untuk minum Bobba Fitz ini adalah :

- Ambil satu sachets Bobba Fitz


- Guna 120 ml air sejuk dan "shake-shake" (nak bancuh dengan air suam juga boleh)


- Minum setiap pagi, selepas sarapan.





Isi Kandungan Yang Terdapat Dalam 1 sachets Bobba Fitz


Kecil kecil cili padi, bila makan memang pedas! Begitulah juga dengan Bobba Fitz ini. Walau nampak 1 sachet ini kecil tapi isi kandungannya sangat mantap dengan pelbagai gabungan bahan terpilih. Inilah dia senarai bahan-bahan yang digunakan dan sememangnya ia bukan saja sedap tapi juga bagus untuk bantu Bonde turunkan berat badan ini.




Cocoa Powder - menggunakan serbuk koko terpilih perisa bobba yang sedap

Non-diary Creamer - menggunakan krimer tenusu sebagai pengganti kepada susu segar

Hoodia Gordini - (dikotak tersilap tulis Hoocia) - Hoodia atau di sebut (HOO-dee-ah) merupakan tumbuhan seperti kaktus yang boleh didapati di kawasan separuh gurun seperti Afrika Selatan, Botswana, Namibia dan Angola. Dalam beberapa tahun kebelakangan ni, hoodia banyak digunakan dalam pasaran untuk penurunan berat badan dan ianya menjadi sangat popular. Dalam Bobba Fitz, hoodia dimasukkan dalam kuantiti sedikit saja

Fructose - Fructose atau dalam bahasa Melayunya fruktosa. Fruktosa hanya terdapat dalam buah-buahan sahaja. Gula fruktosa ini adalah gula alami dari buah yang mana jumlahnya tidak begitu banyak

Whey Protein - merupakan produk sampingan dari pembuatan keju. Produk whey protein kebiasaannya dipasarkan sebagai makanan tambahan dalam pelbagai tuntutan kesihatan. Pelbagai kajian telah dijalankan menunjukkan whey protein mempunyai banyak kebaikan seperti anti keradangan, anti kanser dan sebagainya

Garcinia Cambogia - Garcinia Cambogia merupakan bahan utama yang paling popular digunakan dalam menurunkan berat badan. Kandungan Garcinia Cambogia di dalam Bobba Fitz, adalah 3 kali ganda dari jenama lain yang ada dipasaran.


Review Testimoni Dari Bonde Sendiri Mengenai Pengalaman Minum Bobba Fitz

Bonde sangat suka minum Bobba Fitz kerana rasanya sangat sedap dan tidak terlalu manis. Bila minum rasanya juga tidak melekat pada tekak dan sangat seronok untuk diminum setiap pagi tanpa sebarang masalah. 

Bila rasa haus Bonde akan minum air kosong, dan perut sentiasa rasa kenyang hingga tak teringin nak makan berat-berat. Contohnya jika dulu asyik nak makan nasi tapi sekarang memang tak cari. he he he.

Buat masa ni, Bonde masih terus minum untuk timbang berat badan lagi, tapi pada peringkat awal penggunaan tu Bonde dah dapat rasa inchi lost terutama dibahagian perut sebabnya bila Bonde pakai baju dan seluar yang sebelum ni ketat, sekarang dah terasa longgar ( teruja nak timbang lepas ni he he he).

Bobba Fitz senang dibawa, Bonde letak dalam shaker dan bawa kemana-mana nak minum nanti senang.

Bobba Fitz ni sangat sesuai sekali dengan situasi Bonde yang nak turunkan berat badan, tanpa buat sukan dan aktiviti lasak.

Antara Testimoni Pengguna Bobba Fitz Yang Telah Berjaya Turunkan Berat Badan


Teruja dengan testimonial yang telah berjaya, Ramai yang beri feedback yang positif dan baik. Bonde pun terus nak cuba dan amalkan minum Bobba Fitz ini secara berterusan.

Betul ke ramai yang mempersoalkan mana pergi perut Pak Azad yang 3D dulu tu??

Kalau nak tau Pak Azad berjaya 2D kan balik perut dengan bantuan Bobba Fitz lah! Eira Syazira dan Azad sendiri sudah nampak perbezaan sebelum dan selepas minum Bobba Fitz. Suami isteri makin kurus dan makin sihat berbanding sebelumnya hanya dengan minum minuman diet Bobba Fitz yang rasa coklat boba sedap! Mudah betul gini. 


Testimonial Bobba Fitz 1


Testimonial Bobba Fitz 2


Testimonial Bobba Fitz 3


Berapa Harga Sekotak Minuman Diet Bobba Fitz Ni?

Harga sekotak (di dalamnya ada 10 sachet untuk 10 hari penggunaan) :

RM79 untuk seluruh Semenanjung Malaysia

RM89 untuk seluruh Sabah dan Sarawak

Bobba Fitz, Minuman Diet Untuk Kurus! Sesuai Buat Lelaki Perempuan 


Bila ditanya bagaimana cara untuk kuruskan badan? Selalunya jawapan bagi tips kurus yang diberikan adalah dengan cara mengamalkan pemakanan diet sihat dan bersenam. Bonde akui itu adalah cara yang betul untuk kuruskan badan namun apakan daya, untuk seseorang yang punya selera makan tinggi macam Bonde ni, bukannya mudah untuk kawal nafsu makan yang ada. Sebab itu, sangat susah untuk cuba berdiet macam orang lain. 


Tapi, dengan adanya minuman diet Bobba Fitz yang dapat untuk kurus tanpa diet dengan beri rasa kenyang dan selesa pada perut tanpa perlu makan keterlaluan macam dulu, sedikit sebanyak ia telah bantu pengguna seperti Bonde untuk kawal jumlah pengambilan makanan supaya tidak keterlaluan. Makan untuk hidup bukannya hidup untuk makan, begitulah lebih kurang. 


Dan bagi sesiapa yang berminat untuk cuba sebagai salah satu usaha turunkan berat boleh juga tambah pendapatan sebagai agent dan dropship bersama team Tejja Herbs. Manalah tahu, sambil minum untuk kurus boleh juga tambah duit poket! 

 

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut termasuk urusan pembelian bagi anda yang berminat untuk mencuba dan membeli minuman diet Bobba Fitz ini, boleh terus ke Laman Web di bawah.

 

 

BOBBA FITZ - Minuman Diet Sedap Rasa Coklat Boba 

Rahsia Kurus Macam Eira Syazira

 

Laman Web :

https://tejjaherbs.com

 

Facebook :

https://www.facebook.com/BobbaFitzHQ

 

Instagram :

https://www.instagram.com/bobbafitz.hq

 

#bobbafitz #tejjaherbs  #jombobbafitz #tipskurus

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

15 PEMBERI ULASAN

  1. Tu la sekarang ni memang bnyk produk turunkan berat badan... berkesan atau tidak je... ni satu alternatif yg bole dicuba jika berat badan blm turun bila minum produk lain..

    BalasPadam
  2. Menarik la Bonde...nampak sedap..harga pun mampu milik..packaging pun nampak ok tu..bleh cuba ni

    BalasPadam
  3. Wow........boba pun ada slimming product. Menarik sgt! 20 Kg seminggu? Dasyat! But I don't know who Eira Shazira is. Huhuhu..........

    BalasPadam
  4. singgah sini.. wow byk review kata produk bagus. patut adik ipar amalkan

    BalasPadam
  5. Menarik juga produk ni untuk mereka yang dalam usaha turunkan berat badan. Sambil tu boleh la workout ringan dan makan makanan berkhasiat kan

    BalasPadam
  6. mmg best je.. perisa cokelat plk tu.. slalu minum yg masam2.. ni boleh cuba

    BalasPadam
  7. Wow...turun 20kg dalam seminggu! Hebatnya produk ini. Boleh try nanti

    BalasPadam
  8. Good luck, Bonde! Nanti post gambar before and after tau. Jgn lupa seimbangkan dengan pemakanan dan senaman.

    BalasPadam
  9. Wow. 20kg in a week? Deras betul penurunan tu. Yang penting istiqamah pengambilan dan mestilah sentiasa menjaga kesihatan diri

    BalasPadam
  10. kita pun dah try bobba ni tau.Bukan je sedap malahan kalau kita minum berterusan, tengok nasi pun tak lalu..

    BalasPadam
  11. Pergh bagusnya produk ni dapat turun berat badan seawal dua minggu.. boleh try ni since memang nak dapatkan produk plus dengan exercise yang mencukupi..

    BalasPadam
  12. bagus juga kan? dah la sedap boleh turunkan berat badan plak tu. mesti ramai yg nak cuba

    BalasPadam
  13. Sedap bobba fitz ni. Marina bancuh dengan air sejuk. Layan je. Suka perisa coklat dia

    BalasPadam
  14. Kita tengok gak testimoni dia semua, bagus juga ni, ingat nak cubalah, sebab ramai dah cuba kata bagus, dan rasanya pun sedapkan Bonda...

    BalasPadam
  15. bestnyeee, mcm nak try jugak ni. yg penting sedap!?

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.